Makan seafood di Pantai Kelulut, Marang Terengganu.

Hari Sabtu yang lepas (4.8.12), Ain dengan kawan kawan Ain pergi Kelulut untuk makan seafood. Dah lama sangat teringin nak pergi, akhirnya dapat jugak. Cehhh gaya pakcik tu cakap macam besttt je tempat tu tapi??? Hmmmm boleh la~ pergi sana naik prebet, macam biasa. Semuanya ada 9 orang. Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi. Ok lah suasana kat situ, berangin. Ada banyak restoran so kteorang masuk je yang mana mana, haha! Lepas dah order makanan tu, lepak lepak la jap.





My geng! Cewahhh~

Konon konon tengah tunggu someone lah, hahaha!

Sementara tunggu makanan, main bubble dulu lah. K memang macam kanak kanak riang, hee~



Bila Ain tiup, kanak kanak ni pon syok letup kan. Hahaha!


Tak yah tiup pon tak apa, angin yang tiupkan bubble tu. Jimat sikit tenaga, hahaha. Bila Ain stop tiup and simpan bubble, ada plak budak ni tanya, "alaaaa tiup la lagi. nak main". Ain pon jawab, "akak puasa la. dah tak larat nak tiup, haha". Hahahaha k sengal! Pukul 7 lebih macam tu, kami pon duduk kat meja makan. Makanan yang kami order semua sudah hidang. Nyumm nyumm, laparrrr!



Ikan siakap masak 3 rasa.

Sotong celup tepung.

Kerang bakar, kailan ikan masin dan telur dadar.

Lagi kteorang makan nasi putih dan tomyam campur. Hmmm sedap kannn??? Hahahaha! Asalkan kenyang! Bila habis makan, time nak bayar, kawan Ain suruh masing masing teka berapa jumlah kesemuanya. Kalau betul, maknanya terer la kan bab anggar anggar ni. So Ain pon teka RM 130 macam tu. Ada yang teka RM90 la, RM99.99 la, hahaha macam macam la. Masanya sudah tiba, ce teka berapa harganya??? Hahahaha of coz la jawapan Ain yang betul!!!! Weeee~ Semuanya RM 131. So kami bahagi la 9 orang. Berbaloi~

Dah habis makan, tunggu prebet untuk ambil kami balik ke kolej. Btw, not bad la. At least kami terokai la Terengganu ni, hahaha. Nanti nak try pulak makan seafood bawah jambatan. Bukan duduk bersila bawah jambatan. Maksud Ain ada restoran bawah tu, hahahaha. Ok lah, itu saja. Thanks kerana sudi membaca apa yang saya tulis. Sekian~

16 comments:

  1. kedai bawah jambatan too mmg sedap seafood dyer.
    eyqa dah pergi.. kene booking if nak ade tmpat duduk..
    http://chocolateholic4eva.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Woah. Seronoknya . Nampak macam sedap . T_T
    Teriliurrr.

    - Saya budak kacak , dari blog mithi-motchi dan saya selalu
    comment merepek-repek .Hihi :>

    ReplyDelete
  3. hehe..tgk gmbr tau dh mane..oh kelulut..rndunye....

    ReplyDelete
  4. Wah kalau dekat Muar, Johor, tempat makan seafood yang famous camni dekat Sabak Aur. Mesti fresh gila kan?

    ReplyDelete
  5. org ckp seafood bwh jmbtn tu mmg sedap. huhuhu tp sy pon xpnh smpi lg. haihh rndu trgganu :D

    ReplyDelete
  6. happening nyer semua orang....
    kunjungan dr bloglist leeza.

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)