The Best Potluck Ever!

Assalamualaikum! Haaa maaf Ain jarang update blog sebab tak menyempat, haha. So now final exam dah start, wish me goodluck! Sebelum itu, Ain nak share cerita pasal potluck on the last day of class. Dah habis kelas dah untuk semester 5 pada Jumaat yang lepas (23/12/16). So apa lagi, kita enjoy lah! Wohoo~ Potluck start lepas solat Jumaat, jadi pagi tu ada last kelas untuk subject Futures Options. Masing masing tak sabar nak habis, haha.


Last class with Madam Aminah a.k.a my advisor too hehe. Thanks madam!

Lepas solat Jumaat, potluck pun start. Sebenarnya sir yang ajar kteorang subject Strategic Management yang suruh buat potluck, sebab itulah kteorang buat potluck. Kalau takkk nan hado! Haha! As usual, kata start pukul 2.30 petang but ada yang lambat and makanan pun ada sampai lambat. Each group kena bawak makanan sendiri, so group Ain bawak nasi ayam, nyumm nyumm~

Siap ada tentative haa kau! Hahaha demi sir.

Untuk sesi tukar hadiah.



Banyak jugak lah makanan yang setiap group bawak. Ada satay, pizza, roti jala, spaghetti, roti sosej, agar agar, brownies, choc muffin, buah buahan. Hahaha tapi yang kelakarnya air takda! Sir ada order soto and air tapi orang tu silap tarikh pulak. So kami minum air mineral jela, haha.



Memang dah macam event haa haha tapi memang best lah! Seronok gila gelak gelak. Fyi, setiap group kena buat persembahan tau, hahaha sir yang suruh. So ada 7 group. Alaaa Ain takde gambar untuk persembahan pulak tapi group Ain menari lagu Baby Shark doo doo doo doo~ Hahaha sila search di Youtube kalau nak tahu, luls! Serious lawakkk and enjoy jugak lah!





Overall, memang fun sangat! Part montaj kelas tu sedih jugak lah tapi hmm Ain still tak dapat rasa lagi sedih tu. Ada kawan Ain yang nangis time montaj tu and time persembahan nyanyi nyanyi. Tapi kenapa aku tak? Hahaha hmm. Tapi tula pejam celik pejam celik, dah nak habis dah. Lepas ni intern plak. Kejap kan? Padahal baru masuk degree weh tahun lepas. Sumpah cepat!

But I'm gonna miss you guys. Even sometimes ada lah rasa macam masing masing bergroup group tapi normal lah adat berkawan. Time diploma pun sama bergroup group hahaha tapi yang penting kita semua still akan berkawan sampai bila bila. Jangan lah buat buat tak kenal or bermasam muka. So I wish everyone goodluck in your future and all the best for final exam! Semoga kita dapat graduate sama sama ye, muah! Sekian~

With sir Shamsul. Haa nanti kena re-test balik test 2, hahaha.

P/S: Tak banyak sangat gambar, hewhew.

Apa rasanya?

Apa rasanya tengok orang yang kita sayang, bersayang dengan orang lain? Lagi lagi orang yang kita tak suka. Sakit? Cemburu? Sedih? Semua itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Kadang kadang pun Ain tak dapat gambarkan apa yang Ain rasa bila Ain dalam situasi macam tu. Situasi dimana kau nampak orang yang pernah kau sayang, bersayang dengan orang yang paling kau benci. Kenapa benci? Hanya Allah je tahu apa yang perempuan itu buat kat Ain. But nvm, benda dah lepas. Nak almost dua tahun dah. But sometimes I can feel the pain. Why? Banyak sangat yang Ain fikir dalam kepala ni tapi semua dah ditetapkan. Kita kena redha. Allah je tahu apa yang akan jadi pada penghujungnya.

Agaknya macam mana lah sesetengah orang boleh tabah dan kuat kan hadapi semua ni? Semua orang deserve second chance dalam hidup. Tapi janganlah salah bagi chance. Hmmm I dunno what to say but yeah sometimes I do miss you but I must let go this feelings. Buat apa kan nak still simpan perasaan kat orang yang tak appreciate kita and sanggup tinggalkan kita demi pergi kat perempuan yang merampas kebahagiaan orang. Sebab itu bagi Ain, "perampas always win" wow. And yes, bila Ain ingat balik apa yang dia buat, mesti Ain rasa sakit sangat and terluka sangat. Ain harap hati Ain cepat cepatlah sembuh. Ain tak suka rasa ini. Hmm.

