Bercuti di Singapore Part 2.

Hallu halluuuuu kembali lagi di part yang kedua. Anda dah baca entry Ain pasal bercuti di Singapore Part 1? Kalau belum, baca dulu ok. SINI. Ok Ain nak sambung balik cerita pasal percutian Ain. Pada keesokkan harinya, hari Ahad kami pergi ke Universal Studios naik MRT. Pergi ke Outram Park dan naik monorail ke Sentosa. If saya tak silap lah, dah lupa. Bila dah sampai kat sana, terus beratur untuk beli tiket. Cehhh ingatkan dah bukak padahal kat luar yang dah bukak, bukan yang dalam punya.So sambil menunggu sambil snap gambar la. Mula mula ibu beratur nak beli tiket tengok tengok tak payah sebab kteorang dah booking dalam website so boleh terus masuk la, tunjuk kertas tu je. Tempat tu bukak pukul 10 pagi. Lama doh aku terpacak kat situ, haha.



Then dekat kertas tu ada tulis kena cepat cepat pergi ke Transformer Ride. So bila gate dah bukak, dah boleh masuk... mak aii~ Semua lari pergi ke Transfomers Ride. Adoyaiii~ Sakit jantung aku, dah macam merentas desa pulak lari ramai ramai. Dah la jauh belok sana sini. Transfomer Ride tu baru bukak so ramai yang nak cuba. Perghhhh! Best kot! Ain dalam tu terjerit jerit + tergelak gelak. Kita kena pakai spek mata 3D then duduk dalam satu kereta ni, kereta ni akan bergerak gerak. Nampak macam real lah. Api keluar la, asap la, air la. Best! Ayah Ain lagi la, kereta tu belum jalan lagi dia dah jerit. Mana Ain tak join sekali dengan dia, haha.

 Kereta itulah yang saya maksud kan. Best kot! Patut cuba!


Love this pic. Awesome gila! Optimus Prime!

Dah la naik Transformer Ride tu dua kali. Anis lah yang nak sangat. Hah... then baru la fikir nak naik apa pula. Depan mata dah nampak roller coaster warna biru merah tu tapi hati tak ingin nak naik sebab takut, haha. Cukuplah saya naik roller coaster yang mengerikan di Hong Kong. Dah serik naik, hahaha. So naik Accelerator plak. Dekat je. Dia macam cawan berpusing, perghhh nasib baik kejap. Pening gila. Kat sana ada tujuh tempat. Yang mula mula Ain pergi adalah Sci-Fi City. Kat situ ada Transformer Ride, Battlestar Galactica (roller coaster) dan Accelerator (pusing pusing).


Sakit telinga dengar orang jerit naik bende alah tu, hehe.

Then tempat yang seterusnya adalah Ancient Egypt. Ala ala padang pasir lah ada mummy semua. Kat situ pon ada roller coaster tapi dalam gelap. As usual saya tak nak naik sebab dah pernah naik kat Hong Kong. So pergi masuk kat Treasure Hunter je. 


 Treasure Hunter ni sesuai untuk kanak kanak lah macam saya, hahaha.

Dalam tu ada roller coaster iaitu The revenge of Mummy.

Lepas tu pergi ke tempat lain iaitu Far Far Away. Tempat Shrek. Tengah jalan tetibe nampak patung Shrek dengan Fiona. Lengang je time bergambar. Puss In Boots pon ada. Then masuk dalam theatre Shrek 4D Adventure. Best dohhhh. Dah la pakai cermin mata 4D then ada part Shrek naik kuda tetiba kerusi kita bergerak gerak, haha. Malangnya kerusi Ain tak gerak kuat sangat sebab orang sebelah Ain berat kot? Haha. Then part Donkey bersin, tetiba air terpecik la. Time spider datang ada benda yang lalu bawah kaki kita la. Besttt... Hihihi. Lepas habis tengok tu naik Magic Potion Spin. Macam ferris wheel la tapi hanya untuk kanak kanak ok dan hanya untuk berat badan yang ringan sahaja seperti saya sebab tempat dia kecik, haha. Ain naik dengan adik Ain.


 Kucing ni gatai beno peluk aku, hahaha.


 Ini lah Magic Potion Spin. Kecik je... bende ni terletak dalam kedai.


Then naik Enchanted Airways (roller coaster). Hahaha ni tak takut sebab yela ramai budak budak naik so Ain cuba la dengan adik adik Ain. Mak aii~ Kau kata tak takut? Aku rasa adik aku yang Anis tu lagi ok dari aku. Adoyyy~ Aku jerit punya la kuat sambil pegang tangan Anis. Laju dohhhh! Sengal sengal~


Then pergi ke tempat The Lost World. Tempat dinosaur lah. Alaaaa baru nak naik yang basah basah tu, Jurassic Park Rapids Adventure tapi orang tu kata ada masalah teknikal so tutup buat sementara. Hmmm nak naik Canopy Flyer beratur panjang gila, tak larat nak tunggu. So dekat tempat The Lost World ni kteorang hanya tengok show dia saja, Water World. Yang permainan dia tak naik langsung. Hmmm. Show dia best gila! Orang tu main simbah simbah air. Kena basah sikit la. Memang dashyat la sampai kapal terbang ada, tembak tembak, meletup sana sini. Awesome!



