Ayuh ke Melaka!

Assalamualaikum. Sempena CNY baru baru ini, Ain pergi holiday ke Melaka. Again Melaka hahaha. Lagipun Ain tengah cuti semester. Bulan March nanti baru masuk balik. Sooo jom tengok apa Ain buat selama 3 hari 2 malam.

7 Februari 2016 (Ahad)
Bertolak dari rumah pukul 8.15 pagi. Sampai je Melaka, pergi ke Masbro Village kat Paya Rumput. Ini homestay yang berbentuk tiga segi. Lawaaa lah tempat dia. Ain tak tidur sini pun, just datang tengok tengok. Kalau korang nak try tidur sini, try lah. 


Dari luar.

Macam kat luar negara kan hahaha.

Cool kan bentuk homestay dia.

Then pergi ke Freeport A'Famosa Outlet kat Alor Gajah. Orang panggil MPO (Melaka Premium Outlet). Ok lah, tapi tak sebest macam JPO.


Icecream Coolstix.

Habis shopping kat MPO, now gerak ke bandar Melaka and lunch! Macam biasa kalau datang Melaka mesti makan kat Restoran Asam Pedas Claypot JR yang terletak antara Pahlawan Walk dan Mahkota Parade. Sedap sedap! Harga pun berpatutan!


Dah kenyang makan semua, rileks duluuu. Check ini dulu kat hotel. Ain stay kat Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka. Memang dekat dengan shopping complex The Shore and River Cruise Melaka. Ain duduk kat the residences. Best lah bilik dia tapiii bilik air dia... Hahahaha. Ain suggest orang yang nak honeymoon pergi lah ke tempat ini. Tandas dia wowww boleh nampak kalau ada orang didalamnya, hahaha. 

So time petang, Ain pergi ke Pantai Klebang. Nak pergi ke tempat timbunan pasir. Perghhh wa cakap lu apak jauh doh nak berjalan ke sana! Jauh gila! Dulu kawan Ain kata, kereta boleh masuk lagi dalam tapi still kena jalan jauh lah. Tapi sekarang, lagi jauh gila gila gila doh! Paling Ain tak suka kena park kereta jauh then kena pulak langkah macam longkang/air pebenda tah. Orang kata ada orang korek sebab tak nak bagi kereta masuk tapi apak jauh doh. Bagi Ain, Ain tak kesah jalan jauh (walaupun aku bebel sepanjang perjalanan hahaha) tapi Ain kesiankan ibu ayah Ain dengan orang orang tua yang nak pergi ke timbunan pasir itu. Serious weh jauh and sia sia. So kalau nak pergi jugak, kesiankan ibu ayah anda. Penat diorang.


Gigih weh jalan sampai sini.



Dah penat menapak, perut pun lapar so pergi makan malam di Medan Ikan Bakar kat Alai Melaka. Perghhh ramai gila orang tapi makanan dia semua sedap sedap!


Dah penat makan, balik tidur lah.

8 Februari 2016 (Isnin)
Breakfast di Roti Canai Kayu Arang kat Bachang Melaka. Memang famous lah tempat ni. Roti canai dia memang sedap! Ia dimasak menggunakan kayu arang, bukan dapur gas haha. So korang patut try!


Sotong crispy.

Roti canai.

Lepas breakfast, pergi ke Masjid Selat Melaka. Then pergi ke Wildlife Theatre Melaka. Dekat je. Show tu ada dua waktu, iaitu pukul 11.30 pagi dengan pukul 5 petang. Budak kecik suka lah hahaha.






Ini singa laut.

Lunch makan di Mee Sup Tengkera. Menunya sangat simple. Ada mee, bihun atau kuey teow sup. Nice lah. Habis lunch, jalan jalan di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.


Ok untuk malam, makan di Restoran Klasik Terapung kat Kampung Sungai Putat. Ingatkan tempat mahal tau sebab lawaaa gila tapi harga dia biasa biasa je. Berpatutan and sedap gila!


Habis makan, pergi ke Zoo Melaka & Night Safari. Hahaha aduh kelakorrr. Kalau malam, hambarrr tapi takpelah, pergi jela. Dah habis tengok binatang, ayuh balik dan tidur.

9 Februari 2016 (Selasa)
Last day. Breakfast di tempat yang sama kat Roti Canai Kayu Arang. Kali ini Ain try nasi lemak pulak. Sedap sedap! Lepas makan, pergi semula ke hotel, check out semua then pergi ke The Shore Sky Tower Melaka. Memang atas hotel Ain je.





Angin kuat gilaaa dan tinggi sampai tingkat 43. Bagi Ain tak ada lah gayat mana haha. Sebab Ain tak takut tinggi kot. Ok lah, nice lah pemandangan dari atas.






Gayat tak?



So itu sahaja cerita pasal holiday Ain. Nothing yang menarik haha but at least bersyukur lah dapat keluar jalan jalan walaupun asyik Melaka je haha. Hmm cuti semester Ain habis akhir bulan Februari ini. Result UiTM Degree pun keluar 18 Feb ini so doakan result Ain bagus bagus, aamiin.

Angin kuatnyaaa! K sekian~
Instagram

P/S: Gambar campur campur, ada guna camera and ada guna camera phone, haha.

2 comments:

  1. wow banyak lah tempat menarik kat melaka. Boleh lah jalan2 sana juga.. Jemput datang blog baru saya amirulakmalkhalid.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)