Futsal yang tak berapa nak main, haha.

Hye... Ok ini cerita pasal hari Rabu haritu (11.4.12). Ain dengan kawan kawan Ain pergi main futsal kat seksyen 15 Bangi. Saje je nak main. Nak menyihatkan tubuh badan. Yela asyik duduk kat rumah, makan tidur makan tidur. Mana otak tu tak lembab dan berat badan semakin naik kan? HAHA! Patutnya main selama 2 jam tapi disebabkan masing masing datang lewat, main 1 jam jela. Cakap pukul 10 mesti semua dah ada tapi sorang pon lubang hidung tak nampak lagi. Adoyai~ Rasa nak sekeh kepala sorang sorang, haha. Ye saya pon datang lambat sebab saya tengok semua orang kat rumah lagi jadi saya pon tak nak keluar rumah, haha. Rumah Ain dekat je dengan tempat ni so tak pela. Kalau Ain datang awal pon, takkan la nak main sorang sorang kan. Gilo apoooo.

So semua sampai lebih kurang pukul 10.30 macam tu. Gelanggang yang kteorang booked dah ada orang ambil so kena la tunggu pukul 11 baru boleh main. Perghhh bila nak start main, semua macam cover line. Konon tak nak orang tengok ah. Lepas tu... hmmm main semua ganas gila. Hahaha agak sempot jugak ah lari sana sini. Yela dah lama tak PJK kan, LOL!



Lepas 15 minit, mesti rehat jap minum air. Hahaha semua macam sempot, LOL! Ain tak ada la terer sangat main. Sepak pon macam sepak angin je. Asal nak pas mesti ada orang rebut dari Ain. Cissss! Lama tak berlari sana sini.



Kumpulan ni namanya, "Sempoi" but aku tengok ada sesetengah yang sempot. Hmmm tapi mereka ni asyik goal je. Boring dohhhh, haha.

Kumpulan ni namanya, "Sekali goal itu sudah cukup". Hah... hahahaha. Panjang sikit. Ada makna tersirat tu disebalik nama kumpulan. Lagipun tengok ah siapa pemain dia kan. Memang gol sekali jela, haha.

Semuanya ada 10 orang semua budak kelas Ain kecuali seorang jela tak. They are all AWESOME!


Lepas main, perut pon rasa lapar. Pergi Alamanda. Intan bawak, saya yang tunjukkan jalan. Bila dah sampai Alamanda, tukar baju dulu. Yela dah berpeluh peluh + bau masam kan. Bila dah tukar baju, ingatkan nak makan kat food court. Tengok tengok tutup sebab ada renovation. So kteorang ambil keputusan makan kat McD jela. Perghhh ramai gila orang dalam McD ni. So kteorang pon tukar tempat. Makan di Rasa Mas saja. Ain tak pernah makan kat sini so why not we try kan?Hmmm cakap pasal harga, boleh tahan la. Macam Pizza Hut jugak. So lets order!

Muka tengah lapar, LOL!


My food! Hehe. Chicken chop with mash potatoes. Nyumm nyumm. Not bad lah.

Lepas makan, jalan jalan jap. Tak ada la lama. Bukannya ada yang menarik kat sana. Then balik Intan hantar. Nasib baik ah kawan kawan Ain dah reti bawak kereta. Bukan macam saya ni, hahahaha. Tak apa, minggu depan saya exam. Harap lulus la... Dah tak larat nak tunggu lama lama. Okay, sekian~

10 comments:

  1. best nya men futsal... :) i like!

    ReplyDelete
  2. nice

    hhmm..sudah fikir apa nk makan hari ni? jomm tengok apa Yuyuk makan! besssttt! http://yuyukandfoods.blogspot.com/2012/04/lokasi-tempat-makan-pilihan-3-restoran.html

    ReplyDelete
  3. serious main futsal sungguh memenatkan kalo stamina x kuat...

    ReplyDelete
  4. bestnye main futsal ! lama tak main hee
    i follow sini . sebab blog ni best ! feel free singgah2 my blog okayyy :)

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)