Bercuti di Singapore Part 3.

Hello again. Ok ni part 3 punya. Dah baca part 1 dengan part 2? Kalau belum, sila baca dulu ok. PART 1. PART 2. Ain pergi sana 4 hari 3 malam so ini hari yang ketiga Ain nak cerita. Hmmm nothing special or best hari ni. Breakfast makan lontong. Mestilah kedai Melayu ada, adoy mu ni~ Then ingatkan pergi shopping complex tu kejap je, rupenye... mak aiii~ Lebih 7 jam ok! Lama gila! Tak ada la best mana, bagi Ain la. Hah... sesiapa nak pergi shopping barang murah, pergi la ke Mustafa. Besar gila gila gila tempat dia doh! Ain pon konfius dah berapa bangunan Ain masuk tapi still under nama yang sama. Ala macam Mydin la tempat dia. Jenama semua dahsyat dahsyat ok macam Adidas, Nike and semua lah jenama yang mahal mahal. Anda sebut je, semua ada kat Mustafa. Harga not bad. Bukan ciplak ok but semua ORIGINAL!

Lontong with sambal sotong.

Dari pukul 10 lebih sampai nak dekat pukul 6 petang tak habis habis lagi. Adoyyy~ Penat gila weh. Dah la tak ada tempat duduk disediakan. At least letak la bangku ke apa. So aku duduk je kat lantai. Lantak la, dah rasa nak tercabut pinggang semua. Siapa yang kaki shopping tu, sesuai la pergi terjah kat tempat tu. Memang besar la dah macam Midvalley. Banyak sangat laluan nak masuk ke bangunan lain tapi under nama yang sama. Kaya betul pemilik ni! Tapi yang bestnya shopping kat sini sebab boleh guna credit card. Thats why la ayah and ibu Ain shopping sakan, haha. Beli baju, coklat, jam, beg camera and so on. Cop, ada kena mengena ke?

Muka bosan. Cepatlah balikkk...

Bila dah petang, jalan pon sesak. Yela orang Singapore balik kerja kan. So lepas makan kat kedai mamak kat depan tu, balik naik teksi. Kalau naik MRT nanti sesak dengan bawak banyak barang. So ambil dua teksi. Satu teksi tak boleh lebih daripada 4 orang. Lepas Maghrib keluar balik pergi jalan jalan. Again pergi Orchad. Ala macam kat Bukit Bintang la lebih kurang. Jalan jalan je, penat... haha.




Slurpee perisa Coca Cola!

Hmmm Ain jenis yang tak suka jalan jalan dari pagi sampai ke malam. Mesti rasa penat gila. Kalau tempat tu menarik tak apa la jugak, ni shopping complex? Pergi la muzium ke apa ke, hahaha. Saya suka pergi muzium atau tempat tempat yang boleh bergambar, hihi. Ok itu saje lah pada part 3. Nak baca PART 4? Klik SINI ok. Sekian~

2 comments:

  1. bestnya dapat pegi cuti cuti ni . nanti beli la ole ole kat iema . hee ~

    ReplyDelete
  2. @iema ツHaha dah pergi dah pon. Baru nak cakap :p

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)