Tadaa~ Ain dapat tiket FREE yuuu!!!
Assalamualaikum. Amboiii kemain exsitednya dapat tiket free... Hahahaha! Mana tak exsited kan, first time kot! Huhuhu. Seperti mana yang anda tahu, Maharajalawak Mega minggu ke 8 telah diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada 4 Januari 2013. Ain kan belajar kat UiTM Kampus Kuala Terengganu so dekat kan? Haa apa lagi, rebut la peluang nak dapatkan tiket free tu. Plan asalnya macam ni, satu orang akan dapat DUA TIKET FREE so Ain ajak la 5 orang kawan Ain untuk ambil. Maknanya kita akan ada 10 tiket la kan? So kami berlima pun pergi ke sana naik kereta sewa.
Kami gerak dari kolej pukul 8 PAGI! Hahahaha tiket tu boleh diambil pukul 10 pagi. Pergi awal sebab mana tahu dapat beratur depan depan kan. Sampai stadium pukul 8.30 pagi. Perghhh!!! Wa cakap lu ramai gila kot orang!!! Baru 8.30 pagi. So kteorang pun lari cepat cepat. Masalahnya kan, tak tahu mana satu tempat nak ambil tiket. Tak ada sign board ke, apa ke. Tak ada langsung! Kteorang pun pening mana satu nak beratur ni. Haishhh! Kejap ke sana, kejap ke situ. Tak tetap! Sakit hati yang teramat! And then, pelbagai incident berlaku di situ.
Ramai gila orang! Sumber BLOG.
Ain rasa macam erghhh, stress sangat! Yela dah beratur elok elok, ada plak yang tolak tolak. Macam tuuttt je! Anda bayangkan, anda beratur dengan keadaan yang sesak gila nak mati pastu orang tolak tolak? Sakit hati kan? Tahu la free tapi cuba la beradab sikit. Ni main tolak tolak. Lelaki ah paling ganas. Tak ada sifat gentlemen langsung! Ain rasa dah macam main ombak tahu tak! Kejap ke kanan, kejap ke kiri, kejap ke belakang dan kejap ke hadapan. Yela orang tolak tolak kan. Last last, semua tak dapat tiket. Hmm. Yang dapat pun berapa kerat je.
Besi penghadang pun boleh tercabut! Ganas gila doh...
Pintu utama pun pecah. Ish ish ish. Ganas betul! Sumber BLOG.
Ganas gila kan? Siap ada yang bergaduh la, haishhh. Ain tengok pun jadi takut tahu tak. Alhamdulillah la Ain dengan kawan kawan Ain ok ok je. Tak ada apa apa yang terjadi. First time kot dapat pengalaman yang puihhh puihhh macam ni. Erghhh stress pun ada! Tahu la tiket tu free, tak reti nak beratur ke? Pihak stadium pun patutnya buat line ke, suruh orang beratur elok elok. Kat Shah Alam, Bukit Jalil, tak macam ni pun. Ok je walaupun free. Tak ada pun sampai incident macam tu terjadi.
Tapi kesian la kat sesetengah orang. Kata suruh beratur elok elok baru dapat tiket. Last last tak dapat apa apa. Kesian. Ain pun geram jugak la. Semua orang la geram sebab kejap kata tiket kat situ, kejap kata kat sini. Tapi ada juga sesetengah yang dah dapat tiket. So Ain dengan kawan kawan Ain pun redhooo jela apa yang terjadi. Kami tak berputus asa, kami nak sangat tiket tu! Yela kata SERIBU FREE tapi macam tak sampai seribu pun. So kteorang pun jalan jalan kat stadium tu, tengok tengok mana tahu ada yang seli selit bagi tiket free kan?
Dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 2.30 petang macam tu kami bertapa di luar stadium tau hahaha. Nampak tak betapa sedihnya tak dapat tiket? Lek luuu, anda ingat kami semua ni cepat putus asa apa. No no no~ Then tetibe ada satu van ni tau berhenti depan pintu masuk stadium ni. Ni van makeup artis la. Syukur Ya Allah!!! Ada juga penyelamat kteorang. Ada salah satu makeup artis tu Ika punya jiran. Panggil Kak Long la. Kteorang pun mengadu la kata tak ada tiket and apa yang terjadi semua. So Kak Long tu cakap, "awak semua balik dulu nanti Kak Long try cari tiket untuk awak berlima". Kteorang pun macam harap harap ada la. Nak sangat kot pergi! So kteorang pun balik dengan harapan ada la tiket untuk kteorang berlima.
