Siapa dapat Matrikulasi? Saya pon dapat, yeayyy!

Hahahaha hah.... dapat tak masuk Program Matrikulasi ni? Belum cek lagi? Nah TEKAN sini. Cek dulu and datang sini balik bagitahu dapat ke tak, haha. Khas untuk yang lahir 1994 je tau, haha. Semalam nak cek tapi stuck si pagi tadi baru cek menggunakan website yang kawan bagi baru boleh, haha. Ain dapatttt! Yeayyy!


Ain dapat kat Perlis kursus perkaunan. Anda? Adakah anda sama tempat dengan saya sila sep screen laptop anda! Hahahaha! Ramai jugak lah kawan kawan Ain yang dapat kat Perlis. Dah boleh buat macam satu kelas. Hmmm nak ke tak eh? Ada orang cakap tarikh untuk terima tawaran ni tutup 6 Mei. Betul ke? Dah la UPU keluar 7 Mei. Kalau macam tu kan, better saya terima.

Kenapa saya nak masuk Matriks? Sebab... hahaha. First cuba tengok ada tak kawan yang anda kenal masuk sama dengan anda? Kalau ada bagus la. Bukan kawan bermain eh, kawan belajar. Ain tengok ramai jugak kawan kawan Ain yang Akaun dia dapat A ni dapat masuk kat Perlis. Rasa teruja pon ada sebab ada orang yang boleh ajar Ain. Ain bukannya terer sangat Akaun tu. Dapat B time SPM pon maybe sebab kerja kursus.

Second Matriks memang susah. Ada kakak saudara Ain yang masuk, dia keluar balik sebab tak boleh struggle. Tapi itu subjek Sains. Susah tak susah yang penting usaha. Kannn? Yela belajar satu tahun memang la kena struggle. Lepas tu kalau nak masuk IPTA buat degree kena dapat 3.0 ke atas baru boleh masuk. Perghhh kena usaha sungguh sungguh la ni. Bagi Ain, tak tahu lah bole ke tak tapi why not cuba? Kan ada kawan kawan yang boleh bimbing kita. Fuhhh nasib baik ada kawan.

Kat dunia ni, mana ada belajar yang tak susah. Nak naik basikal roda dua pon susah tau. Ada ke orang terus naik basikal roda dua? Mesti la start dari roda empat then tiga then baru lah dua. Tak gituuu? Hahaha ok aku dah start ceramah motivasi.


Nasib baik saya tak layak masuk Tingkatan enam bawah. Tapi bukan ke lebih kurang sama macam Matriks? Masing masing kena struggle. Dua dua pon susah kan. Hmmm. Kat dunia ni semua susah sebab tu la kena usaha. Tak gitu? Btw, anda tahu tak bila tarikh tutup nak terima tawaran Matriks ni? Ada yang kata 6 Mei dan ada yang kata 13 Mei. Pening la... Dah la UPU keluar 7 Mei ni. Kalau tawaran yang ditawarkan tak best, maybe Ain masuk Matriks kot. Lagipun parents Ain memang galakkan and kawan kawan Ain ramai yang nak masuk.

Bukan nak ikut kawan ke apa. Bagi Ain ok je but saya perlukan seseorang untuk ajar saya. Kan bagus kalau ada orang yang bagi sokongan. Kannn? Baru lah kita semangat nak belajar! Yeahhhh! Yang dapat Matriks tu, kongsi kongsi la dengan saya ye. Saya rasa teruja bila ada kawan, LOL! Hahahaha. Ok lah, sekian~

61 comments:

  1. Eh2, sy pon dapt situ gak n course pon same ! hahaa..Tapi, tak taw nak trime or tak..><

    ReplyDelete
  2. tahniah ain..kt perlis erk..kt kpg akak tu,,hehe..dulu akak study kt uitm sblh ja matrik tu..all the best dear ;-)

    ReplyDelete
  3. eh dpt kt perlis dkt rmh ezz.tkr nak ?ezza dpt kulim,jurusan sains.mcm xnak pergi la plak

    ReplyDelete
  4. Good LUck ! Belajar kt mana pun tetap sama ... Cuma matriks nie , kene dapat 3.5 keatas baru boleh buat Degree kat U . Tu pun awk tak boleh pilih kos kat U nnt untuk buat Degree . Pihak matriks yg pilihkan unt awk . :) Tu salah satu keburukan matriks . Btw , GOOD LUCK ! :)

    ReplyDelete
  5. hana dpt sci kat N9.. haha.. tp x pergi kot :) apa2 pun all the best :)

    ReplyDelete
  6. tahniah! perlis ek? hehe, saya dapat kedah :D

    ReplyDelete
  7. Ouch...sangat bagus...pilihan terbaik!
    rindu KMP sangat2!

