Alhamdulillah~ Dah 18 tahun hidup di muka bumi ini :)

Hai Hai Haiiiiii! Hahahahaha. Well today is my birthday! Hoho tapi rasa macam tak ada apa apa berlaku hahaha. Syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan umur saya sampai ke hari ini. Syukur sangat sangat. Saya dah 18 tahun! Yeayyy tapi tak tinggi tinggi pon hahahahaha!

Then semalam saya tidur lambat macam nak dekat pukul 5 pagi la. Hah.... buat apa tuuuu??? Hahaha ni tengok Running Man ah... Gelak sorang sorang pagi pagi buta. Pastu hari ni bangun lambat. Selalunya dah ada orang yang nak robohkan pintu Ain tapi hari ni senyap je, huahahaha. Yang peliknya macam mana ah diorang masuk bilik Ain ambil laptop la, letak kad atas meja la. Memang tak dengar apa apa. Haha tidur mati la tu penat sangat LOL!



   
Thanks ibu, ayah and adik adik for ucapan dalam kad tu. Macam biasa lah adik aku bagi ucapan merepek je, hahaha.  And thanks to kawan kawan yang wish birthday Ain. Ain hargai sangat sangat. Ibu tanya nak makan apa hari ni? Saya jawab entah la hahaha. Ain tak kisah sambut ke tak birthday. Tak penting pon bagi saya. Sekadar ucapan pon cukup lah. Well~ Saya memang baik, penjimat hahahaha.

Anyway THANKS AGAIN WHO ARE WISH ME. Semoha Tuhan memberkati hidup anda, amin~ Ok lah, sekian~

Pemenang bagi Segment: Happy 18th Birthday Ain!!!


Tadaaa~ Hahaha dup dap dup dap. Sebelum kita ketahui siapa pemenangnya, pertama sekali Ain nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang join Segment: Happy 18th Birthday Ain ini. Thank you sooooooooooo much! Semua ucapan anda amat saya hargai dan juga hadiah yang anda bagi kat saya tu amat saya suka dan saya akan ingat sampai bila bila, hihihi. Amboiii skema nya ayat dah macam buat karangan berpidato, hahahaha! Btw, nanti Ain akan letakkan hasil karya anda itu ye. Alaaa macam buat blog review lah ok.

Now nak tahu siapa pemenangnya? Sebelum tu kepada yang tak menang, jangan sedih. Semua yang join ini semuanya terbaik di mata saya tapi sayangnya ada hadiah dari tempat pertama sampai ke tujuh je. So lets see who's the winner. Jeng jeng jeng...


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


HAI HAI HAI... OK SCROLL LAGI. HAHAHAHAHA!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


TEMPAT KETUJUH
1 cursor
Bloglist di sidebar
Blog review

TEMPAT KEENAM
1 Header
1 Cursor
Bloglist di sidebar
Blog review

TEMPAT KELIMA
1 Image sidebar
1 Header
1 Cursor
Bloglist di sidebar
Blog review

TEMPAT KEEMPAT
Topup RM5
1 Image sidebar
1 Header
1 Cursor
Bloglist di sidebar
Blog review

TEMPAT KETIGA
1 Simple purse
Topup RM 10
1 Mystery gift
1 Animated banner
1 Header
1 Cursor
Bloglist di sidebar
Blog review

TEMPAT KEDUA
2 Brooch
Topup RM 15
1 Mystery gift
1 Animated banner
1 Header
1 Doodle single with item
Bloglist di sidebar
2 kali diblog review

TEMPAT PERTAMA

4 Brooch
Topup RM 20
1 Mystery gift
1 Animated banner
1 Header
1 Doodle couple with item
Bloglist di sidebar
2 kali diblog review


TAHNIAH kepada para pemenang!!! Cara pemilihan saya, saya pilih berdasarkan syarat syarat yang telah ditetapkan. Tiada istilah pilih kasih. Bukan siapa gambar paling lawa dia menang. Ain tengok hasil karya dia dan juga ucapan yang dia berikan. Semua lah Ain tengok! Semua terbaik di mata saya. Biasa kalah menang adat pertandingan. Muktamad ok jangan gaduh gaduh! Jadi para pemenang sila berikan butiran anda kepada saya. Dan kepada semua yang join, Ain akan simpan hasil karya anda dan saya akan buat review seorang demi seorang. Ok...

