Meet my BM111 1A friends. Read HERE.
Itu baru intro, hehehe. Ok now Ain nak cerita pasal berbuka dengan classmates. Ini cerita hari Khamis punya (9.8.12). Sebenarnya plan nak berbuka ni idea daripada Nadhira. Ain just aturkan masa and tarikh saja. Mula mula cadang nak berbuka hari Sabtu tapi disebabkan macam macam hal, terpaksa lah tukar kepada hari Khamis. Habis kelas pukul 4 petang then siap siap pukul 5 petang, chowww. Ain dengan 4 orang kawan naik kereta yang dipandu oleh Erin. Yang lain tu ada yang naik prebet, kereta sewa dan van sewa. Alaaa naik apa apa je asalkan sampai ke tempat destinasi.
Dalam kereta. Tengah isi minyak.
Well~ Orang yang organize kena la datang awal kan. Bak kata budak kelas aku, pengerusi majlisss~ Hahahaha! Baik kan saya bawak 2 gulung tikar sedangkan orang lain tak bawak pon. Hmmm last last bukannya aku duduk kat tikar. Makanan je yang penuh. Cisss! Bila dah sampai sana, rileks rileks dulu la. Ala baru pukul 5.30 lebih kot... Lama lagi waktu berbuka. Yang lain pon belum gerak dari kolej lagi.
Farah, Natasha, Ika, Erin and Ain.
Tu dia PM kitaaa... (pengerusi majlis)
Mula mula Ika, Natasha and Farah beli makanan dulu. Bila mereka habis beli je, turn Ain dengan Erin plak beli makanan. Bila dah habis beli makanan, merempuh sana sini dan menuju ke tempat nak berbuka... Makk aiii! Ramai gila orang! Tempat yang luas tadi pon dah diserbu. Adoyai~ Duduk kat rumput la jawabnya, hahaha.
Tu dia kelas saya tapi ada beberapa orang yang tak dapat datang.
Masing masing nampak berselera walaupun tempat agak crowded tapi best apa makan beramai ramai ni kannn? Uuuuu syok habis! Dah habis makan tu, masing masing pergi menunaikan solat Maghrib. Then habis lah majlis santapan kita. The end~ Hahahaha! Kami plan untuk berbuka bersama je. Jalan jalan bersama belum lagi.
Erin, Ain and Saadiah.
Lepas solat Maghrib, jalan jalan jap kat sekitar Dataran Syahbandar tu. Belakang tu macam ada Uptown la. Alaaa kteorang yang perempuan ni baru nak shopping tapi disebabkan yang lelaki lelaki ini sudah menunjukkan muka yang boring jadi kami terpaksa pergi ke destinasi lain. Nampak sangat kan lelaki bosan bila teman perempuan shopping? Hahahaha! Then pergi Pantai Batu Buruk.
Otw to Pantai Batu Buruk.
Bila sampai Pantai Batu Buruk, ingatkan saje jalan jalan rupanya budak budak lelaki nak main ATV. Apa itu ATV? Sila google sendiri. Harga, entahla. Mereka yang bayar, kami just naik bergilir gilir saja. Best lah jugak, dapat release tension. Errrr dah macam kereta sodok aku bawak, hahahaha!
Muka muka ceria main benda alah ni, haha!
Memang best lahhh! Balik lebih kurang nak dekat pukul 11 malam. Hmmm hari yang paling best lah jugak. Semua plan berjalan dengan sempurna, alhamdulillah~ InsyaAllah, saya sebagai PM (pengerusi majlis) akan buat lagi majlis makan makan ni atau outing kat luar. Hahahaha seronok apa dapat berkenalan dengan kawan kawan baru.
Hari Rabu ni saya dah nak balik Selangor. Yeayyyyyy! *lompat bintang* Tak sabar dohhh! Tapi yang tak bestnya, tak ada geng plak dalam bas. Hmmm hopefully ada orang yang Ain kenal. Ain dari stesen bas Kuala Terengganu, akan stop kat Putrajaya. Ada sesiapa sama tak? Hahaha! Ok lah, sekian~
P/S: Kebanyakkan gambar semuanya kabur dan goyang, haha! Entah apa kena dengan yang tukang tangkap tu. Bukan saya ok, hee~
Hari Rabu ni saya dah nak balik Selangor. Yeayyyyyy! *lompat bintang* Tak sabar dohhh! Tapi yang tak bestnya, tak ada geng plak dalam bas. Hmmm hopefully ada orang yang Ain kenal. Ain dari stesen bas Kuala Terengganu, akan stop kat Putrajaya. Ada sesiapa sama tak? Hahaha! Ok lah, sekian~
P/S: Kebanyakkan gambar semuanya kabur dan goyang, haha! Entah apa kena dengan yang tukang tangkap tu. Bukan saya ok, hee~
Wah,bestnya :)
ReplyDeletesama la kita duk uitm^^
cuba baca ni,agak2 Ain kenal tak gadis dalam gambar entry fira nih?Hehe
http://xiexiepinky.blogspot.com/2012/08/aku-dan-blog.html
Iftar yer... Saya baru sekali iftar di luar.
ReplyDeletebestnyer iftar reramai...nk buat gak lah..:)
ReplyDelete@*zafirah*Hehe kenal :)
ReplyDelete@Leeza dayasari [santai leeza]Hehe :)
ReplyDelete@AliffMemang best. Buat lah :)
ReplyDelete