Kalau boleh diundurkan masa.

Kalau ditanya pada setiap orang, "apa paling yang anda nak dalam hidup ini?", mesti orang akan cakap, "kalau boleh nak undur masa", tapi itu perkara yang paling mustahil akan berlaku. Benda dah terjadi, nak undur masa macam mana kan. Kita ini manusia biasa. Just kena teruskan hidup dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku kepada diri kita.

So entry kali ini Ain nak share and tanya, "pernah tak anda rasa menyesal dengan perkara/keputusan yang anda lakukan?". Mestilah semua orang pernah rasa menyesal dalam hidup. At least sekali kot? 

Ok contoh penyesalan macam ini, esoknya nak final exam tapi anda tak baca buku. Katanya anda ingat apa yang anda belajar (confident lah katanya). Tup tup time hari final, tak dapat buat dan lupa, tapi anda positifkan diri anda dengan mengatakan, "ala mesti lulus punya". Then hari dapat result exam, anda dapat gagal. Menyesal tak? Mestilah menyesal kan? 

Hahaha setakat ini Ain tak pernah menyesal sangat lah dengan keputusan exam Ain. Sebab bagi Ain, apa yang kita usaha, itulah hasilnya. Paling Ain sedih time dapat result PMR. Hahaha tak ada lah teruk mana tapi bagi Ain macam, "alaaa sikitnyaaa", haha tapi benda dah lepaskan, syukur lah (da degree da pun cehhh). Dengan rasa menyesal ini jugaklah dapat melatih kita supaya lebih berusaha menjadi lagi better dari dulu.

Now Ain nak share apa yang Ain rasa paling menyesal dalam hidup ini bila difikirkan balik. Tapi apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Hmm kalau nak cakap bab pelajaran, Ain tak ada yang nak menyesal kot. Just kena usaha usaha usaha lagi, jangan malas malas. Ain tak pernah menyesal dapat study jauh jauh (diploma kat Terengganu), atau dapat course yang Ain tak nak. Ain tak pernah rasa menyesal sebab itu pilihan Ain dari dulu (semua dapat pilihan no 1, business and finance). So I am happy what I have achieve now, cuma kena work hard lagi kalau nak berjaya.

Dalam hidup ini, ada 2 perkara yang Ain rasa menyesal dengan apa yang Ain lakukan. Kalau boleh nak undur masa time tu. Kalau dapat undur, Ain rasa sampai sekarang Ain tak pernah merasa perasaan patah hati yang teruk nak mampusss hahaha.


First penyesalan, Ain bercinta dengan kawan baik Ain sendiri. Ada sesetengah orang mengatakan bercinta dengan kawan baik itu indah sebab dia faham kita, ada time susah senang kita bersama, share suka duka, tapi bagi Ain kalau kau kawan baik dengan dia bertahun tahun pun, dia still akan tikam kau dari belakang. Perasaan manusia boleh berubah okay. Bila ingat balik masa silam, Ain rasa menyesal Ain terima kawan baik Ain sendiri menjadi someone special. Patutnya Ain perlu sayang dia sebagai seorang kawan sahaja, tak lebih daripada itu. Patutnya Ain perlu sayang friendship yang dibina. So bila lepas break up, jadi awkward gila. Dari kawan baik ke teman istimewa, nak ke kawan baik balik memang tak akan terjadi. Dia lah satu satunya kawan baik lelaki Ain tapi sekarang, we are just stranger with memories. I admit it yang dia lah kawan baik yang terbaik sebab dia ada time susah senang Ain tapi sejak kteorang dah break up and dia ada gf baru, semua dah lain. Friendship yang dibina 5 tahun, lenyap macam itu je. Itulah yang dikatakan hati manusia mudah berubah. So bagi Ain, hargailah persahabatan anda. Fikir dulu sebelum terima apa apa. Ain rindukan friendship kita hmm.