Ok lah, just nak luahkan perasaan. Ain tahu yang Ain mampu hadapi smeua ini dan kuat. Allah sentiasa ada. Sekian~

Malaysia Grand Prix Formula One 2016.

Huishhh tajuk dia, hahahaha. Assalamualaikum semua! Ok sebenarnya event ni dah berlangsung 2 Oktober 2016 yang lepas. Baru harini Ain dapat update cerita ni, huhu. So, Ain dapat free tiket daripada kawan kawan Ain untuk tengok perlumbaan Malaysia Grand Prix Formula One. Thanks korang walaupun last minute ajak. Agak special jugaklah tiket tu sebab dapat duduk kat main grand stand woi! Uuuuu~ Hahaha mahal weh tiket tu, nasib baik dapat free, hehe.

On the way to Sepang International Circuit.

Ain pergi sana dengan dua orang kawan Ain iaitu Tasha dan Farah. Event tu start pukul 3 petang tapi macam macam rintangan kteorang hadapi untuk ke sana, hahaha. Dahlah sesak, lepastu parking gila jauh, lepastu tersalah masuk gate, hahahaha adoi. Parking kena bayar RM50 tapi alhamdulillah kteorang dapat free, hehe. Tapi jauh gila wehhh! Dengan panas terik yang teramat. Nasib baik ada bas Rapid yang memang dikhaskan untuk ambil orang orang yang nak tengok F1 tu.

My ticket, hehe.

Setelah penat sesat bagai, akhirnya sampai di pintu masuk utama lebih kurang pukul 4 petang. Dah terlambat lah but its okay. Nasib tiket free, hahaha. Sampai sana, trus masuk gate Main Grand Stand Crystal and duduk kat row yang kedua. Wehhhhhh bestttt dooooo! Dahlah first time tengok F1. Dapat tengok depan depan pulak tu! What a great view! Tapi tula, Ain bukan lah peminat F1 ni so tak tahu siapa racer dia. Tahu sikit jela. Time kteorang sampai pun, almost lagi berapa lap je dah nak habis. Tapi best lah weh!





Time habis perlumbaan, ramai orang serbu ke depan pentas.

So ini adalah pemenang lumba F1. Betul ke? Sebab Ain google je.
Juara: Daniel Ricciardo
Naib Juara: Max Verstappen
Tempat ketiga: Nico Rosberg


Kawan kawan Ain yang pergi jugak.

Habis je perlumbaan, terus ke satu tempat ni sebab ada konsert jap lagi. Ain tak kenal sangat siapa artis yang nyanyi tu kecuali Fazura, hahaha. So lepak dengar orang nyanyi nyanyi semua sampai lah ke malam. Malam nanti ada konsert dari Usher pulak.

Banyak jugak kereta mahal and antik dipamerkan.

Depan pentas yo!




Lepas maghrib macam tu, barulah start Usher's Concert. Banyak jugaklah lagu yang beliau menyanyi. It was a very superb perfomances! Suara beliau tersangatlah sedap walaupun beliau banyak lagu kena nyanyi semua and penat. Merasa jugaklah pergi concert kan, huhu. Nasib baik free, haha sebab concert ni sekali masuk dengan tiket F1 tadi. Dahlah ramai orang and sesak. Ain ni dahlah pendek hahahaha tak nampak sangat yang kat depan so jengket kaki sikit, lol!

Abe Usher!!! Hahahaha!




Hahaha banyak jugaklah gambar yang Ain tangkap tapi kebanyakkannya gegar! Haaa hahaha! Tapi kteorang tak dengar dia nyanyi sampai habis pun sebab terlalu banyak sangat lagu and lagu lagu dia mana lah Ain tahu so kita chawww lah. Lagipun dah lewat. Keluar dari tempat concert tu, pergi naik bas Rapid then bas tu akan stop kat tempat parking kita tadi. Apak ahhhhh gelap gelita weh tempat parking! Dahlah park kat ladang kelapa sawit! Kteorang lari laju laju sebab takut, hahaha.

Overall, it was very great experiences! Best lah, at least merasa lah jugak tengok perlumbaan F1, tengok concert semua, best best! So thats all from me. Sekian~

Follow lah dibawah ini, ahaks~
Instagram

Balloon Night Run 2.0!

Assalamualaikum semua! Okay just a random post. Ain nak cerita pasal Balloon Night Run (27.9.16) yang diadakan di kampus Ain. Overall, okay lah hahaha. Yang penat sebab naik turun bukit. Ala faham faham lah Puncak Alam tu macam mana kan, hahaha. Ain lari 3km je. Itu je mampu haha. Bayar RM20 just untuk lari je. Dapat roti, air and belon helium. Best sebab dapat share moment gituuu dengan kawan kawan, hehe.

