Family Day di Cameron Highland.

Hari Ahad lepas (27.5.12) keluarga sebelah ayah Ain ada buat family day kat Cameron Highland. Sebelum ni dah banyak tempat dah buat macam Pulau Pangkor, Melaka, Port Dickson, Janda Baik, Kuantan, Bukit Merah and banyak lah lagi. Setiap tahun mesti buat dua kali. Kalau time bulan 5 6 cuti sekolah just buat outing jalan jalan. Kalau time bulan 12 baru buat besar besaran macam ada sukaneka dan sebagainya. So kali ini buat kat Cameron Highland. Patutnya 3 hari 2 malam tapi disebabkan mak Ain yang baru balik dari Tokyo pada Sabtu petang, jadi kteorang duduk sana 1 malam je. Family Ain jela pergi hari Ahad. Family yang lain pergi hari Sabtu.

Kteorang (family Ain) bertolak pukul 3 pagi hari Ahad. Yela Cameron Highland jauh kot. Perghhh pening kepala otak den kona sana sini. Dah la laju hahahaha. Sampai pukul 6.30 pagi macam tu. Dah masuk bilik, pukul 7 keluar jogging then breakfast. Lepas breakfast baru gerak pergi ladang teh beramai ramai, haha.



Yang menarik kalau pergi tempat ladang teh ni, Ain suka pergi cafe dia je untuk makan. Hahahahaha! Pemandangan lawa lawa la. Ain dah pernah pergi so tak kisah sangat la, huhu.







Ini lah makanan paling saya suka bila datang sini, mushroom soup!!!

Lepas melawat ladang teh, pergi Butterfly Farm pulak. Dah pernah pergi so tak hairan la tengok rama rama, hahaha. Tapi tak ada lah banyak sangat, sikit je. Ada jugak binatang yang lain and bunga bunga.

Model rama rama, hahaha!

Lepas tu pergi lunch. Ain and cousins yang kecik kecik pergi KFC. Saya yang belanja..... guna ayah saya punya duit, hahaha. Lepas makan baru lah bebas nak pergi mana mana. So family Ain and cousins pergi ke Strawberry Farm. Yang lain dah pergi semalam cuma kteorang je tak so nak pergi la. Hmmm nyumm nyumm sedappp!!! Hehehehe.





Strawberry sundae.

Waffle strawberry.

Malam ada dinner. Kteorang kalau buat dinner mesti kena ada tema pakaian. So tema pada malam tu ialah batik. Huhhh memang aku last minute fikir lah nak pakai apa last last tibai jela. Lantak la orang nak ketawakan ke apa. 


Sambutan Hari Ibu.

Sambutan hari jadi bagi yang lahir pada bulan 4, 5, 6 dan 7.



Kadang kadang kan, benda yang kita tak sangka akan terjadi mesti terjadi. Hahahahahaha lawak doh! Aku rasa pakaian aku dah macam TERlebih tema. Dah macam orang nak buat dikir barat. Yela gara gara last minute punya idea kan. Ingatkan ada orang lebih hebat rupanya ada yang tak pakai and ada yang biasa biasa je.

 Errr tak kisah ah korang nak gelak ke apa. Sakai dohhh. Muka terpaksa kena pakai, hahaha.

Jangan ingat kalau pakai lawa lawa ni tak ada hadiah. Adaaa... hahaha. Ada 4 hadiah untuk pakaian paling terbaik. Hahaha, Ain memang tak jangka la kan akan menang *dalam hati cakap ye*. So a ah saya menang dapat sampul dalam tu ada wang tunai, haha. Lepas ni boleh belanja sakan la dengan dapat hadiah SPM lagi, hehehe.

 Ini hadiah SPM. 

 Ini hadiah yang best dress tu. Sila hiraukan perkataan children tu. Hahahaha!



Anyway seronok la. Hari keesokkannya semua check out awal sebab takut jem. Sebelum nak balik tu singgah lah kat pasar beli strawberry semua kan. Hmmm best best. Ok lah, itu saja untuk para pembaca blog saya. Gambar gambar ni banyak sumber sebab ada dari lain lain camera sebab tu ada kualiti yang ok ada yang tak, hahaha. 

Dan esok saya dah nak berangkat ke Terengganu, huhu. Bukan bercuti tapi pergi belajar la. Ain akan masuk ke Uitm Kampus Kuala Terengganu di Cendering. Sabtu ni baru daftar. Hopefully semua ok ok la kan. Saya tak suka nangis nangis ni. Saya kalau nangis pon bila saya stress atau sakit, hahaha. Ok lah, bye bye~

AWESOME FAMILIES!!!

10 comments:

  1. bestnyee pegi bercutii! scha dok umah je cuti ni :/

    ReplyDelete
  2. TOLONG ! Tolong like comment SAYA jap , tolong erk :) thanks :)

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=472746596073115&set=a.457626027585172.120912.457624707585304&type=1&theater

    # LIKE COMMENT SAYA KAT GAMBAR TUU , JUST LIKE :) JASA MU KUKENANG !

    HAHA , ayat skema , thanks ;)

    ReplyDelete
  3. Wahh happening sangat family awak! Suka tengok gambar2 tu! :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya family day..ada hadiah lg..

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)