MOOD: Bengang + Sakit hati + Sedih + Macam macam
Assalamualaikum dan hai. Hmmm tak ada mood sebenarnya tapi just nak bagitahu apa yang terjadi hari ini. Mesti ada yang dah baca Ain punya entry sebelum ni and cakap yang hari ni (Jumaat) Ain akan ambil test JPJ kan? Hah... Nak tahu result nya? Hahaha. Tak yah tahu, tajuk tu dah bagitahu pon. Lalalalala~ Ok kita mula dari awal. Ain datang ke tempat tu pukul 8.30 pagi then daftar la. Ramai gila kot! No giliran Ain 75 per 100. Perghh jauhnya. Tapi bukan 100 orang je ada kat sana, ramai lagi yang repeat tu ini. Then dah daftar, duduk la kat satu tempat ni yang dah disediakan bangku bangku. Kena duduk ikut no giliran. Nasib baik ada kawan yang kenal. Perghhh nervous tak terkata masa tu. Macam nak ambil result SPM pon ada. Takot kot~ Jantung berdegup dengan laju macam tengah naik kuda belang. Ok hyperbolanya.
Ok dah sampai turn Ain, ok pergi la kat kereta yang dah sediakan. Takut punya pasal kan, sampai belum naik bukit pon dah mati enjin. Ok ni dah terlampu nervous. Bila sampai kat bukit, Ain tengok tayar kereta depan tak cecah lagi line kuning so Ain undur la balik. Bila kali kedua nak naik bukit, ok cantik tayar dah masuk line. Then Ain tarik brek tangan dan bebaskan gear. Angkat tangan kat JPJ so dia kata ok boleh jalan. Perghhh nak turun balik tu yang trauma kot! Ok dah masukkan gear ke gear 1, tgn kiri ready kat brek tangan untuk turun. Kaki kiri kat clutch dan kaki kanan kat minyak. Ok Angkat slow slow... Gara gara nervous yang melampau punya pasal sampai clutch pon tak rasa... Jeng jeng jeng... Ce teka apa jadi? KERETA TERUNDUR KOT!!!! Then JPJ kata, ok keluar. Adoyyy~ Rasa macam nak gelak je. Siot betul! Then pergi kat JPJ untuk tandatangan dan dia cakap, "kenapa ni?" "errr saya nervous sangat ni". Fuhhh nasib baik dia tak marah, gelak ada lah. Cikgu yang ajar Ain pon ada kat situ. Dia pon gelakkan jugak, k fine~ Perghhh time nak turun bukit, ramai je pandang senyum senyum. Tahu la aku mual mual dah failed, jangan la gelak... Lagi la membuatkan aku nak gelak... Haiyooo~
Ok lepas ni test untuk jalan raya. Tadi kat track dah failed so sekarang untuk jalan raya pula. Lebih kurang pukul 12.30 turn Ain pula. Dah la orang nak pergi solat Jumaat kan. Mula mula masuk kereta beri salam. JPJ saya lelaki. Takot kot, hahaha. Then cek semua, pakai seat belt. Then mula gerak... Ok dah gerak tu ok la. Jalan punya jalan ada satu tempat ni macam jalan tak rata so Ain ke kanan la sikit tetiba JPJ tu tegur, "kenapa awak masuk lane kanan? awak nampak tak line?"errr nampak... saya nak elak lekuk tu". Pastu boleh pula dia gelak, k fine. Then kat traffic light. Ni yang paling takut ni. Alhamdulillah~ Nasib baik lepas. So Ain kan lane kiri, kena la tukar lane kanan sebab kat depan tu dah jadi satu lane. Ain tengok kat belakang banyak kereta so Ain bagi signal kanan and perlahankan kereta... Then ada satu kereta ungu ni, dah la lambat. Ingatkan nak bagi laluan kat Ain so Ain himpit la ke kanan. Tiba tiba... Haishhhh! Samdol punya kereta! Dia pergi bawak laju pulak! Then JPJ pergi tarik stereng Ain ke kiri pastu dia cakap, "awak nampak tak kereta tu?" "saya nampak... saya ingat dia bagi laluan kat saya sebab dia bawak slow je". Hmmm siot failed lagi! Terpaksa lah keluar dari kereta then tukar tempat. JPJ tu yang bawak. Then dia cakap, "orang sekarang macam tu la. tak nak bagi laluan dekat orang yang baru belajar. awak kene pandai pandai lah". Fuhhh nasib baik dia faham kot. Lepas tu dia yang bawka balik ke tempat tu. Perghhh wa cakap lu dia bawak macam bawak F1! Laju gila kot! Yela nak kejar solat Jumaat kan. Bila dah sampai semua pandang. K fine, stop it.