Then pergi ke tempat Madagascar. Mula mula naik King Julien’s Beach Party-Go-Round, macam marry go round lah. Naik dua kali pulak tu, Anis lah yang nak sangat, hahaha. Then pergi ke A Crate Adventure. Best jugak, naik bot. Bila dah keluar dari tempat tu, ada show pula kat luar. Best tengok patung patung Madagascar tu menari lagu I like to move it! Move it! Hahaha. Lepas habis show, hah... boleh bergambar dengan bende tu. 

 Anis tengah fikir lepas ni nak naik apa pulak, hahaha.

Bot ni best.

 Tonggeng bontot... haha!

 I like to move it! Move it!




Lepas tu perut rasa lapar, jadi kteorang pergi tempat yang ada nasi. Sebenarnya kat 7 tempat tu semuanya ada kedai tapi ada yang halal dan ada yang tak. So kalau sesiapa yang nak makan nasi boleh la pergi ke tempat Ancient Egypt dan pergi ke Oasis Spice Cafe. Hah... macam Astro Oasis gituww... haha.


Menu yang Ain pilih set 3. Ada Nasi briyani, Chicken butter, yang hijau tu Aloo Pokak.. ke pekak (sayur), yang putih tu coslow. Sedap jugak ah. Then ada kuah dal, papadom dan juga dessert.

Lepas makan sambung balik main. Pergi la mana mana. Tangkap gambar sana sini. pergi ke tempat Hollywood dan New York. Yang kat depan depan tu.

 Yang ni characther dalam The Mummy.


 Ibu with Betty Boop.

 Dengan bini Woodpecker, kot lah, haha!

 With Monster, grrrr~
Errr ni saya tak kenal. Maaf~

Then kat tempat New York kteorang tengok show The Lights, Camera. Action! Tempat ni macam nak tunjuk la bagaimana buat filem semua kan. So kteorang berdiri di barisan depan sekali. Time mula mula masuk ada introduction dulu then baru masuk dalam bilik tu. Tengok kat lantai macam basah semacam je, mesti ada part simbah simbah air so sengaja la kan nak duduk depan depan biar kasi simbah lagi. Wow!!! Best kot!!! Diorang tunjuk macam mana scene time ribut petir. Berapi sana sini, kapal yang besar pon ada... Tiba tiba kan... Perghh... Ingatkan dah habis rupenye ada benda jatuh daripada atap dan bushhhh!!!!! Amek kau basah! Hahaha siot je. Satu family kena. Terbaik la! Nasib baik tak basah kuyup.



Dah habis tengok show tu, tunggu untuk parade pula macam perarakan la. Best oh! Semua ada. Ain suka sangat sebab banyak character yang lalu kat kteorang. Ada yang sep tangan Ain dengan adik Ain, ada yang bagi respon, ada yang terkejutkan kteorang, hahaha. Bestttt!

Yang pompuan tu la sep tangan Ain sebab time dia konon konon ambil gambar, Ain buat peace. Hahaha.







Mummy ni takutkan Anis. Aku kat tepi gelak je, haha.




Dah habis semua, apa lagi, balik lah. Hahaha. Keluar sana macam pukul 6.40 then jalan jalan la kat perkarangan yang luar tu.



Kiteww beli botol air baru... Confirm kalau bawak masuk asrama, tak sampai berapa minit tinggalkan dah lesap, hahaha.

Now nak balik ke hotel. Perghhh ramai kot yang beratur nak naik monorail. Yela takkan naik beca. Lepas naik monorail, naik MRT and balik ke hotel. Sebelum tu makan malam dulu dekat kedai mamak, haha. Balik hotel, mandi then tidur. Zzzzzz~ Hari yang sangat letih! Nak baca Part 3 pula? Tekan SINI. Rasanya Ain cerita terlebih detail kot, hehe. So siapa nak pergi sini dah tahu eh macam mana, hihi. K bye~

16 comments:

  1. BesTnye.. gue yg duduk johor pun tak sampai2 lagi singapore heheheh (^-^)..

    ReplyDelete
  2. bestnye kak Ain!! dh lme k gi singapore

    ReplyDelete
  3. Wahh. Patutt naik cylon biru tuu.. Sy naik gak! Super super seram dari dragonnn..

    ReplyDelete
  4. @Masitah AmaniSebab tu saya tak nak naik sebab seram, haha :p

    ReplyDelete
  5. wah.. syoknya jenjalan. patut aunty call mama tak dpt.. he..he..

    ReplyDelete
  6. Amboi...bestnya adik kita ni g sana ye...
    p/s:JELES :'(

    ReplyDelete
  7. bestnye boleh naik transformer ride tuh !!

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)