Dapat free ni jugak.


Meriah jugak lah sambutan.



All classmates degree.


Last but not least, enjoy lah. Btw, Ain jarang updated blog sebab makin busy. Yelah senior year katakannn untuk degree. Assignment pun berlambak weh! Penattttt huwaaaaaaa! Oklah, itu sahaja yang Ain nak share, hehe.

Sekian~

Mendaki Bukit Broga.

Assalamualaikum semua! Now Ain nak kongsi cerita pasal Ain pergi mendaki Bukit Broga di Semenyih. For the first time pergi mendaki! Tapi orang cakap alaaa it just for beginner. Tak extreme sangat pun. Ain sajeje nak try, nak timba pengalaman and nak merasai mendaki bukit tu cemana, haha.

Haa kalau anda nak tengok sunrise, better pergi awal! Rumah Ain kat Bangi so Ain keluar rumah macam pukul 5.15 pagi. Then drive ke Kajang and stop di Shell untuk solat subuh. Selesai solat subuh, Ain gerak ke Semenyih. Tak lah jauh mana sebab tak banyak kereta kan pagi pagi, jalan pun straighttt je. Ain pergi dengan 3 orang kawan Ain iaitu Farah, Tasha dan Intan. Kami jumpa Intan di Shell sebab rumah dia dekat je.

Semangat weh bangun awal! Hahaha!

Sampai kat parking lot Bukit Broga, kena bayar. RM3 weh untuk parking! Dulu RM2 je, hmm. Gelap gelita do! Dahlah dekat ladang kelapa sawit parking dia. Agak scary sikit sebab gelap gila tak nampak apa apa time nak mendaki. Ain just pakai lampu kat phone je and kawan kawan Ain pakai torchlight.

Wa cakap luuu, perghhh tercungap cungap time nak naik! Dahlah Ain dah lama tak exercise so ingatkan stamina dah hilang, fuhhh nasib baik stamina ada lagi walaupun dah start rasa penat. Kalau penat, Ain just jalan slow slow but don't ever stop! Or don't ever stop terlampau lama sangat! Penat tu memang penat, but set positive kat pemikiran itu yang kita boleh buat! Ecehhh hahaha padahal takut gelap itu yang naik laju laju hahaha.

Yang ni agak curam. Penat nak melangkah tinggi tinggi.

View from the top.

Alhamdulillah, Ain sampai kat atas bukit sebelum pukul 7 pagi. Laju jugak kami mendaki, huhu. Takdelah betul betul atas puncak tapi nyaris lah. Boleh nampak sunrise semua. Fuhhh lega! Semput sikit lah tapi bila dah sampai ke puncak, rasa best! Berangin angin sebab belum panas lagi kan. So sesiapa yang nak tengok sunrise, better pergi awal and mendaki laju laju okay, hehe.








Almost 2 jam kami di atas sana, haha. Ambil gambar dan tengok pemandangan. Bila dah pukul 8 lebih, matahari mula memancar dan panasss. Nasib baiklah kami mendaki pagi buta. Kalau mendaki time matahari dah naik, memang fuhhh berpeluh habis!

Tasha, Ain and Farah.

With Intan.



Rehat luuu.

Hari biasa tak ramai sangat orang. Tapi oklah. Dah habis bergambar semua, so turun lah. Adoiii turun pun mencabar jugak, haha. Dah sampai kat kereta, laparrrrrrrr so pergilah mamak! Balik rumah, pengsannn. Charge tenaga, haha.

Nak turun.


Dah habis charge tenaga, lepas zohor pergi berjimba pula. Tengok wayang! Wohoo! Cerita Suicide Squad. Dahlah masuk lambat, pastu terlopong tak faham pebenda hahaha. Tak lah lambat sangat tapi tak tahu start dia apa. Overall, best lah jugak walaupun merapu gila! Hahahahaha penat kami gelak.

Otw to IOI Mall.

Suicide Squad! Pergilah tengok ye!

Thanks korang sebab datang!

Last but not least, best lah harini! Penat dia tak payah cakap. Time malam memang kaki lenguh gila, haha! Rasa macam nak cabut je kaki ni. Tapi fun! So sesiapa yang tak pernah mendaki tu, try lah naik ke Bukit Broga. Try sebagai pengalaman. Tips? Emmm yang penting semangat itu kena ada dan jangan berputus asa! Oklah, itu sahaja. Sekian~

Btw, jangan lupa join segmen Ain! KLIK SINI!

Follow Instagram:
Instagram