Followers berkurang lagi?

Aduhhh followers blog Ain makin berkurang. Hari itu 3200+ then hilang jadi 3000 tepat. Ain pun watlek watpeace lah ingat maybe dia akan muncul semula. Then semalam bukak blog, tengok tengok susut jadi 2900+ lebih. Agak sedihhhh... Then tengok hari ni punya jadi, apaaa???!!!


Now total 2851 followers (29 Jan). Banyak dah hilangggg... Huwaaaaa!!! Sobs~ Adakah anda punya pun macam ini? Ok sep, kita geng. Huwaaaa!!! Sekian~

P/S: Nak tahu lagi info pasal ini, cuba baca BLOG INI.

Selamat Tinggal, 2015.

Selamat tinggal tahun 2015! Tahun yang paling perit gila bagi Ain. Tak sangka pejam celik pejam celik, akhirnya dapat ku tempuhi juga. Sejujurnya, ianya bukan tahun yang terbaik bagi Ain sebab tahun ni buat Ain banyak berduka lara menahan kesakitan di hati, ecehhh haha.

Sebelum itu, Ain nak cerita kenangan yang manis sepanjang tahun 2015. First, best lah dapat luangkan masa last semester dengan kawan sekelas semua, pergi trip ke Pulau Pinang bagi subject Transport. Best wehhh, lagi lagi rindu nak karaoke dalam bas lagu Siti Nurhaliza, lol! Rindu nak makan nasi kandaq jugak!

Day 1.

 Day 2.

Day 3.

Ain tak buat entry pun pasal trip ni. Takdo maso. So next is, paling dinantikan selama 3 tahun, yeayyy! Tamat sudah Diploma! Fuhhh! Lega lah hahaha. Gembira, gembira juga sebab dah habis tapi sedih, sedih juga sebab banyak sangat kenangan kat Kuala Terengganu ini. Dulu semester 1 asyik merungut jauh jauh, bila habis semester baru tergedik nak rindu hahaha. 

Last day of diploma, BM111 6A.

Lepas penat menanam anggur, menanam jagung dan dapat hasilnya haha, alhamdulillah, dapat sambung belajar ke peringkat Degree. Ain dapat Finance (BM242). Pilihan nombor satu woo haha tak sangka dapat. Ain pilih course ini pun sebab Ain suka kira mengira tapi tak sangka pula banyak teori woi! Hahaha aduhhh menyesal sikit lah amek course ini tapi tidak mengapalah. Usaha tangga kejayaan. Tapi best ramai kawan kawan dari Diploma dapat tempat yang sama. Tapi ada juga yang tak bestnya. Hmmmmm.

First day of degree at UiTM Puncak Alam.

The moment that I have been waiting for, FINALLY GRADUATED! Wohoo! Yeay boleh merasa pakai jubah then baling baling topi hahaha. Lama tak lepak ramai ramai tapi kejap sangat masa berlalu. But the most most precious things happen ialah bila doa kau termakbul. Sebelum Ain bersama dengan si dia ni, Ain ada niat yang Ain nak perkenalkan dia dengan ibu bapa Ain tapi hmm tak kesampaian. But I am so happy that family dia dan family Ain dah kenal, siap berborak lagi  time konvo haritu, hahaha. Lagi terharu mereka semua ingat lagi kat Ain. Itupun sudah cukup, terima kasih ya Allah.

Pre Convocation.

Convocation Day.
>>ENTRY PASAL CONVO DAY<<

Last but not least, of coz lah best dapat ramai kawan baru. Mula mula sumpah awkward gila nak berkawan. Nak bercakap pun Ain macam malas hahaha. Sebab yela, time last semester hari tu ada issue sikit pasal trust so Ain macam dah malas nak berkawan. Kalau boleh nak berkawan dengan yang memang Ain dah kenal. But people said that, tak kenal maka tak cinta. Apa salahnya try berkawan dulu kan. Alhamdulillah, dah makin rapat sikit. InshaAllah tahun ini 2016 lagi bertambah rapat, ewahhh haha.

CSR.

Class potluck.

Tapi alam Degree ini lagi stressful erghhh. Ingatkan dah habis dah stress tapi lagi stress ada lah! Hopefully I am okay. Doakan yang terbaik. So takkan sepanjang tahun 2015 ini tak ada kenangan pahit kot? Of coz la ada weh! Paling pahit dalam sejarah hidup seorang Ain! Dalam hidup ini, at least masing masing pernah rasa jatuh + sedih gila babeng, kot.

Kenangan yang pahit sepanjang tahun 2015, for the first time Ain rasa patah hati. Ia bagaikan dihiris hiris hati ini. Pedih gila doh! Thats why I said that, semester akhir Ain tak end dengan baiknya. What I mean is, every moment yang Ain nak cheerish bersama, semua lenyap sekelip mata. Time lepas bergembira balik dari Penang, tak sampai sebulan, semuanya bertukar menjadiii entahlah. Ain kehilangan orang tu, Ain kehilangan trust kawan Ain. Padahal baru je berseronok time kat Penang. Cepat betul Allah tarik nikmat kegembiraan kita.