TEMPAT PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA:

Nama:
Link blog:
Menang tempat keberapa:
Alamat rumah:
No telefon:

TEMPAT KEEMPAT:

Nama:
Link blog:
Menang tempat keberapa:
No telefon:

TEMPAT KELIMA, KEENAM DAN KETUJUH:

Nama:
Link blog:
Menang tempat keberapa:


Boleh tuntut hadiah daripada saya melalui Facebook, Fan Page ataupun email: ain.zuhairi94@yahoo.com
Tuntut sebelum 13 Mei ok. Kalau tidak hadiah anda akan terbatal lah, huhu.

Nak tahu kenapa saya pilih mereka? Nantikan entry saya ok... Sekian~

Segment: Happy 18th Birthday Ain!!!

HAI HAI. Hari ini Ain nak merasmikan segmen terbaru dari Ain sempena hari jadi Ain tak lama lagi. So nak tahu apa tujuan diadakan dan hadiah yang bakal anda menang? Sila baca sampai habis ok.



 Syarat syaratnya:
1. Mesti ada blog. Warganegara Malaysia. Semua orang boleh join.
2.Wajib FOLLOW blog Ain dan LIKE fan page Ain untuk tahu perkembangan pasal segmen ini.

3. Tulis entry anda bertajuk, "Segment: Happy 18th Birthday Ain!!!" dan tempekkan banner di atas dan linkkan ke blog ini.
4. Wajib FOLLOW blog sponsor dan LIKE fan page sponsor. Kalau tiada Fb, wajib FOLLOW sponsor.

Ain Zuhairi - Blog  | Fan Page | Twitter (tak kisah)












Haruno Hana - Blog
Maisarah Ara - Blog
 Ainun Bajuri - Blog

Amir Azman - Blog (tak wajib follow) | Fan Page








Supian Mustafa - Blog | Fan Page









Farhana - Blog | Fan Page | Twitter (tak kisah)
















Sufiana Ramli - Blog | Fan Page






Mizzs Ninie - Blog | Fan Page









Nuyuimi Syara - Blog | Fan Pag







Fatma Fazira - Blog | LIKE | LIKE |
Nabila Medan - Blog | Fan Page




5. Buat satu gambar, doodle, vector atau apa sahaja hasil lukisan anda tanda hadiah hari jadi kepada saya. Gambar anda sendiri pon saya tak kisah, hehe.
6. Lepas dah letak hasil tangan anda, lengkapkan UCAPAN BIRTHDAY kepada saya, "Saya nak ucapkan......". Tak kisah la berapa panjang pon.
7. Tag seorang kawan anda. Nak tag banyak banyak, pon boleh~
  8. Dah siap? Link entri anda di kotak komen ini. Tq.


CARA PEMILIHAN:
Saya memilih peserta yang kreatif dengan hasil tangan yang anda buat. Tak kisah la anda nak edit gambar anda and tulis "HAPPY BIRTHDAY AIN" or apa apa lah. Asalkan ikhlas dari hati anda sendiri, hihi. Hey jangan ingat saya akan buang gambar comel anda itu. Saya akan letak di blog saya sebagai tanda penghargaan. Blog review la. Hadiah disediakan dari tempat pertama sampai ke tempat ketujuh. Banyakkan? Nak tahu apa hadiahnya? 


Pemenang juga dipilih jika mereka memenuhi syart syarat di atas. Saya akan cek satu persatu. Sila sertakan link entry anda di kotak komen. Tq.
  

TUJUAN BUAT SEGMEN INI:
Mestilah nak mengeratkan silaturrahim sesama bloggers. Kita boleh kenal antara satu sama lain walaupun kita tak pernah bersua muka. Dan ia sebagai tanda hadiah hari jadi saya. Bermakna tahu tak! Tak kisah la macam mana, kalau anda join pon dah kira terima kasih sangat sangat la, haha.


YANG TERAKHIR:
Tarikh tutup iaitu 3 April sampai 27 April. Mesti ada yang tertanya tanya bila hari jadi saya? Sebenarnya 30 April. Tarikh tutup 27 April. Jadi mari lah join ye. Siapa yang paling kreatif and buat saya touching + wahhhh dapat la hadiah, haha. Yang tak menang tu akan dapat blog review. Semua dapat ok! Tak faham, boleh tanya saya ok. Sekian~


TARIKH TUTUP:DAH TAMAT!!!

Siapa dapat Matrikulasi? Saya pon dapat, yeayyy!

Hahahaha hah.... dapat tak masuk Program Matrikulasi ni? Belum cek lagi? Nah TEKAN sini. Cek dulu and datang sini balik bagitahu dapat ke tak, haha. Khas untuk yang lahir 1994 je tau, haha. Semalam nak cek tapi stuck si pagi tadi baru cek menggunakan website yang kawan bagi baru boleh, haha. Ain dapatttt! Yeayyy!


