Minggu Destini Siswa PART 2.

Sebelum anda baca PART 2 punya, baik anda baca PART 1 bagi yang belum baca la. Tekan SINI. Kalau dah baca, sila la sambung baca yang ini pulak ye, hehehe.

Ok hari Jumaat (8 Jun) hari paling best + awesome gila! Nak tahu kenapa? Jom baca sampai habis. Fyi, hari ni hari last bagi hari MDS so ada aktiviti yang menarik la. Time petang ada sukan and time malam ada malam kebudayaan. No taklimat for today, hahahaha!

 Dalam dewan.

So untuk malam kebudayaan setiap kos kena buat persembahan. Kena nyanyikan sebuah lagu dengan menggunakan loghat negeri. I mean macam loghat Terengganu, Kelantan, Sabah dan sebagainya. Nak tahu kos Ain dapat loghat apa??? LOGHAT NEGERI SEMBILAN! Hahahahaha! Lagu bebas so diorang ambil lagu bertajuk Muda by Hujan. So pandai pandai la kan tukar lirik semua dalam bahasa Negeri Sembilan tapi tak ada lah susah sangat. Biasa  je. Kami perlukan 20 orang so 10 lelaki dan 10 perempuan. Ain tak masuk pun, malas lah.

Pergi luar dewan and bincang ramai ramai.








Bukan bincang pasal malam kebudayaan je malah bincang pasal sukan. Cehhh "malah" tu aku guna, LOL! Sukan ni macam sukaneka la. Ada banyak game. Of coz la Ain masuk. Tak sah kalau tak main game macam kanak kanak riang ni.

 Budak perempuan kos Ain.


 Budak lelaki kos Ain.

 Ready for bersukan. Tengah tunggu pelajar lelaki habis solat Jumaat.

Pukul 2.30 petang macam tu, kami semua bergerak ke padang untuk main! Yeayyy! Hahaha! Saya kalau bab main main ni laju saje, hihihihi. Semuanya ada 6 permainan. Patutnya ada lagi 2 permainan tapi kesuntukan masa so terpaksa lah batalkan. Ain masuk 2 permainan.




Acara pertama ialah kain pelekat mu, kain pelekat ku juga. Lawak oh main permainan ni. Setiap orang kena ada pasangan then lari sama sama. Jauh kot kena lari. Dah la padang lecak gila. FOR THE FIRST TIME KOT LARI DEPAN RAMAI ORANG + LELAKI. Yela selama ni sekolah perempuan je kan. Lari pon lantak lah macam mana gayanya kan. Ain lari dengan Arna. Pelari no 2. Not bad ah kteorang lari. Laju gilossss hahahaha! Mula mula peserta lelaki dulu yang lari. Mereka dapat tempat pertama. Then baru peserta perempuan. Kteorang dapat tempat ketiga. Boleh laaa~

Peserta yang masuk acara, "kain pelekat mu, kain pelekat ku juga". Hahaha tapi ni guna batik.

Sebelum nak lari. K nervous gila. First time ok!


Haishhh tu la main lagi lari lari. Lari kat lecak pulak tu. Hahahaha! Habis kotor.




Meet Fariha. Dia dulu sama sekolah dengan Ain time form 1 - 3. Tak sangka jumpa dia. Senang sikit ada kawan nak gelak macam hantu, muahahahaha!



Ni acara tarik tali. Mula mula dah kalah mati. Pelajar lelaki jela yang main.


Ain ada masuk lagi satu acara iaitu getah dan straw tapi dapat tempat yang terakhir. Eeeee bukan salah saya ok. Salah yang lain sebab lambat sangat. Permainan yang lain macam hantu gula gula, perah air dalam botol dan apetah, lupa plak hahaha. Seriously HARI PALING AWESOME LAGI AWESOME! Hahahaha meriah gila tahu tak! Dah macam sukan tahunan. Masing masing buat sorakkan mengikut kos. Best gila ah!

Sementara sesetengah pelajar tengah syok bermain, ada yang sesetengah pelajar pergi practise untuk malam kebudayaan. Practise nyanyi lagu loghat Negeri Sembilan tu la. Sukan tamat pukul 6.30 petang macam tu. Then balik, mandi, solat Maghrib dan Isyak. Pukul 9 malam berkumpul di dalam dewan untuk malam kebudayaan.



Jom balik kolej! Mandi mandi!

Best la jugak malam kebudayaan ni cuma Ain tak suka ah tempat duduk ni. Dah sedap sedap duduk menghadapan pentas tetiba kena tukar sebab apetah. Last last dapat tempat yang menghadap tembok. Terima kasih lah dohhh. Alaaa tapi time mereka wat persembahan, Ain main menyelit je mana mana, hahaha. So for the result, for sukaneka, our group dapat... TEMPAT KEEMPAT! Yeayyy hahaha! Asalkan ada hadiah. And for persembahan nyanyian, our group dapat... TEMPAT KETIGA! Yeayyy hahaha! Ingatkan dapat no 1 tapi tak apa lah. Semua best best and lawak lawak, hahaha.

Lepas dah habis semua, its time for salam salaman dengan semua kakak kakak dan abang abang yang selama seminggu menjaga kami time orientasi. Dah salam tu, ambil makanan and ambil gambar la. Ain baru je nak ambil gambar dengan hamper (hadiah yang baru menang tadi) tapi semua conquer dohhh. Nyampah aku. Elehhh tak apa lah, lain kali aku pergi Giant, aku tangkap dengan SEMUAAA HAMPER kat situ, habis cerita!

Inilah penguhulu and penghuluwati kami time MDS. Hahaha si penguhulu tu orang panggil dia Awan Nano tapi rambut dia dah dibotakkan so orang panggil dia Lolipop. Hahaha, tak ada kena mengena!

GROUP BM 111 PART 1 2012 !!!
Ok itulah sedikit sebanyak pasal minggu orientasi saya di UiTM Kampus Kuala Terengganu. Sebenarnya cerita ni minggu lepas punya tapi tak ada masa kan nak berblogging ni. Terima kasih la sudi baca. Goodbye for now~ Sekian~

11 comments:

  1. sangat suka membaca cerita. :) suka sukan rupanya ain ni. tahniah untuk semua kemenangan. hebat jugak la ain lari dalam kain pelikat. hoho. selamat menjalani kehidupan baru. keep blogging :)

    ReplyDelete
  2. thniah dpt uitm kt.x perlu jln jauh2 nk pg klas.dpt plk bilik bwh.mmg syok.rndu ngn uitm kt

    ReplyDelete
  3. waa bestnye:) ain, awak amik kos ape ye ?

    ReplyDelete
  4. Macam best je. Hehe. Ee lambat lagi nak lalui benda ni. urhh, tak sabar. haha =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/my-birthday-on-this-year.html

    ReplyDelete
  5. @hazwanishikotAin ambil kos BM 111 iaitu pengajian perniagaan :)

    ReplyDelete
  6. sy pn dpt uitm kt..hehe..nk tnya almari dia cmne erk??

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)