Berbuka beramai ramai di kampus :D

Sabtu semalam (12.8.12), kolej Ain ada buat berbuka puasa beramai ramai di kampus. Ini khas yang duduk kat kolej jela. So pagi pagi, part 1 semua kena pergi dewan untuk dengar ceramah. Part 2 sampai part 6 kena masak. Errrr dah la bangun awal gila pastu dengar ceramah. Aahhh ramai buat sujud sahwi dalam tu. Belum start ceramah lagi, Ain dah start menguap, hahahaha! Ceramah sampai pukul 1 petang. Yang bestnya dapat merit! Hehehehe.




Lepas habis ceramah, balik bilik. Solat then sambung balik tidur yang tergendala tu, hehehe. Pukul 5.30 petang, siap siap untuk pergi berbuka puasa. Perghhh panjang oh beratur untuk ambil makanan. Kami yang part 1 ni just datang makan je, hihihihi.

Tunjuk nasi putih masing masing... Hahaha!


 Beratur panjang gila nak ambil lauk.

 Menunya, ada daging dan... ok dah lupa but boleh tahan la sedapnya.

Duduk kat sini pon jadi la. Kat tikar dah penuh.




Love this pic! With Farah.

Siti, Ain and Farah.


Dah la datang awal, waktu berbuka lama lagi. Before berbuka, ada bacaan Yassin. Lepas habis baca, Ain pon pergi la luar kampus untuk beli air. Yela, mana cukup kan. Perghhh ramai kot yang beli air kat luar! Dah la satu gerai je yang bukak jual air. Bila sampai sana, air gula plak yang habis. Darurat punya pasal, sanggup tu beli air tanpa air gula. Lantak lah, dah nak dekat berbuka kan. So Ain pon beli lah air jus epal susu. 9 bungkus ok!

Jus epal susu paling tawar pernah aku minum.








Memang ramai + sangat meriah! Keseluruhannya sedap jugak la cuma bagi kawan kawan Ain, pedasssss! Hahaha tapi sedap lah! Lepas makan tu, balik bilik la then solat Maghrib. Hmmm best lah berbuka ramai ramai ni kan. Yang paling bestnya dapat merit kot! Hahahaha! Merit ni penting untuk dapatkan kolej. Kalau merit sikit, silap haribulan boleh ditendang keluar. Yela, kolej kami kecik je bukan besar macam apartment. Tempat sangat terhad sebab itulah kalau ada majlis atau aktiviti yang berkaitan dengan merit, Ain laju jerrrr! Hahahaha!

Budak kuat makan. nommm nommm!

Ok lah, itu saja. Sekian~ Selamat berpuasa!

7 comments:

Ce komen ce komen :)