Pukul 5 petang keluar lagi hahaha. Asalnya booking dua kereta. Yela mula mula kan nak pergi 10 orang tapi kteorang cancel jadi la 1 kereta je. Ika kata tiket baru ada dua. Hmmm lagi 3 tiket Kak Long tengah usahakan. So kteorang pun berdoa la harap harap ada. Dari pagi tadi tak makan so kteorang pun pergi la cari kedai makan kat kawasan Seberang Takir tu. Dekat la dengan kawasan stadium tu. Tak lama kemudian, Kak Long kata dia dah dapat lagi dua tiket so maknanya 4tiket la kan??? Ohmaiii kami perlukan lagi satu tiket je kot! Mana tak kteorang pun berusaha gila gila nak cari lagi satu tiket! Then kteorang pun tanya kat kakak senior ni, ada tiket lebih tak? So... Jeng jeng jeng... Kakak ni dia ada tiket. Kalau lebih pun dia kasi kawan dia. Jadi kteorang pun mintak baik baik, at least bagi la satu tiket kan. Tengok tengok, KAKAK TU BAGI KOT!!! Yahuuu!!! Gembira gila kteorang!!! Syukur Ya Allah, rezeki nak dapat kelima lima tiket tu ada. Alhamdulillah~ So apa lagi, jom ah gerak pergi stadium! Hahaha!
We are at Stadium Tertutup Gong Badak! Belakang tu.
Kami berlima. Iffah, Ika, Farah dan Tasha.
Tunjuk tiket free semua... Hahahaha!
Haa ada sesuatu yang menarik sebelum nak masuk dalam stadium tu! Sementara nak tunggu kakak senior tu datang, yela dia kan pegang tiket lagi satu so kena la tunggu sbb nak masuk sama sama. Nak jadikan cerita, ada abang ni tegur Ika. Dia tanya la tiket warna hitam ni masuk pintu mana satu. Kteorang punya tiket warna kuning. So Ika pun bagitahu la. Then abang tu tanya, "awak kenapa tak masuk lagi? ada tiket tak? cukup tak?". Ika pun cakap, "tengah tunggu kawan. hmm ada... hmm...". Yela takkan nak kata tak cukup lagi satu tiket kan, malu la hahaha. Then Ika tanya, "asal bang, ada lebih ke tiket?". Then abang tu jawab, "a ah. ada lebih. awak nak ke?". WHATTT???!!! LEBIH???!!! HAHAHAHAHA! Kteorang dengar and pergi kat abang tu and cakap, "nak nak! nak satu je bang. nak warna kuning!". Amboiii mintak satu tiket, free free dapat DUA TIKET LAGI! Ohmaiii... Rezeki saat saat akhir. Syukur alhamdulillah~ So apa lagi, jom ah masuk stadium. Dah cukup tiket ni. Wee~
Agak sesak sikit la nak masuk sebab yang tukang jaga tu lepaskan orang sedikit demi sedikit. Mungkin tak nak bagi berebut kan. Bila masuk dalam stadium tu, wahhhhhhhh!!! Jakun kottt!!! Hahahahaha! Ramai bak hang! Ain ingat nak duduk menghadap stage tapi dah penuh kan so terpaksa la duduk kat tepi.
Dapat duduk tepi pun jadi la... Asalkan nampak.
Dalam stadium. Uuuu~
Zizan nyanyi last sekali. Best wehhh!
Memang best gila ah! Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan! Dah penat gelak ketawa, tepuk tangan semua, so it is time to go back. Time nak balik, ada la jumpa artis artis. Hihihihi best woo! Ok sepatutnya masuk kolej before pukul 11 malam tapi ni dah lebih kan? So kteorang pun overnight kat luar. Hotel kami dekat dengan station bus. Ok lah selesa. Dua katil kongsi 5 orang hahahaha! Then checkout esok pagi before pukul 11 pagi.
Resit hotel. Uuuu~
Lepas checkout, pergi kedai nasi kukus for lunch! Nyumm nyumm~ Saya yang drive ok!
Jangan main main, Ain pandai drive tau! Hahaha!
Conclusion: We had a really great time together! Satu pengalaman yang baru! Alhamdulillah la semua rancangan berjalan dengan lancar. Macam macam yang kami lalui dalam satu hari ni. Penat wehhh tapi berbaloi la semua usaha yang kteorang buat dalam sehari. BEST MEMORY EVER! And thanks to Kak Long! Muahhh muahhh!
FANTASTIC EXPERIENCE! LOVE IT! TERENGGANU... PEACE YAWWW!
ganu rupenya, saya duk ganu, tp blajar UIA.. ultraman x abih serang ganu, skejap stadium, skejap universiti...
ReplyDelete@Siti Sabariah HashimHehe...
ReplyDeletewaa, bestnye. :D
ReplyDeleteganasnya! pagar pun boley tercabut...penangan MLM....hehehee....
ReplyDeletehttp://aimi-wardina.blogspot.com/2013/01/2nd-giveaway-by-aimi-wardina.html
ReplyDeleteJOM JOIN ! SURE MENANG ! TRUST ME KAK :)
YOU WILL :)
jaa datang melwat ni. nape lama x update blog? bizi ka?
ReplyDeletewow bestnyaa..hee..Banyak pengalaman eyh dpt..hee :D
ReplyDelete@IkaMmg besat :D
ReplyDelete@jaakechikKannn...
ReplyDelete@Aimi Wardina ♥Ok :)
ReplyDelete@jaakechikA ah hehe :)
ReplyDelete@Seneorita BaharinItulah :)
ReplyDelete