Hye semua... anda da tengok berita semalam pasal banjir di Kajang? Wahhh ngeri kan, haha. Siapa yang ada disitu, hey kita sama lah. Hahaha. Ain pon ada kat situ jugak tapi nasib baik tak dihanyut bersama sama, hehe. Ok sebelum cerita pasal banjir, Ain nak cerita apa yang Ain buat semalam di Kajang. Hello~ Bukan berseronok ok. Belum habis SPM lagi ni. Mula mula pergi library kat atas satay kajang punya bangunan tu. Then pukul 1 macam tu, akak ni nak tutup sebab dia nak rehat and makan. Dah la kteorang bertiga je termasuk Ain. Then kteorang gerak la ke McDonald. Kat sana jumpa 3 orang lagi kawan Ain. Kteorang makan and lepas tu baru belajar. Belajar Akaun.
Pukul 3 lebih macam tu rasanya, tengok kat tingkap, laaa hujan ke... tak pe tak pe. Buat tak endah je. Then beberapa minit kemudian, ada beberapa orang pergi kat tingkap and tengok tengok. Ingatkan apa so Ain pon usha la jugak. Sekali hah.... air dah mula naik and dah mula nak banjir kan semua kawasan. Ain panggil la kawan kawan suruh tengok. Wa cakap lu, wa sangat cuak time tu. Air tu laju gila... seriously macam tsunami. Sgt cepat. Kereta pon ada yang terpaksa patah balik. Ish ish ishhhh kalau anda ada disitu, anda mesti rasa sgt panik. Yoleee first time. Kalau dah banyak kali tu, tak hairan lah. Kereta yang mahal mahal kena masuk air. Motor tenggelam. Masing masing selamatkan harta benda.
Apa korang cakap? Ada buaya?! Hahahaha lawak nye dohhh. Tak payah nak percaya sangat. Memang la ada gambar nampak "macam" buaya tapi yeke? Kalau itu buaya, dah lama da orang mati kena gigit buaya tu, or ada buaya dalam kedai ke. Dah dah. Siapa percaya tu maknanye BENDOL + SAMDOL la tu. Nasib baik Ain bawak camera. Boleh juga tangkap, hahaha. Sengal je. Okey tengok la gambar gambar yang Ain tangkap time banjir.
Muka masing masing cuak, hahaha.
McD tingkat bawah pon dah dimasuki air. Kotor kan...
Sempat lagi niii... Peace yaww~
Masa ni hujan lebat but kami di dalam tak dengar. Air mula masuk dgn pantas. So semua kereta patah balik.
Masing masing dah tak tau nak buat apa. Lalalala~
Lepas bomba datang, air da mula surut sikit.
Selepas surut. Syukur~
Takot doh tengok kereta tu. Lagi sikit nak terjunam dalam sungai. Mereka tengah fikir macam mana nak tarik kereta tu sebab ada batu besar yang menghalang.
Ain ada rakam video tapi entah kenapa tak boleh pulok. Saya tak faham apa masalah camera ni. Hmmm. So ini pengalaman baru saya. Takut doh. Masa tu Ain fikir macam mana lah kalau air tu naik sampai tingkat dua ni. Aku tak nak mati lagi huwaaaa.... Syukur alhamdulillah tak ada pape. Kteorang balik macam pukul 5.30 sebab McD nak tutup. Mereka nak kemas. Habis kasut baru I tawww~ Kesian tengok kereta kereta yang rosak, kedai kedai yang rugi. Hmmm tak apa lah. Ada hikmah disebaliknya. Apa hikmahnya? ITULAH ORANG KITA, TONG SAMPAH DAH DISEDIAKAN, SILA LAH BUANG DALAM TU. BUKANNYA BUANG DALAM SUNGAI. TENGOK APA DAH JADI??? LU FIKIR LA SENDIRI~
Tak ada kerja macam ni lah~ Help us.
Huhuhu nasib baik rumah saya kat Bangi, hahaha. Tapi kan yang sedihnya, MACAM MANA DENGAN SEKOLAH AKU??? DAH LA EXAM TAK HABIS LAGI. KELAS KAT BAWAH PULOK TU! Confirm hari Isnin datang sekolah, tengok tengok kelas dah tunggang langgang. For sure punye sebab dulu pon pernah terjadi. Bye bye slip, I LOVE YOU~ Nasib baik ada yang copy punya, haha. Heyyy... tak ado makno nye siapa yang ambil exam hari Isnin ni ditunda. Mesti lah buat kat kelas lain.
P/S: Sediakan pelampung sebelum banjir. Ok Isnin ni aku nak bawak payung dgn baju hujan sbb exam sampai petang. Kang tak pasal pasal kena lagi. K sekian~
ihh,dahsyat gak! nasib baik saya dah pndah dr kajang last year.. :) tp,atleast kajang popular msuk tv woo~ :D
ReplyDeleteHahaha... kalau Najib ada lagi femes :)
ReplyDeleteSalam geng fiQ’Ra yang mas kasihi ◕‿◕
ReplyDeleteKad blogger yang baru sudah siap..
Boleh ambil dekat sini eh ◕‿◕
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.295622997145375.70148.257419187632423&type=1
ok kak :)
ReplyDelete