Bercuti di Singapore Part 1.

Hellooo semua! Ok di entry ini saya nak cerita pasal percutian saya di Singapore. Tak ada lah jauh mana. Mesti ada yang pernah pergi kan? Yang belom pergi tu mari baca, hihi. Ain pergi sana selama 4 hari 3 malam mulai dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Bertolak dari rumah pukul 9.30 sebab flight pukul 12.30. Pergi LCCT naik kereta je lagi jimat. Naik kapal terbang Air Asia. Tambang murah kan... hahaha *tangan di dada mata ke atas* Seat Ain yang belakanggggggg sekali! Adoyyy dah la ngeri duduk tepi tu macam nak tercabut tingkap semua sebab bunyi angin punya la kuat, haha. Bila sampai kat Changi Airport Singapore, pergi makan jap kat KFC. Lepas habis makan terus beli tiket untuk naik MRT and pergi ke Kallang. Hotel kat kawasan Geylang. Best MRT dia... tapi tak sebest MRT kat Hong Kong, huhu.




Hotel yang Ain duduk ialah Fragrance Hotel - Emerald. Cehhh ingatkan hotel besar rupenya macam biasa biasa je. Lobby lawa, bila masuk bilik, mak aiii! Sempit gila!!! Kata bilik double tapi bilik kalah lagi bilik aku yang besar tu. Sempit sangat. Katil ada 2. Satu single and satu yang besar punya. So ibu, ayah and Anis tidur satu katil besar. Aku of coz la satu katil kecik. Adik lelaki aku dua orang tu tidur kat lantai, beralaskan selimut la. Muka masing masing tak puas hati tapi nak buat macam mana, bersyukur la. Kat sana tidur sehari dah berapa dollar. Mahal nak mampus. Then lepas dah letak beg semua, keluar balik and pergi jalan jalan. Naik MRT pergi Orchad. Banyak jugak la shopping mall kat situ.



Time malam makan McD je. Then balik semula ke hotel by MRT. Jauh doh jalan. Ini baru sehari dah penat. Hmm boleh kurus kalau aku duduk lama lama kat sini, haha. Ok lah itu saja for part 1. Nak baca part 2 punya? Klik SINI.

1 comment:

  1. ๐Ÿ’ข๐Ÿ‘’ PROMO SINGAPORE HOLIDAY!! ☺๐Ÿ’ข
    .
    Jom book pakej murah-murah dgn sis:
    ๐ŸŒUSS (Universal Studios Singapore), harga Lebih Murah dari⭐RM259 ya (PM untuk harga EXTRA DISKAUN) = pakej dengan bus dari JB 2 Ways Transfer tau. Tiket Sahaja pun ada - PM.
    .
    "SingaporeTour" Trip Bajet dari JB SENTRAL:
    dari๐Ÿ”ฅRM97 seorang sahaja (if 3pax) Kalau ramai murah lagi..Tix lain-lain pun available. PRIVATE TRIP via ALZA & STAREX available. Dah sampai Johor? Jom lah kita masuk Singapore sekali. ๐Ÿ˜Š
    .
    PM JESS di ๐Ÿ”ธ012-7760219
    Love Travel --> www.facebook.com/lovetravel86
    .
    ๐Ÿ‰www.wasap.my/60127760219/sgtour (JESS)

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)