Aku FAILED... huh!

Hmmm...

Hye anda... Hmmm... Hari ni Ain sedih sangat. Hari yang sangat menyakitkan hati. Yela saya tahu salah saya tapi kenapa mesti terjadi kepada saya hah? Kan Ain ada cakap yang hari ni Ain akan ambil exam berkomputer. Nak dapatkan lesen. Pergi kat myeg lebih kurang pukul 8.15 pagi. Boleh tahan la tapi tak ada ramai sangat. Ingatkan pergi dengan jiran sebelah rupanya kena pergi sorang sorang. Nasib baik la kat sana ada kawan sekelas, hehe.

Kena ambil no giliran sebelum nak masuk bilik tu. Tak ada la tunggu lama sangat. Hishhh memang nervous gila dohhh... Setahu aku, time buat SPM aku tak ada lah nervous gila macam ni. Takut doh~ Siap mesej dgn kawan, haha. Ok time buat exam tu, agak ok la soalannya. Semua ada dalam buku. Cukup 50 soalan aku dah jawab. Sekarang tiba masanya nak submit jawapan and tengok berapa markah aku dapat. Harap harap lulus. Hah... sekali... jeng jeng jeng... Perghhhh! Sakit hati beb! Sangat sangat sangat sangat sangat SAKIT HATI! Aku dapat 40/50 je??? Kalau nak lulus kena 42 markah ke atas. Aduhhhh lagi 2 kottt!!! Dalam fikiran aku, habis lah... mampos la kena marah dengan mak bapak aku.

Time balik, hmmm memang dah dijangka. Kena marah and marah. Inilah rutin harian saya. Kalau tak kena marah, kena maki. Ataupun kena sumpah. Sorry to say lah, Im the bad daughter in the house. Bukan world lah. Aku pon tak tahu lah kenapa dengan aku ni. Serius perangai aku lain gila. Kat rumah lain. Kat sekolah lain. Dgn kawan kawan lain. Dgn cikgu cikgu lain. Dgn saudara mara lain. Dgn ibu bapa pon lain. Asal eh? NOT HIPOKRIT but perangai tu datang natural. Tak tahu asal? Hmmm. Tak apa lah, mungkin bukan rezeki aku. Aku terima seadanya.

So aku kena repeat balik exam tu. Kena bayar RM 35. Aku akan ambil Selasa depan so wish me luck! Kalau benda ni terjadi lagi??? Aku tawakal jela. Aku sedia menerimanya. Hmmm... ok thanks sebab baca luahan hati Ain. Tak kesah la anda nak anggap Ain ni apa and sorry kalau guna perkataan "aku". Yela tengah sedih ni. Dan terima kasih kepada orang yang memberi dorongan kepada saya. Sekian~

P/S: Itu baru result lesen kereta. result SPM? Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)