Masuk dalam pejabat and cakap kat orang tu, "saya nak repeat balik" "ooo bagi kertas yang awak failed tu". Ain bagi la dua dua kertas then dia cakap, "dua dua failed?" *nak tergelak* "a ah... gelak la... saya tak kisah pon... setakat kereta buat apa..." Hahaha tengah kecewa tahap gaban kan tapi rasa nak gelak pon ada sebab entahla? Bende senang pon tak boleh lulus apa macam Ain oiii~
Balik rumah tak yah cerita la kan. Memang dapat ceramah free. Sakit hati den. Masuk bilik nangis jap then tidur. Lepas mandi nangis lagi. Haishhh feeling bebenor aku ni, haha. Lepas makan nangis lagi, Adoyyy masalah betul. Bukan apa, dalam kepala otak ni banyak sangat perkataan, "kereta" "failed" "siot" "kereta" "failed" "siot"... Hmmm. Saya bukan apa, saya tak kisah sangat kalau failed ni. Bukan nangis sebab failed tapi ada la. Masalah sikit. Thanks kepada kawan kawan yang beri semangat kepada Ain. Thanks sangat sangat! Tanpa korang semua, mesti hati aku dah koyak koyak macam kertas sebab tak ada orang nak bagi sokongan kat aku. Thanks kawan kawan!
Hmmm esok dah la nak naik kapal terbang. Nak pergi negara jiran kat bawah, haha. Singapura lah! Sajeje jalan jalan time cuti sekolah ni. Adoyyy~ Mood nak happy tak sampai lagi. Takpe la, sampai sana ada la kot. Terus terang la, Ain rasa macam menyusahkan je failed benda alah ni. Nak kena repeat lagi, bayar lagi. Lebih baik Ain naik basikal je, haha. Bagi saya la kan, BELAJAR ADD MATHS LAGI SENANG DARI BELAJAR BAWAK KERETA!!!! SERIOUSLY! Betul~ At least kalau Add Maths tu failed tak ada lah kecewa macam orang nak mati. Ni baru failed sikit bawak kereta, mak aiii~ Hati macam ditoreh toreh, haha.
Dah la, menyampah pula cerita pasal kereta. Tak apa, saya akan usaha untuk berjaya. Kalau benda ni terjadi sekali lagi, saya dah fikir masak masak yang SAYA TAK NAK REPEAT DAH! FULLSTOP! Buat masa sekrang lah, haha. Hmmm. Ok so esok saya akan pergi Singapore selama 4 hari 3 malam. Jadi blog ini tidak akan diupdated sepanjang saya pergi. Kalau ada apa apa, sila la komen ke atau apa apa la ye. Dan jangan lupa join 1st Giveaway by Ain!!! Lepas saya balik ni, saya update senarai peserta yang join, ok!
Ok lah, terima kasih kerana baca luahan hati saya yang panjang ni. Saya memang kuat membebel, haha. Siapa yang baca sampai habis memang anda terbaik lah!!! Hehehehe. Ok, sekian~
P/S: Ramai kot yang handsome kat sana... hahaha! Dan dia pon ada? Aik?
sabar2...ada hikmah la tu...
ReplyDeletexpe..cube lagi next time ye..jgn putus asa
ReplyDelete@FendyHmmm baiklah :)
ReplyDelete@Saya DisiniInsyaAllah thanks :)
ReplyDelete