    ReplyDelete
  8. congratz....dpat matriks gak tpi at selangor...:)

    ReplyDelete
  9. mtrik perlis?sama ngn akak dlu..akak pun perakaunan..situ best..cuma kna struggle la..xleh main2 n relax2 mcm spm tau..:) akak mula2 excited gak..tp pergi skjp je..for 3 month..sbb fkir2 blk akak rasa tkut diorg campak akak kt sbah srwk klu xdpt 3.0..n dpt kos plik2..xreti sgt akaun2 nih..n xmau study strugle..akak stress..huhu..so last2 trima tawaran ipta..:)
    ain buat solat istikharah tau..plih yg trbaik..mtrik ok ngn ain..bljr leklok ye:)

    ReplyDelete
  10. waaa, manyak2 tahniahh woo.. hek3..

    ReplyDelete
  11. tahniah. matrik perlis mmg trbaik utk akaun. :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah Kak Ain . Semoga berjaya kat sana :)

    ReplyDelete
  13. tp bg akak form 6 lgi mudah dari matrik...sbb akak sendri budak form6..

    dan akak sendri tolak matrik...sbb lifestyle matrik dgn lect staraf U..berbanding form6 yg msih cikgu..

    so papn tahniahh!! slamat continues ur stdy

    ReplyDelete
  14. @roziahojijieOhhh macam tu ke? Thanks ye 4de information :)

    ReplyDelete
  15. eh, kite dpt jugak.. science kat melaka.. tp x pegi rsenye :)

    ReplyDelete
  16. congrate ain :)
    dekat matrix kena struggle lak alau nk dpt kos yg bagus kat U nanti
    nak2 lg kalau program 1 tahun
    btw,kalau kita dpt matrix automatik kita tak dpt f6..

    ReplyDelete
  17. congrate ^__^ saya dpt perak..

    ReplyDelete
  18. @hazdnulWahh thanks. Tahniah kepada awak juga :)

    ReplyDelete
  19. @hazdnulWahh thanks. Tahniah kepada awak juga :)

    ReplyDelete
  20. tahniah..akak pun dpt matrik dulu..tapi bkn kat perlis..kat labuan..org sbh kan..skg da tmt..pa2 pun..stdy elok2 k.. :)

    ReplyDelete
  21. okay ain :D kita boleh give me five laa :D
    tahniahh .

    ReplyDelete
  22. Tahniah Ain ;D Hehe.
    Study rajin2 tau.

    ReplyDelete
  23. Saya dapat jugak! Dekat Melaka jea. Hihi, jom bace entry saya pulak?

    ReplyDelete
  24. ain, mohon share ayat yang warna hijau tu. best laa awak :D ''Kat dunia ni, mana ada belajar yang tak susah. Nak naik basikal roda dua pon susah tau. Ada ke orang terus naik basikal roda dua? Mesti la start dari roda empat then tiga then baru lah dua. Tak gituuu?''

    ReplyDelete
  25. Alaa.. knpe x dpt form 6. kalau tidak bleh geng. Hahak. ap pun gud luck. nnt dh smbung blaja, jgn sia-sia kan okeyyy !! :)

    ReplyDelete
  26. kiter pown dapat gk!tapi kt penang...^^

    ReplyDelete
  27. @Isyatilla IdrisHaha nanti jadi geng bas sekolah balik. Ok thanks :)

    ReplyDelete
  28. congrate ;D
    http://no-matterwhat-kbye.blogspot.com/2012/04/i-got-there-alhamdulillah.html

    * tarikh tutup tawaran matriks niy bila?

    ReplyDelete
  29. saya pn dapat matrik perlis..hee

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)