Aktiviti Jelajah Tradisi oleh DIBSA!

Hari Jumaat yang lepas (10 Julai 2012), DIBSA ada buat aktiviti jelajah tradisi dekat Muzium Negeri Terengganu. Apa itu DIBSA? Diploma In Business Study Association. Beberapa orang je dalam setiap part yang pergi. Macam part 1 ada 18 orang. First makan sarapan dulu kat depan kolej. Pukul 8 lebih macam tu baru bertolak ke muzium naik bas UiTM, hehe. Dekat jela, tak jauh pun. 

Erin, Farah and Ain.

Geng BM111 1A!

Dah sampai kat sana, berkumpul dekat depan satu rumah ni. Dalam kawasan muzium la. Besar wehhh kawasan muzium tuuu... Struktur binaan muzium tu pun lawa. Lawa yang teramat lah! Dah letak beg semua, masuk ke dalam muzium. Jalan jalan and baca lah apa yang ada dalam tu.

Berkumpul ramai ramai depan sebuah rumah, hahaha.

Tiket masuk muzium. Well~ Kanak kanak... Hahaha.



 Posing jap depan Galeri Petroleum. Masuk dalam ni tengok gambar je then bla. Tak sampai 5 minit pun.




Kejap je dalam muzium. Tak ada la best sangat tapi ok la, hahaha. Asalkan pergi kannnn... hihi. Then pergi berkumpul kat depan rumah tu balik. Then beratur mengikut jenis permainan tradisional yang kita masuk. Ada 5 acara iaitu batu seremban, congkak, dam haji, ceper dan boling kelapa. Ain dengan kawan kawan Ain letak nama kat boling kelapa. Mula mula nak letak nama kat batu seremban tapi bila difikirkan balik, konfirm la kalah awal kan, haha. Satu group 4 orang. Ain group dengan Farah, Erin and akak Rabia (part 2). Terbaik lah kteorang main!!!

Farah, akak Rabia and Ain.

Ready nak baling...


Sempat lagi tu nak peace, haha!




Team paling power! Haha!


Well~ Tengok lah siapa pemainnya so dah boleh tahu mana yang menang dan mana yang kalah, haha. Kteorang bertanding dengan 2 group yang lain. Sebenarnya kan... Ain main tak ada satu pun yang score, huahahaha! Asal nak baling, mesti kelapa tu menghala ke tepi. Siot je! Thanks to akak Rabia lah sebab dia yang buat banyak score and sebab itulah kteorang MENANG! Hahaha! Dah penat main, its time for lunch!


Sedap weh... Lapar punya pasal kan.


Lepas makan, solat Zohor. Lelaki solat Jumaat la. Lepas solat tu, sebelum nak tunggu aktiviti seterusnya, kteorang jalan jalan la sekitar luar muzium tu. Ambil gambar sana, ambil gambar sini. Besar oh... and scary pun ada, hehe.

Kapal ni lawa oh tapi tak ada masa nak naik sebab macam scary jer, hehe.

 Aku pun tak tahu apa yang aku cuba lakukan? Hahaha!

Now its time for explorace! Satu group ada 10 orang. Group Ain 5 lelaki 5 perempuan. Nasib baik semua kenal antara satu sama lain. Part 1 kan semua. Cisss mula mula nak start explorace, semua peserta dalam setiap kumpulan kena tiup tepung and ambil gula gula. Eeeee habis muka aku kena tepung. Termasuk dalam mulut la, yucks hahaha. Penat gila gila gila weh main explorace ni. Dah la muzium tu besar. Checkpoint pon jauh. Lari sana, lari sini. Sakit usus aku. Dah la aku minum air habis satu botol. Mana tak time lari dengar air berkocak dalam perut, hahaha!

 Sempot doh lari sana sini. Naik tangga, turun tangga. Naik bukit, turun bukit.

Disebabkan kumpulan kteorang kena tipu, maka dengan ini dengan rasminya kumpulan kteorang dapat tempat terakhir! Hahaha. Normal la kalah, adat pertandingan kan. Cehhh padahal dah menang time permainan tradisional tu so tak kesah sangat, hahaha.




 Dapat piala tuuu... Hahaha tak kisah la murah ke apa, asalkan ada. Kau ada??? Pembalut hamper digantikan dengan plastik Mydin pun jadi la~ Asalkan dapat makanan free, hehehe.

Group explorace.

*tunjuk piala*




Sampai kolej pukul 6 petang macam tu. Anyway best gila lah! Sangat best! Rugi siapa yang tak pergi, haha. Walaupun yang piala yang saya dapat tu murah, tapi berharga kot. I mean macam baru part 1 dah dapat piala daripada UiTM, hahahaha. Ayat terharu tak terkata, LOL! Kalau ada lagi aktiviti macam ni, nak pergi lagi lah, hehe.

Satu untuk Farah, satu untuk Ain dan satu untuk Erin, hahaha.

Jangan jelesss~

Ok lah, itu saja. Macam macam aktiviti yang Ain buat kat sini. Bulan Ramadhan pun dah nak dekat. So SELAMAT BERPUASA BAGI SELURUH UMAT ISLAM!

P/S: Nak tengok gambar lagi? Tekan SINI. Dan baca lah pasal aktiviti kayak yang Ain pergi tu. Tekan SINI

16 comments:

  1. Wahhh bestnyaaa .. untung kan dapat pergi ramai2 dengan kawan2 ;)

    ReplyDelete
  2. Ain , ty aku un nak update blog gak lah . Best lah aku bce blog kau . We're the champions in Boling Kelapa !

    ReplyDelete
  3. ika last g muzium t'ganu tu tahun 2002. hhahaha.dah lama x g..
    btw, best nye aktiviti korang ^^

    ReplyDelete
  4. hebat2 tu..tempat pertama. :)

    ReplyDelete
  5. @nadiaWell~ Tengoklah siapa pemainnya, haha :p

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ain...

    Wah seronoknya berjalan ye...mesti bestkan...BTW MYideakini datang singgah & follow blog Ain...Siap copy banner link Ain lagi letak dalam blog MYideakini...Jangan lupa singgah & follow blog MYideakini lepas ni ye...

    Meh le join segmen MYideakini tambahkan lagi kenalan.... :-)

    www.myideakini.com

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)