Majlis Penutupan Sukan SEA 2017.


Assalamualaikum semua~ Wow lama nauuu tak update, haha! Tapi yeah saya masih hidup cuma blog je berhabuk fuh fuh. Dah lama sangat tak update so now Ain nak share tentang closing ceremony Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Stadium National Bukit Jalil pada 30 Ogos 2017.

Ain gerak dari Bangi lepas zohor naik KTM di stesen UKM, the stop kat stesen Bandar Tasik Selatan. Lepas itu, exchange naik LRT pergi ke stesen Bukit Jalil. Senang jugak lah sebab dekat je. So Ain beli terus tiket balik sebab nanti takyah nak beratur panjang. Sampai sana lebih kurang pukul 3 petang. Ramai jugaklah orang. Sampai sana ronda ronda dulu sekitar stadium. Macam macam ada, banyak food truck and booth jual jual barang.




Dah habis pusing satu stadium, makan and solat Asar dulu. Haaaa macam pukul 5 petang lebih dah start ramai gila orang. So macam pukul 6.15 petang, baru masuk stadium. Actually penutupan tu start pukul 8.45 malam tapi tak kesah pun nak masuk awal. Masuk ikut entrance yang tertera kat tiket tu. Ain entrance B. Bila dah masuk, boleh je duduk mana mana. Ain duduk kat bahagian bawah.




Tiket ikut masuk entrance.


Wah! First time Ain merasa suasana macam ni, hehe. Selama ni tengok dalam tv saja. Yang ni pun Ain pergi sebab dapat tiket free, pakcik Ain bagi. Ain pergi dengan cousins and adik adik Ain. We are so excited!!!




Kataaaaa start pukul 8.45 malam tapi betul betul start pukul 9.40 malam! Aku dah nguap nguap dah haaa hahahaha. Penutupan sukan SEA 2017 ni just banyak nyanyi nyanyi je. Ada penyanyi penyanyi yang legend, artis famous and lagu semua sedap sedap. Seronok lah jugak sebab feeling macam dalam konsert! Ok what masuk free and dapat tengok artis artis and dengar mereka nyanyi lagu best best! Huhu!






Actually Ain waiting for the fireworks sebab esoknya kan nak merdeka, but ek elehhhhh seciput tu je??? Hmmm. Habis macam pukul 12.30 malam. Perghhhh ramai siot pergi ke arah stesen LRT! Nasib baik dah beli tiket balik siap siap. And nasib baik parents Ain akan ambil kat stesen Bandar Tasik Selatan. Kalau takkk...



Alhamdulillah Ain and cousins Ain semua selamat pulang ke rumah, haha. So we had a great day! Best! And congrats to Malaysia sebab dapat kumpul 145 pingat emas! Wohoo~ Hahaha hmmm so itu je kot? Actually banyak gambar situasi dalam camera digital Ain tapi bila nak transfer dalam laptop, tetibe laptop reset jadi tak betul, aigooo~ So ini jela gambar yang ada. Thanks for reading! Sekian~

HAPPY 60TH INDEPENDENCE DAY, MALAYSIA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)