Bachelor of Business Administration (Hons) Finance (BM242).

Baru baru ini, result penerapan ke UiTM untuk degree baru keluar kan? Ada yang dapat course Finance tak? Angkat tangan! Yeay sama dengan Ain hahaha tapi Ain dah masuk semester 4 bulan Mac ni huhu. Ok now Ain nak share subject apa yang akan korang belajar dalam course ini. So siapa memang time diploma memang dari diploma in Business Studies, diploma in Banking, Diploma in Investment dan seangkatan dengannya, anda akan skip terus masuk ke semester 3. Haa takyah start dari awal sebab anda memang dah ada basic.

Tapiiiii kalau anda cadang nak ambil course Finance untuk degree, cuba tengok dulu Finance time diploma semester 2 (tak silap Ain), dapat B+ ke atas tak? Kalau dapat B+ ke bawah and anda nak ambil Finance, nanti degree korang kena repeat paper ini balik. So fikirkan. Kalau dah minat, terpulanglah. Macam Ain, Finance Ain dulu memang tepat B+, fuhhh nasib tak repeat. Tidak tercungap aku bawak banyak subject hahaha.

Ok now list subject yang akan anda ambil start dari semester 3 sampai semester 5 and practical.

Semester 3 ada 8 subject. Kalau anda dari diploma in Banking dulu, tak perlu nak ambil subject Banking Operations. Kalau Ain, Ain kena ambil sebab dulu Ain diploma in Business Studies. Yang Kesatria tu tak payah lah hahahaha nak kawad lagi keeee.

Nak kata susah, depends kat orang jugak kot. Bagi Ain subject Corporate Finance dengan Banking Operations agak susah sebab Ain ni tak faham bahasa sikit hahaha. Tapi time final baru baru ini, ok lah. Boleh lah, janji lulus. Legaaa!

Semester 4 ada 7 subject. Okay semester depan Ain baru nak masuk semester 4. Senang takkk??? Takot dooooo. Dahla ada subject Eco, palingg Ain tak suka hmmm. Harap Ain boleh buat lah.

Semester 5 ada 6 subject. Makin lama makin tough subjectnya so jangan main main woi!

Semester 6 is our practical! Tadaaa~ Kejap je kan? Tapi orang kata, kalau boleh jangan repeat apa apa paper lah. Nanti makin banyak kita drag paper, chance nak tamat belajar tu agak lama. Sebab itu tak boleh banyak main. Kena usaha kuat!

Overall, kena work hard like crazyyy lah! Hidup ini mana ada makin lama makin senang kan? Setiap course ada lain susahnya. Sejujurnya lah, Ain rasa sedih lah tengok kawan kawan Ain dari course lain ramai yang Dekan. Bukan sedih sebab cemburu tapi sedih sebab kita pun nak macam diorang. Tapi kita dah usaha mana yang mampu kan, bukan rezeki kita.

Yes, Ain agak terkejut tengok result Ain. Perghhh, janji lulus walaupun macam laut bergelora haa. Btw, thanks siapa yang bagi kata kata semangat kat Ain. Ayat semua lebih kurang sama je hahaha, "takpe ada dua sem lagi" "usaha banyak lagi, tak cukup tu" "Ain boleh buat", haha thanks again. So I wish uolls goodluck! And jangan berputus asa. Common lah, gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya kan? Hehe k sekian~

P/S: 29 Februari ini dah start kelas! Alaaaaaaaaaaaa!

35 comments:

  1. Awal sem sentiasa aim utk dean list tapi last last lulus pon dah lega sgt. Goodluck habeskan study ain !

    ReplyDelete
  2. Hai nak Tanya. If gagal corporate finance subject apa ye untuk sem 4 yang Kita Tak boleh amek?

    ReplyDelete
  3. Hai nak Tanya. If gagal corporate finance subject apa ye untuk sem 4 yang Kita Tak boleh amek?

    ReplyDelete
  4. Ain.. Ain ada buat pengecualian cdt kan.. Kena caj x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takyah caj. Sbb Ain kan diploma mmg UiTM so terus lompat masuk sem 3.

      Delete
  5. Bachelor in finance tu... Ditawarkan dlm u mana sahaja ya?

    ReplyDelete
  6. kalau diploma office management and klu nak apply finance nnti terus lompat terus sem 3 juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start dari semester 1,tapi anda masih dapat pengecualian kredit.

      Delete
  7. Sekarang boleh lompat ke semester 3 ke?

    ReplyDelete
  8. Aslm. Kalau saya ambik diploma in accounting and then nk sambung degree in finance, boleh skip jgk ke semester 1 & 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tolong jawabkan ye. Sbb kawan saya dari dip accounting ke degree finance. Dia terus masuk ke semester 2 masa degree. Total ada 6 sem, last sem praktikal

      Delete
  9. Klau sem 6 final year project ada ke ? Boleh tak explain?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ain sng x subjek finance?

    ReplyDelete
  11. Hai assalamualaikum. Saya dapat tawaran Business Management di UTP. Kepala saya masih bercelaru nak fikir ni. Adakah kos ni sama dengan kos Bisnes Administration?

    ReplyDelete
  12. Kalau diploma business studies nak pergi bachelor in finance sekarang still terus lompat sem3 kah?

    ReplyDelete
  13. assalam saya pelajar diploma in business studies. saya rancang nak sambung degree in business admin. boleh terangkan tentang kemasukan pelajar dan credit transfer untuk course tu?

    ReplyDelete
  14. if saye ambik subjek fizik , kimia , addmath tapi x ambik account boleh ker ambik course finance?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya sbb ada je orang tak belajar account tapi dia dpt sambung belajar finance sbb finance ni general.

      Delete
  15. hi sekarang memang dia lompat ke sem 2 ye kalau dari penerapan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diploma awak mmg uitm, so dia mmg akan lompat sem (terus sem 3). Contoh awak diploma business, mmg automatik lompat sem kalau awak amek finance. TAPI kalau awak amek diploma acc and nak masuk degree finance, awak kena start balik sem 2 tak silap. Depends on subject diploma awak dah belajar ke belum.

      Delete
  16. Nak tanya untuk kos ni ada fyp ke? lalu thesis apa semua tu ada juga ke?

    ReplyDelete
  17. hi saya nadia, ambil dip in business studies juga, saya nak mohon penerapan sebab sem ni last sem saya in dip. Saya nak mohon degree in Finance, tapi saya takut. Bagi awak susah tak course ni?

    ReplyDelete
  18. Nak tanya…ain dpt uitm mana?

    ReplyDelete
  19. sy nk tny kalau finance nnti ada lagi ke subject mcm account😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh check kat link sini https://fbm.uitm.edu.my/index.php/ba242-finance

      Delete
  20. Course finance ni byk belajar mcm mna nak sediakan financial statement, financial reporting tak?
    Overall mcm Mana eh subjek² nyaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti,tpi yg ada sediakan financial statement & financial reporting utk subjek ACC407 ja setakat yg saya tahu pada semester 1.Saya student BA242 Finance UiTM juga..Kalau subjek FIN430,Introduction to Corporate Finance,ada belajar balance sheet dan income statement,tpi more to buat ratio analysis sahaja...maksudnya tak perlu buat sendiri financial statement.

      Delete
  21. Menarik artikel dikongsi..bidg finance relevan aja kerja pun mudah dapat ..btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)