Result SPM saya :)

Hai semua dan Assalamualaikum, hihi. Hah... semalam kan hari ambil result sedunia bagi pelajar yang lahir 1994 so Ain tergolong daripadanya. Hehehe result Ain alhamdulillah baik walaupun tak ada lah straight A's tapi sejuk hati merasa dan sedap mata memandang, haha. So Ain nak cerita apa yang terjadi semalam. Jom kita baca entry ini.

Ok semalam... Sebelum nak pergi sekolah, Ain pergi McDonalds kat Kajang dulu sebab nak tunggu kawan kawan yang lain sampai so nanti pergi lah sekolah sama sama. Sekolah Ain memang sekitar kawasan Bandar Kajang tu, haha. Convent Kajang tahu? LOL! Ok sampai McD pukul 8.30. Kat sana ada 3 orang kawan Ain dah sampai. Breakfast semua kat situ... then pukul 9 baru lah yang lain sampai. Borak borak pasal PLKN sebab ada kawan Ain yang dah pergi so nak tahu la pengalaman dia. Borak pasal result kejap lagi nak ambil, hehehehe nervous kot.


Masing masing tengah berdebar. Ada yang suruh cek guna SMS. Tak nak akuuu... kang tak pasal pasal nangis kat situ. Sampai sekolah mata dah bengkak, haha. Bertolak pergi sekolah pukul 10.10 macam tu... Malas nak pergi awal awal. Ala dekat je sekolah, dah biasa jalan kaki haha. Sampai kat sekolah baru ada berapa kerat je. What??? Ambil result pukul 11.30??? Lama gila!!! So sebelum tunggu result keluar, duduk la dulu. Jumpa dengan kawan kawan yang dah berapa bulan tak jumpa. Hahaha ok best jugak.



Jeng jeng jeng... Result pon sudah ada di tangan cikgu. Masing masing beratur ambil slip kat guru kelas. Perghhh rasa nak nangis kot. Bukan apa, slip Ain kat atassssss sekali. Dah nama first kan, haha. Tak suka ah orang dah tahu dulu. Time nak ambil tu, haishhh tak suprise la. Kawan Ain pergi bagitahu yang Ain dapat 4A. Ok, tak suprise weh!!! Kau wat mood aku down sikit. So bila tengok slip tu macam... hmmm... ok... hmmm... Macam orang tak ada perasaan. Tak rasa nak nangis dan tak rasa nak happy. 4A OK LA KAN? Kawan kawan Ain yang lain semua gempak gempak! Ada yang semua A, 8A, 7A, 6A, 5A, 4A, 3A, 2A, 1A dan selebih dari tu saya tak tahu. Hebat hebat kot semua! Gembira dapat kawan macam tu. Mereka happy, saya pon tumpang happy. Ok la 4A kan? Tapi sama macam trial punya la... Thats why la saya terdiam sejenak. Time trial SPM Ain dapat 4A 1B 2C 1D 1E. Hah... lagi teruk sampai semua gred ada. So Ain nak la SPM ni lebih dari 4A then semua B... Tengok tengok sama sikit macam trial tapi alhamdulillah yang lain B.

Ayah and ibu Ain happy juga tapi tak tahulah dalam hati diorang sedih ke apa sebab saya tak rasa sedih dengan result saya. Tak rasa menyesal juga... Ok la fine dapat 4A. Dah itu saja mampu saya lakukan dan itu saja rezeki yang Allah bagi walaupun saya teringin nak banyak A macam kawan kawan yang lain. Syukur alhamdulillah~

Subjek yang saya A - Maths, Sejarah, BM dan Science. Pergghhh tak percaya kot Sejarah dengan Science boleh dapat A! Padahal main hentam. And Ain agak sedikit frust bila Add Maths tak A. Sorry Sir... sob sob... Akaun dapat B? Pergghhh lagi la tak caya. Padahal main tulis je apa yang nak. Syukur~ So saya berpuas hati dengan keputusan yang saya terima. FOR THE FIRST TIME TAK KENA MARAH, PERLI DAN EJEK!!! Fuhhh~ Terima kasih Ya Allah kerana kau makbulkan doa aku, amin~

