Yeayyy! Alhamdulillah saya lulus ujian memandu :D

Gambar hiasan.

Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Hahahahaha. Siapa yang tak gembira kan kalau lulus. Well saya TERlebih gembira sebab masuk kali ni dah kali KETIGA saya ambil test. Hahahaha, teruk kan? Itu semua sebab bukit yang jahat tu. Alhamdulillah nasib baik tiga kali je ulang. Kalau lebih... hmmm mampos aku. Kenapa boleh sampai tiga kali ulang baru nak lulus? Hah... itu tak tahu. Time practise memang perfect. Tak ada pon undur undur time naik bukit tapi time test betul betul tetibe pulak terundur. Thats why Ain asyik failed kat bukit je. Nasib baik yang ni Ain tak terundur, fuhhhh~ 


Cerita ini berlaku pada hari Jumaat, 20 April dan baru hari ini saya nak publish, muahahahaha! Ok ok Ain cerita dari awal ye. Datang kat tempat driving nak dekat pukul 9 macam tu. Then beratur ambil no giliran. No saya ialah P 48. Hahaha P tu maksudnya ulangan, LOL! So Ain orang yang second last untuk ulangan. Ok no pressure just nervous. Dulu masa mula mula ambil test, Ain failed dua dua, haha. Kat track dan juga jalan. Nak tahu macam mana boleh failed? Baca SINI. Then kali kedua, hmmm again sama jugak failed tapi kat track jela. Bukit la punya pasal. Nasib baik kat jalan lulus. Then kali ketiga, fuhhh fuhhh. Hahaha.


Masa nak tunggu giliran tu, perghhh nervous habis. Jantung dup dap dup dap laju semacam. Then Ain tengok la kereta mana yang macam tak best kan. Fuhhh nasib baik tak dapat kereta no 5 tu. Kereta tu la yang buat Ain failed kat bukit haritu, haha. Ok now its my turn. Kereta alahmdulillah best. Sebab orang yang guna kereta tu pon cakap clutch dia ok. Ok dup dap dup dap. Dah masuk kereta cek apa yang patut. As usual my seat kena kedepan kan sebab kaki saya tak sampai. Ok tahan gelak. Jeng jeng jeng... time for naik bukit.

Mula mula tayar tak sampai garisan kuning. JPJ tu suruh undur balik. Then yang second Ain tak sempat tengok JPJ tu suruh jalan. Ok thank you ye pakcik sebab saya belum angkat tangan pakcik dah suruh saya jalan, haha. Perghhh ini yang trauma nak turun ni. Dah dua kali exam tak pas kat bukit je. Memang betul la cakap kawan kawan Ain. Kawan Ain cakap, time nak turun kena tekan minyak banyak banyak. So Ain ikut cakap diorang, Ain pon tekan la minyak lebih 5 agaknya, lantak kau la kan dah memang kereta bunyi macam kereta kebal asap dah keluar. Sekali bila turunkan handbrek, tengok kereta tu tak gerak so tekan lagi kuat minyak. Hah... greak dohhhh! Hahahahahahaha alahmdulillah~ Gembira tak terkata time dalam kereta, haha.

Yang ni TERlebih gembira. Huahahahaha!

So next focus on parking. Ini pon takut jugak sebab depan and belakang and side mirror tak boleh kena garisan putih. So Ain buat la dengan hati hati. Fuhhh nasib baik lepas. Syukur~ So next focus on 3 pointer. Ini pon takut jugak sebab takut tetiba enjin mati. Tak ke lagi payah tu. So Ain buat slow slow, harap la dah lepas kan. Tengok tengok... Yeayyy! Lepas jugak... Alhamdulillah~ Gembira gila, akhirnyaaaaaaa! Hahaha! Bila dah habis semua, keluar kereta pergi kat pondok tu nak ambil test card. Ada JPJ kat situ. Then cikgu yang ajar Ain pon ada jugak kat pondok tu and dia cakap, "suka la tu". Ehhh of coz la sukaaaa, haha. Thanks cikgu!

My lesen L! Dah tamat riwayat sebenarnya and dah renew baru. Haihhh membazir!

Dah habis semua tu, apa lagi buat lesen P la. Hehehehe. Hmmm tak ada la suka mana sebab lesen ada but kereta? Ain cuma ada Honda and Alphard. Mak Ain memang tak kasi bawak Honda dia. Elehhh macam orang nak bawak. Alphard??? Hahahahahahaha harapan negara ah wey. Buat test pon banyak kali nak naik Alphard yang besar gedabak tu? Bila dah pro boleh ah. Tak apa lah lesen, kita buat pekasam je ok.



Hahaha ada insiden yang menarik time driving test itu. First ada orang tu kan, time nak undur turun daripada bukit. bukannya dia nak brek ohhh. Terus terlanggar kereta belakang. Hahaha yang kereta belakang tu pon bukannya nak undur jugak. Second first time saya nampak ada orang bawak bantal time test. Hahahaha *gelak dalam hati* Ada jugak eh orang macam tu? Padahal Ain yang pendek ni pon still boleh nampak depan. Third saya nampak musuh lama saya. Damnnnn untung la lulus buat first time~ Fourth apaaa??? Kau lagi... Hahahaha. Ok rahsia. LOL!

Muka sedih bila failed. Ke muka nak kena tampar sikit? Haha.

Normal la kan kalau failed sesuatu tu. Seriously Ain cakap, failed kereta sangat sangat sakit hati kan. SPM tak ada pon nervous gila babeng macam tu. Kepada yang failed tu, jangan la sedih. Memang la kita sedih sebab duit kita kena bayar banyak tapi nak buat macam mana kan? Hidup kat dunia ni semua pakai duit. Ada dapat rumah free macam tu je? Kecuali nak tidur kat pondok awam. Ain pon pernah failed ujian berkomputer masa mula mula nak dapatkan lesen L. Baca SINI. Akhirnya lulus jugak dengan markah yang bagus. Baca SINI. Normal la kan normal.

Ok itu saja. Penjang kan entry? Hahaha suka hati kita la... Kita punya tangan nak taip. Ada sesetengah gambar yang memang tak ada kena mengena, haha. Ok sekian~

12 comments:

  1. tahniah akk :)! sy bru form 1 , tk layak ambik lesen memandu lagi ;p tpi teringin, best eh
    ? hihi

    ReplyDelete
  2. <<-- dah kompeten hewhewhew :3

    ReplyDelete
  3. tahniah2! hajar sekali fail. same la fail kat bukit. mmg teruk la bukit.haha~
    2nd time alhamdulillah lulus, ala tak kesah la berapa kali fail yg penting kita dah ada lesen ! hewhew :D

    ReplyDelete
  4. @Hajar HafizahBukit mmg jahat, haha. Tu la yang penting ada lesen :p

    ReplyDelete
  5. wahh tahniahh ! yupp bukit memang jahat kan , mencikkk ! kenape perlu ade bukit tuu ??? ngeee ~ :)

    ReplyDelete
  6. @hahafyzaThanks. Tahu xpe. Maybe kat Malaysia jalan tak rata, byk sgt bukit kot. Hehe :p

    ReplyDelete
  7. Tahniah2..Aien takut lagi nak buat lesen kereta..Satu lagi sebab aien pown pendek

    ReplyDelete
  8. @Aien NiaHaha alaaa saya pon pendek. Ada apa org pendek pon lulus. Try dulu baru tahu :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah ! Nurrul pun baru test jpj 26/02 rtuh.. ini minggu depan tok motor 12/3 cuak ! :D

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)