Second penyesalan, Ain tak fight dengan apa yang Ain nak dan senang beralah. Ok contoh Ain tak menyesal yang Ain anggap dia lebih daripada seorang kawan, tapi Ain menyesal yang Ain lepaskan dia ke tangan orang lain. Ain menyesal Ain tak fight untuk orang yang Ain betul betul nak dalam hidup ini. Ain lepaskan dia time tu sebab Ain dah buntu and tak tahu nak buat apa dah. Hati kata nak, nak fight tapi orang sekeliling give me a pressure suruh putuskan hubungan. Yela sebab dia dah tipu and curang, of coz lah orang sekeliling tak suka kalau Ain dengan dia (thanks kawan kawan sebab ambil berat). Hanya Allah sahaja yang tahu Ain serabut gila nak buat keputusan. So I choose to let him go to other person tapi hati ini sumpah tak rela. Yela dia dah kawan dengan kau dah lama, kau tahu dari awal sampai akhir pasal hidup dia so why tak nak bagi second chance kan? Tapiii... Bagi Ain, kalau kau nak pergi, kau pergi lah. Ain dah malas sangat nak suruh orang stay dengan Ain. Siapa nak stay, stay. Tak nak, kau pergi lah. Sebab hati manusia ini mana boleh paksa kan? So sejak Ain lepaskan dia, Ain barulah nak tunjuk effort bagai. Tapi why now? Kenapa baru nak tunjuk effort? Kenapa orang tu dah ada ganti then kau baru nak hargai bagai? Banyak sangat penyesalan yang berlaku.


Ain tahu yang Ain kena terima semuanya dan maafkan diri Ain sendiri. Manusia ini tak sempurna, ada je buat silap. Dah buat silap, baru nak menyesal. Kalau lah kalau lah kalau lah diundurkan masa, aku nak anggap kau jadi kawan baik aku je. Walaupun aku sayang kau, aku kena sayang kau sebagai seorang kawan sahaja. And yes, walaupun kau banyak lukakan hati aku, aku still maafkan kau. Kenapa? Sebab aku sayang kau. Tapi jangan risau, aku ok kot. Macam kau cakap kat aku, "tak boleh hidup sorang sorang ke?".


Kalau lah diberi satu wish yang Ain nak dalam hidup, Ain nak mintak supaya ingatan Ain dilupakan tentang perkara yang buat Ain sedih dan terluka. Ain nak hati Ain akan disembuhkan secepat mungkin. Dan yang paling penting, Ain tak nak langsung ada perasaan ingin tahu, perasaan sayang, perasaan ambil berat terhadap kau dan tak nak ada perasaan dengki, cemburu, dendam, busuk hati terhadap pasangan kau (walaupun pasangan kau dah buat macam macam kat aku but still kau kata pasangan kau PALING BAIK dimata kau). Nampak tak yang manusia senang je buang persahabatan demi orang yang baru dia kenal? Takpe, Allah nampak semuanya. 

Kalau boleh Ain nak lupakan semuaaa kenangan kita, persahabatan kita, apa apa tentang kita. Kalau boleh tak nak pun kau wujud dalam kehidupan aku dan takkan masuk dalam chapter buku aku dah. Kalau boleh. Hanya orang yang pernah merasa perasaan patah hati terhadap orang yang dia sayang sahaja yang tahu rasa ini macam mana kan? Hahaha.


Almost setahun dah Ain. Setahun. Alhamdulillah, kau still kuat jugak Ain. Macam macam yang berlaku, kau kuat jugak. Ain harap, Ain akan terus kuat dan bersabar. Allah Maha Mengetahu semuanya. Tipulah kau tak rindu dia? Yes, Ain rindu dia tapi apa je yang Ain boleh buat? Sakit kot rindu pada orang yang tak sudi kat kita. Kita ini siapa je kan. Semoga hati ini lebih tabah, inshaAllah.

So thank you baca entry Ain haha, just nak share je. Yela, kawan baik kita dah ilek jadi kita share kat blog jela mampuuu. Apa apa pun yang terjadi, kita kena bersangka baik dengan Allah. Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Ok sekian~

P/S: I miss the old you, Z. And I miss us.

4 comments:

  1. dia dah move on, ain pun kene move on. Jadikan diri ain lebih baik drp dia dlm segala hal, maka secara tak perasaan ingatan terhadap dia akan terhapus begitu shj.

    ReplyDelete
  2. Good deed...see lokmanamirul.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tak sangka pulak boleh jumpa cerita yang masalahnya lebih kurang je ngan saya hmmm..
    Memang sedang berlaku masalah nie kt saya tapi saya tak tahu nak share kt siapa ��

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)