Then malam pergi celebrate kat Pizza Hut. Ala makan makan macam biasa je. Thanks ibu ayah. Bagi saya, saya rasa macam tak seratus peratus gembirakan hati ibu ayah saya. Saya tahu saya mampu buat yang lagi hebat dari ini. Mungkin saya banyak main? Tak apa lah, ada hikmah disebaliknya. Saya terima dengan hati yang redha.

Ok rasanya dah terlebih detail Ain cerita pasal result SPM. Saya tak nak secret secret. Biarlah orang tahu. So? Kalau anda tahu sekali pon result saya, anda nak buat apa? Gelakkan? Ada aku kesah? Ini blog saya so biarlah saya nak bagitahu. Benda baik kan, ok la kongsi bersama. Hahaha. Kepada sesiapa yang dapat result bagus tu, tahniah la. Yang tak bagus tu, cuba lagi. Kat universiti lagi tough exam dia, kan kan? Ok now saksikan petikan dialog dia bawah. Ain dengan teacher Ain, haha

Ain: Teacher, kelas kita ada orang failed tak?
Pn Lim: Adaaaa...
Ain: Hah?! Ada?! Siapa?!
Pn Lim: Lima orang tu lah... Saya dah agak da... Add Maths pula tu...
Ain: 5 org? Siapa?
Pn Lim: Teka la sendiri... U mesti tahu punya...
Ain: Nanti saya teka salah macam mana?
Pn Lim: Aiyooo~ Dalam kelas 5 orang tu je selalu failed. Teka lah.
Ain: Ok ok...

Hahaha ok tak lawak. Btw jom la share result dengan Ain. Yang A je... haha. K sekian~

35 comments:

  1. tahniah.. kalau diri sendiri rasa da puas hati, kami cuma tumpang hepi je.. hope lepas neh boleh pilih jurusan yg menjamin masa depan.

    nasihat akak, tayah masuk matrix pon x apa.. start dgn diploma level kat mana-mana U.. zaman sekarang kalo sume ada degree da payah nk apply keje nnt..lepas diploma boleh sambung degree. takde masalah.. cuma kena belajar rajin2 ye..

    all the best dik :)

    ReplyDelete
  2. congrates!
    ape2 pun, kite dah buat yg terbaik kan? :)

    ReplyDelete
  3. Wah,syukur dapat 4A :D
    Congrats dear

    ReplyDelete
  4. tahniah :) saya tumpang happy!

    ReplyDelete
  5. congratsss dik :)

    papepon wish u luck...jgn lupe spm bukan segalanya.okee? :D

    ReplyDelete
  6. hmm saya pun 4A jugak tapi nangis tak henti semalam wuwuwu~

    ReplyDelete
  7. congrtas laa...same to me...x bermakna spm dapat 4A x blh dapat 4flat kat u kan..so..teruskan usaha untuk masa depan kita..:D

    ReplyDelete
  8. congrates akk ! okey la tu ! pndai, add math mmg sush ek? Haha, :D

    ReplyDelete
  9. tahniah,akak dah melakukan yang terbaik apa.. Tak tau lah adik ni-.-'

    ReplyDelete
  10. @mizz_puaBetul tu. Congrats kepada awak juga :)

    ReplyDelete
  11. @Princess SyazliyanaAdd Maths tak susah cuma kita kena usaha sendiri :)

    ReplyDelete
  12. Walaupapepon walau berape pon anda dapat hewhew Tahniah okay ! :D

    ReplyDelete
  13. Tahniah..:) betul tu, SPM bukan segalanya.. nanti masuk U buat terbaik.ok?:)

    ReplyDelete
  14. Congrates!! ;)) lyana 3A je. Ain menanglah! heee

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)