Naik kereta ke Singapura... Wehuuu~

Assalamualaikum n hello to bloggers and readers. Ok now Ain nak cerita pasal cuti CNY Ain. Uitm bagi cuti seminggu so guna la cuti sebaiknya kan. Cuti CNY ni Ain pergi Johor Bahru dan juga Singapura, hehehe. Pergi dengan family cousin Ain juga.

Sabtu - 9 Februari 2013

Bertolak pagi pukul 8 lebih macam tu. Sampai Johor, check in dulu kat Hotel Grand Paragon. Uuuu besar bilik dia cuma tandas je tak ada tempat nak kunci hahahaha! Dah letak beg semua, lunchhh kat kedai nasi ayam. Dah habis makan, shopping time! Jalan jalan~ Sampai malam la.


With le cousins.

Ahad - 10 Februari 2013

Morning! Saya pakai seluar biru hari ini hahahaha! Bangun pagi, breakfast then kami sekeluarga off to Singapore! Wohoo~ Family cousin Ain pergi ke Puteri Harbour. Kteorang dah pergi so pergi la ke Singapore pulak en hehe. Passport jangan lupa~ Pergi sana sajeje jalan jalan. Pergi Mustapha Store hahaha. Tahu? Yang tahu tu, best kan kat sana? Barang murah murah. Ain beli 2 botol perfume. Dah la tempat tu besar, boleh sesat nak cari mana letaknya kereta kteorang haha. Then dah habis shopping, kembali semula ke Johor. Malam ada makan makan kat Restoran Singgah Selalu. Makcik Ain belanja makan. Thanks Maklang!





With le cousins.

Sedap bak hang sotong ni!

Makan besar sempena CNY! Hahaha~

Isnin 11 - Februari 2013

Pagi, breakfast kat Cafe Para Para di dalam hotel. Macam biasa la, semua makanan Ain nak try haha. Then again, off to Singapore. Kali ni nak pergi jalan jalan kat sekitar Pulau Sentosa. Dulu Ain pernah pergi Singapore but tak sempat nak jejak ke Pulau Sentosa. Pergi pun, masuk Universal Studios je. Tekan ni kalau nak tengok Ain pergi USS last year ---> TEKAN SINI.

My breakfast.

Gila ramai doh nak tunggu monorail. At Vivo City, Singapore.

Kami akan ke Beach Station.

Pergi ke Siloso Beach. Ke kiri~




Saya dah gemuk. Sob sob~

Dah habis tengok pantai, naik monorail balik, pergi ke Imbiah Station. Kat situ ada patung singa tu.


In front of The Merlion.


Then jalan kaki pergi ke Waterfront Station. Dekat je. Kat situ terletaknya Universal Studios Singapore!



Dah penat meronda ronda, balik semula ke Johor. Then terus ke Johor Premium Outlet. Balik dari JPO, tauke hotel ajak pergi rumah dia, makan makan. Saya tak tipuuu hahahaha! Kami kan geng, LOL! Gila besar doh rumah dia... Ain jadi jakun sekejap. Ada lif, tempat karaoke, gymnasium, bilik wayang and so on! Sumpah best rumah dia! Ruang tamu pun dah macam lobi hotel. Yang paling best bila dapat angpau dan dalam tu ada... Jeng jeng jeng... Secret shhh~ Hahahaha! Thanks, Gong Xi Fa Chai!

Dah macam makan kat hotel.

Gempak gila ahhh!

Selasa - 12 Februari 2013

Ok it is time to go home. Dah puas berjalan. So bye bye hehehe.


P/S: Maaf kalau Ain jarang updated or post Ain macam sikit je isi. Hehehe so busy la. Naik cuti ni ada exam. Haihhh so thank you for reading my blog. Sekian~

11 comments:

Ce komen ce komen :)