Ain dapat kat Perlis kursus perkaunan. Anda? Adakah anda sama tempat dengan saya sila sep screen laptop anda! Hahahaha! Ramai jugak lah kawan kawan Ain yang dapat kat Perlis. Dah boleh buat macam satu kelas. Hmmm nak ke tak eh? Ada orang cakap tarikh untuk terima tawaran ni tutup 6 Mei. Betul ke? Dah la UPU keluar 7 Mei. Kalau macam tu kan, better saya terima.

Kenapa saya nak masuk Matriks? Sebab... hahaha. First cuba tengok ada tak kawan yang anda kenal masuk sama dengan anda? Kalau ada bagus la. Bukan kawan bermain eh, kawan belajar. Ain tengok ramai jugak kawan kawan Ain yang Akaun dia dapat A ni dapat masuk kat Perlis. Rasa teruja pon ada sebab ada orang yang boleh ajar Ain. Ain bukannya terer sangat Akaun tu. Dapat B time SPM pon maybe sebab kerja kursus.

Second Matriks memang susah. Ada kakak saudara Ain yang masuk, dia keluar balik sebab tak boleh struggle. Tapi itu subjek Sains. Susah tak susah yang penting usaha. Kannn? Yela belajar satu tahun memang la kena struggle. Lepas tu kalau nak masuk IPTA buat degree kena dapat 3.0 ke atas baru boleh masuk. Perghhh kena usaha sungguh sungguh la ni. Bagi Ain, tak tahu lah bole ke tak tapi why not cuba? Kan ada kawan kawan yang boleh bimbing kita. Fuhhh nasib baik ada kawan.

Kat dunia ni, mana ada belajar yang tak susah. Nak naik basikal roda dua pon susah tau. Ada ke orang terus naik basikal roda dua? Mesti la start dari roda empat then tiga then baru lah dua. Tak gituuu? Hahaha ok aku dah start ceramah motivasi.


Nasib baik saya tak layak masuk Tingkatan enam bawah. Tapi bukan ke lebih kurang sama macam Matriks? Masing masing kena struggle. Dua dua pon susah kan. Hmmm. Kat dunia ni semua susah sebab tu la kena usaha. Tak gitu? Btw, anda tahu tak bila tarikh tutup nak terima tawaran Matriks ni? Ada yang kata 6 Mei dan ada yang kata 13 Mei. Pening la... Dah la UPU keluar 7 Mei ni. Kalau tawaran yang ditawarkan tak best, maybe Ain masuk Matriks kot. Lagipun parents Ain memang galakkan and kawan kawan Ain ramai yang nak masuk.

Bukan nak ikut kawan ke apa. Bagi Ain ok je but saya perlukan seseorang untuk ajar saya. Kan bagus kalau ada orang yang bagi sokongan. Kannn? Baru lah kita semangat nak belajar! Yeahhhh! Yang dapat Matriks tu, kongsi kongsi la dengan saya ye. Saya rasa teruja bila ada kawan, LOL! Hahahaha. Ok lah, sekian~

Bercuti di Singapore Part 4.

Sebenarnya cerita ni dah lama gila baru sekarang nk updated. Hahahaha. Ini ialah part yang terakhir. So kalau belum baca PART 1, PART 2 dan PART 3, silakan baca dulu ye. Ok mari kita mulakan cerita. Ini adalah hari keempat Ain dekat Singapore. Sebelum nak balik, kita jalan jalan dulu. Naik MRT pergi ke Marina Bayfront. Tak salah Ain la, hahaha. Dah lupa. Best gila kooottt! Bukan la pergi kat hotel yang atas dia ada kapal tu but tengok dari jauh la. Then masuk shopping complex. Lawa siottt! Haha.




Ni ke padang tiruan? Haha.

Saya nampak slim, hahaha. K bye.




Dah jalan jalan, balik hotel and check out. Kejap je, tak ada la lama sangat jalan jalan. Nak naik yang macam pusing pusing tu pon dah tak ada masa. Mahal pulak tu. Dah kemas semua barang, pergi airport. Pergi airport naik teksi. Kalau naik MRT, kena angkut barang sana sini. Malas pulok.

Ini la hotel yang Ain duduk. Hotel yang paling murah kot tapi mahal la jugak. Bilik lawa tapi sempit gila, haha. Kata DOUBLE room tapi perghhh bilik aku lagi besar kot, haha.

