Family Day AWZ yang ke 9! Yeahhhh!

Lukisan oleh Anis, adik Ain. Hehe. Intro duluuuuu.

Hari tu Ain pergi Melaka sebab ada Family Day AWZ belah ayah. Memang setiap tahun buat. Satu tahun dua kali tapi tahun ni baru sekali je buat sebab semua busy dgn urusan kerja. Apa itu AWZ? Itu nama atok Ain iaitu AbdulWahabZakaria. Masuk ni dah yang keSembilan kami buat Family Day. Banyakkan? Tujuannya untuk mengeratkan silaturrahim. Sekali sekala kan. Ain tinggal di Banglo A Famosa. Hmmm saya tak ingat apa nama tempat tu, hihihi. Pergi sana selama 3 hari 2 malam dari 24 Disember sampai 26 Disember. Nahhh baca lah.


First Day - 24 Disember 2011.

Kami bertolak dari Bangi macam pukul 9.30 pagi. Jem juga la... Then rehat sebentar untuk breakfast. Lepas breakfast, sambung balik perjalanan. Kami sampai destinasi pukul... ok aku lupa. Hahaha! Kejap je sampai. Kami semua sewa 5 buah banglo. Satu tingkat jerrr. Masa Ain sampai hujan. Kat situ baru ada dua family je termasuk family Ain. So sebelum nak tunggu semua orang sampai, kita main Happy Family dulu. Yeayyy!


Selepas semua orang sudah datang, kita lunch dulu. Then rehat kan badan. Time petang, baru main game iaitu Musical Chair. Ok, aku kalah. Hahahaha!

Ini kategori kanak kanak.


Ini kategori remaja.

Malam ada penyampaian hadiah untuk pemenang musical chair dan juga sesi potong kek untuk siapa yang lahir bulan 12 dan  bulan 1.

Second Day - 25 Disember 2011.

Sebelum nak tunggu breakfast siap, semua orang senaman dulu. Jogging keliling banglo punya kawasan. Hahaha *betul ke ayat aku?* Lepas breakfast baru lah main game yang paling ditunggukan iaitu sukaneka. Hihihi. Ada game untuk budak budak and game untuk orang dewasa. Ada 4 kumpulan. Satu kumpulan 7 orang. Kumpulan Ain diberi nama "Belasah Je!!!". Hehehe ketuanya Abang Khairy, kakak saudara saya punya suami.

Bersenam.

Jogging.



My cousins, nephews and nieces.

Yeayyy! HAHA!

Lari dalam guni untuk dewasa.



Main baling air dalam belon untuk dewasa.


Memang best lah tapi ada satu acara ni, perah span dlam botol, saya hanya perah sekali je. Yang lain team saya yang perah. Hmmmm biarlah tak dapat perah, macam la aku reti kan. Anyway ok la team saya ni. Hehehe walaupun ada part yang saya tak gemar, lalalalala~ Nak tahu siapa menang? Tungguuuuu.

Lepas lunch, hmmmm tak tahu nak buat apa dah. Ingatkan nak pergi Water World tapi tengok jam dah pukul 3. Takkan la nak pergi kan? Dah tak sempat. So Ain, adik adik Ain and cousins pergi main go kart. Agak mahal la. Bawak RM100, balik semua dah habis. Satu go kart untuk kanak kanak RM50. Untuk dewasa RM50. Tapi ok la. Enjoyyy~ Wa cakap lu yang wa bawak go kart macam bawak lori balak tahu tak! Ekstrem gila oh tempat dia. Berlumpur + lecak, macam dalam hutan la. 3 lap kena bawak. Aku bawak macam orang gila wehhh. Dah la kaki tak sampai. Sikit jela... itupun nasib baik tukar selipar dengan saudara bagi tinggi skit. Tak sampai 1 lap enjin go kart dah mampus. Hahahaha! Nasib baik abang tukang repair tu bawak go kart yg lain. Okeyyy kita teruskan perjalanan. Setiap 1 lap, Ain bawak cousins yang lain. Adoyyy habis kotor baju aku kena lumpur. But anyway enjoy gila ahhh! Lepas dah main, apa lagi... kita terjun kolammmm!

My bro, Adib and Balqis.

With Farah.

My sis, Anis.

Time malam ada penyampaian hadiah bagi semua game. Memang meriah la. Siap ada tema pakaian lagi. Temanya Arabian Night. Ecehhhh semua pakai ala ala arabic la. Ain pakai biasa biasa jer~ Pakaian siapa yang megikut tema, akan mendapat hadiah Best Dress!



My family. Rendah nya aku, hahaha!

So nak tahu siapa pemenang untuk sukaneka? Jom tengok! Jeng jeng jeng...

Tempat ke 4. Kumpulan Ala tomey tomey~ HAHA!

Tempat ke 3. Kumpulan hariken. Mcm tu ke eja? HAHA!

Tempat ke 2. Kumpulan gogengdes? HAHA maaf saya tak reti nak eja, LOL!

And of coz juara. Kumpulan Belasah Je! Yeayyy!

Then ada cabutan bertuah. Memang best best lah hadiahnya semua. Then cabut punya cabut, family saya dapat hadiah no 1!!! Yeahhh!!!


Asal tak dapat laptop free je?

Peace yawww~ *ada lagi ni*

Lepas habis acara penyampaian hadiah, sesi berkaroke pula.

Third Day - 26 Disember 2001.


Hari ni bangun lambat, haha. Yela semalam pukul berapa tah tido. Lepas lunch baru bertolak balik ke rumah masing masing. Sebelum tu tengok video. Hmmm itu saje lah. Anyway best lah! Hopefully ada lagi, hehe. Mereka tengah bincang next family day bulan 6 nak buat di Langkawi naik kapal terbang. Wahhh bestnya! Malangnya mungkin saya pergi PLKN, sob sob. Ok itu saja, k bye~

Salam sayang dari saya, peace yawwwww! HAHA! *hujan*


P/S: Sorry kalau gambar buruk. Camera saya tak secanggih macam awak... Lalalalala~

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)