Ain terkilan dan sedih jugak lah. Orang yang kita sayang, pergi macam itu je. Masuk bulan Januari 2016 ni, almost 11 months Ain dah tak ada apa apa dengan dia. But still bila lah perasaan sayang ini nak hilang? Common heart, please. Ain tahu salah Ain tapi kenapa tak terus terang kat Ain? Kenapa nak benda ini terkantoi sendiri? Ain tahu Ain salah sebab tak hargai orang itu tapi Ain paling sakit hati ada orang tak hormat langsung hubungan orang. At least bagi lah orang tu perbaiki hubungan dia dengan pasangan dia. Ini kau terus masuk line, kau terus sailang, ya Allah, kejamnya kau.

Kalau nak dikira time final exam semester akhir itu, tiap tiap hari menangis. Dah lah nak fokus study pun payah yang amat! Tapi nasib baik pointer Ain tak jatuh, alhamdulillah. Bukan apa, hati kita ni tak dapat tahan betapa peritnya nampak orang yang kita sayang pergi kat orang yang paling kita tak suka. Apa perasaan korang kalau orang yang korang dah percaya lama, kawan dah lama, sayang yang amat, tup tup pergi kat orang yang paling kau tak suka sedangkan dia tahu kau tak suka orang itu. Lagi lagi dia pertahankan orang tu! Wowww sakit weh sakit! Ain tahu memang salah Ain tapi kenapa tiba tiba nak menangkan orang ketiga? Sebab dia lagi baik dari Ain? Sebab dia hargai kau gila gila dari aku? Siapa yang tak hargai crush dia weh, lagi lagi sailang terus dapat, mestilah hargai kan. 

Ain tak suka seseorang itu bersebab. Sebab? Kalau dia baik, dia takkan ganggu hubungan orang. Kalau dia baik, dia takkan sakitkan hati orang lain. Fikirkan. Tapi itu pilihan hati dia, nak buat macam mana. Ok ok Ain redha, Ain pasrah. Hanya Allah je tahu apa yang Ain lalui selama ini.

And a big thanks to you girl, kau dah ambil dia dari aku then kau buat aku kehilangan trust dari kawan aku sendiri. Sedih kot hilang kawan. Kau apa tahu. Kalau benda ni semua bukan kau mulakan, semua ni takkan terjadi. Ingat tu. Ain ni dah lah jenis tak suka hilang persahabatan tapi nak buat macam mana. Kita kena akur. Walaupun dah tak rapat tapi janji kawan. Tak nak tak kawan langsung.

Tahun ini dalam masa 4 bulan (Mac-June), I lost 6kg. Bukan diet, tapi bila kita depress, nak makan nak telan pun rasa perit tahu tak. Tapi alhamdulillah Ain tak ada sakit sakit or perasaan nak bunuh diri haha. Cuma rasa nak membawa diri je jauh jauh.

Ain ingat kesedihan tu berhenti sampai situ saja tapi tengok tengok mereka berdua dapat U sama dengan Ain then course mereka berdua pun sama (satu kelas). Agak sedih lah. Dah lah kadang kadang nampak diorang berkepitttt pittttt pittttt je, macam belangkas. Aku ingat aku sorang je rasa benda yang sama, hahaha. At least buat lah kawan sesama jantina weh. Hidup ini perlukan kawan juga. Nanti susah siapa nak tolong? Alaaa biarlah, hidup diorang. Ain pergi main jauh jauh.


Tiap kali Ain rasa sedih, Ain sentiasa ingatkan diri Ain yang ada ramaiii lagi yang sayang Ain. Ada ramaiii lagi yang akan support Ain dari belakang. So Ain harap, tahun 2016 ini Ain dapat kebahagiaan untuk diri sendiri, dapat kejayaan, dapat buat yang terbaik dalam segala benda, dapat dipermudahkan segala urusan, taknak sedih sedih dah pasal benda yang lepas, taknak ada rasa cemburu dengki busuk hati and semua lah. Kalau boleh nak lupakan semua and just be happy! Ain nak happy macam dulu. Ain nak diri Ain yang dulu. Semoga hati ini tabah untuk pulih! Allah sentiasa bersama kita.

Ain maafkan semuaaa silap mereka berdua. Ain harap maaf yang mereka berdua beri kat Ain pun benar benar ikhlas. Minta maaf sudah tapi luka kat hati ni, entah bila nak sembuh. Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana keadaan hati ini. Harap Allah dapat pulihkan secepat yang mungkin. Buatlah hati ni setawar tawarnya. Aku taknak sakit lagi.

Akhir kata, tak bermakna kita jatuh sekarang, kita akan jatuh lagi. Sentiasa bersangka baik dengan apa yang Allah tentukan pada kita. Mungkin tahun ni bukan tahun kita. Tahun depan, who knows? Yang penting, sentiasa lakukan suruhan Allah, hormat kepada ibu bapa, buat baik kepada manusia, jangan permainkan perasaan orang dan sayang pada diri sendiri. Biar orang buat kita, jangan kita balas dendam. Biar orang bahagia atas hasil dia lukakan hati orang, jangan kita pun jadi macam dia. Allah Maha Adil. Sabar. Semoga tahun 2016 ini lebih baik daripada tahu sebelumnya. Aamiin. Sekian~

P/S: Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah silap. Past is past. Everyone deserves to be better.