Dah sampai airport, check in beg yang besar besar dulu. Eh? Hahaha. Then makan KFC. Laparrrrr. Habis makan, check in ke manetah, haha. Then relax relax. Flight petang. Dah la delay, cisss hahaha.



Hah.... hahaha. Ok itu je. Hopefully korang baca dari awal la. Baca dari PART 1 then baru la PART 2 dan PART 3. Baru la faham, haha. For me not bad la Singapore ni but I LOVE MALAYSIA MOREEEE! Negara mereka memang bersih but Ain tak gemar tandas diorang. Tak ada paip, hahaha. Sama oh macam Hong Kong tak ada paip jugak. Terpaksa lah bawak botol air kosong. Alaaa negara pemerintah dia Cina, biasa la kan. Ok lah itu saja. Thanks coz sudi baca. K sekian~

Hadiah SPM saya :)

Ponnn ponnn hahaha. Ok saya dah dapat hadiah SPM daripada ayah saya walaupun saya tak berkenan sangat. Bersyukur, asalkan dapat, huhu. Ain dapat phone nama dia Live With Walkman. Haha memang pelik tapi dah pergi kat website dia memang nama dia macam tu. Sebenarnya Ain nak Samsung Galaxy Note. Alaaa yang iklan kat tv tu. Tapi mahal sangat pastu besar pulak tu. Cukup la ada phone sekadar pengganti phone yang dah bengong, haha.

Phone baru. 


Tadaaa~ Itu dia. Hahaha boleh laaa~ Ain tak minat sangat sebab first phone ni dalam dia macam ayah Ain punye phone jugak. Tu la tak minat, haha. Second harga dia lagi murah daripada phone Ain yang dulu. Maknanye phone Ain yang dulu lagi hebat la, hahhhh... Tapi yang ni touch screen. Nak dengar lagu pon, mak aiii~ Boleh pecah gegendang telinga.

Phone lama.

Phone Ain yang dulu tu pon Sony jugak. Ia dah bangang. Ada butang yang tak boleh tekan tula beli baru. Hmmm saya ni memang setia dengan Sony. Semua barang saya jenama Sony. Camera, Tv, Camcoder, Dvd player, Radio... Hah... Apa lagi kecuali mesin basuh, peti ais, microwave dan sebagainya. Kalau ada confirm beli, hahahahaha!

Camera baru. Baca SINI.

Masuk camera kat atas ni dah 3 camera ada. Semua Sony. Perghhh setia setia, haha. Ni akan datang nak beli DSLR pulak but bukan Sony ah... hahaha. Curang jap, LOL! Dah macam muzium camera dah. Padahal bukannya guna sangat. Ain yang banyak guna rasanya. Actually Ayah Ain kerja Sony. Itulah semua banyak barang Sony. Hahahahaha! Ok dah.

Ok lah, thanks coz sudi baca. Just nak share bukan menunjuk. OKKKKKKKKKKKK. K sekian~

Yeayyy! Alhamdulillah saya lulus ujian memandu :D

Gambar hiasan.

Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Hahahahaha. Siapa yang tak gembira kan kalau lulus. Well saya TERlebih gembira sebab masuk kali ni dah kali KETIGA saya ambil test. Hahahaha, teruk kan? Itu semua sebab bukit yang jahat tu. Alhamdulillah nasib baik tiga kali je ulang. Kalau lebih... hmmm mampos aku. Kenapa boleh sampai tiga kali ulang baru nak lulus? Hah... itu tak tahu. Time practise memang perfect. Tak ada pon undur undur time naik bukit tapi time test betul betul tetibe pulak terundur. Thats why Ain asyik failed kat bukit je. Nasib baik yang ni Ain tak terundur, fuhhhh~ 


Cerita ini berlaku pada hari Jumaat, 20 April dan baru hari ini saya nak publish, muahahahaha! Ok ok Ain cerita dari awal ye. Datang kat tempat driving nak dekat pukul 9 macam tu. Then beratur ambil no giliran. No saya ialah P 48. Hahaha P tu maksudnya ulangan, LOL! So Ain orang yang second last untuk ulangan. Ok no pressure just nervous. Dulu masa mula mula ambil test, Ain failed dua dua, haha. Kat track dan juga jalan. Nak tahu macam mana boleh failed? Baca SINI. Then kali kedua, hmmm again sama jugak failed tapi kat track jela. Bukit la punya pasal. Nasib baik kat jalan lulus. Then kali ketiga, fuhhh fuhhh. Hahaha.


Masa nak tunggu giliran tu, perghhh nervous habis. Jantung dup dap dup dap laju semacam. Then Ain tengok la kereta mana yang macam tak best kan. Fuhhh nasib baik tak dapat kereta no 5 tu. Kereta tu la yang buat Ain failed kat bukit haritu, haha. Ok now its my turn. Kereta alahmdulillah best. Sebab orang yang guna kereta tu pon cakap clutch dia ok. Ok dup dap dup dap. Dah masuk kereta cek apa yang patut. As usual my seat kena kedepan kan sebab kaki saya tak sampai. Ok tahan gelak. Jeng jeng jeng... time for naik bukit.

Mula mula tayar tak sampai garisan kuning. JPJ tu suruh undur balik. Then yang second Ain tak sempat tengok JPJ tu suruh jalan. Ok thank you ye pakcik sebab saya belum angkat tangan pakcik dah suruh saya jalan, haha. Perghhh ini yang trauma nak turun ni. Dah dua kali exam tak pas kat bukit je. Memang betul la cakap kawan kawan Ain. Kawan Ain cakap, time nak turun kena tekan minyak banyak banyak. So Ain ikut cakap diorang, Ain pon tekan la minyak lebih 5 agaknya, lantak kau la kan dah memang kereta bunyi macam kereta kebal asap dah keluar. Sekali bila turunkan handbrek, tengok kereta tu tak gerak so tekan lagi kuat minyak. Hah... greak dohhhh! Hahahahahahaha alahmdulillah~ Gembira tak terkata time dalam kereta, haha.

Yang ni TERlebih gembira. Huahahahaha!

So next focus on parking. Ini pon takut jugak sebab depan and belakang and side mirror tak boleh kena garisan putih. So Ain buat la dengan hati hati. Fuhhh nasib baik lepas. Syukur~ So next focus on 3 pointer. Ini pon takut jugak sebab takut tetiba enjin mati. Tak ke lagi payah tu. So Ain buat slow slow, harap la dah lepas kan. Tengok tengok... Yeayyy! Lepas jugak... Alhamdulillah~ Gembira gila, akhirnyaaaaaaa! Hahaha! Bila dah habis semua, keluar kereta pergi kat pondok tu nak ambil test card. Ada JPJ kat situ. Then cikgu yang ajar Ain pon ada jugak kat pondok tu and dia cakap, "suka la tu". Ehhh of coz la sukaaaa, haha. Thanks cikgu!

My lesen L! Dah tamat riwayat sebenarnya and dah renew baru. Haihhh membazir!

Dah habis semua tu, apa lagi buat lesen P la. Hehehehe. Hmmm tak ada la suka mana sebab lesen ada but kereta? Ain cuma ada Honda and Alphard. Mak Ain memang tak kasi bawak Honda dia. Elehhh macam orang nak bawak. Alphard??? Hahahahahahaha harapan negara ah wey. Buat test pon banyak kali nak naik Alphard yang besar gedabak tu? Bila dah pro boleh ah. Tak apa lah lesen, kita buat pekasam je ok.



Hahaha ada insiden yang menarik time driving test itu. First ada orang tu kan, time nak undur turun daripada bukit. bukannya dia nak brek ohhh. Terus terlanggar kereta belakang. Hahaha yang kereta belakang tu pon bukannya nak undur jugak. Second first time saya nampak ada orang bawak bantal time test. Hahahaha *gelak dalam hati* Ada jugak eh orang macam tu? Padahal Ain yang pendek ni pon still boleh nampak depan. Third saya nampak musuh lama saya. Damnnnn untung la lulus buat first time~ Fourth apaaa??? Kau lagi... Hahahaha. Ok rahsia. LOL!

Muka sedih bila failed. Ke muka nak kena tampar sikit? Haha.

Normal la kan kalau failed sesuatu tu. Seriously Ain cakap, failed kereta sangat sangat sakit hati kan. SPM tak ada pon nervous gila babeng macam tu. Kepada yang failed tu, jangan la sedih. Memang la kita sedih sebab duit kita kena bayar banyak tapi nak buat macam mana kan? Hidup kat dunia ni semua pakai duit. Ada dapat rumah free macam tu je? Kecuali nak tidur kat pondok awam. Ain pon pernah failed ujian berkomputer masa mula mula nak dapatkan lesen L. Baca SINI. Akhirnya lulus jugak dengan markah yang bagus. Baca SINI. Normal la kan normal.

Ok itu saja. Penjang kan entry? Hahaha suka hati kita la... Kita punya tangan nak taip. Ada sesetengah gambar yang memang tak ada kena mengena, haha. Ok sekian~