Badan sihat, lemak pun kurang.

Nak tampil kurus macam saya? Hahahaha. Bersenam lah selalu! Itulah rahsianya! Ecehhh~ Ain pun pelik, bila masuk U ni kan, amboiii aktif bebeno. Masuk kelab itu, masuk kelab ini. Ada aktiviti sikit, mesti join. Bukan la hyperaktif tapi ada tujuannya kenapa saya aktif semacam. First of coz la nak kecikkan badan. K fineee badan saya memang dah kecik tapi... perut??? Bahahahahaha, ok dah diam. Dah lama tak timbang berat. Last hari tu timbang 44 kg. Howaaa jujur ok!

So kat sini Ain masuk 5 kelab. Sepatutnya 6 kelab but dah kena tersingkir time audition, so saya merajuk dan membawa diri lah, hahahaha. Audition apa? Audition berlakon teater la untuk kelab kebudayaan. Sebenarnya masuk kelab tu saje saje, tengok tengok kena audition. Hahahaha nasib baik tersingkir. Memang tak nak punnn... lalalala~ Kelab kelab yang lain seperti Kelab Minda Islam (wajib bagi part 1), Kelab Relex, Kelab Bowling, Kelab Bola Keranjang dan Kelab Futsal.

Setiap hari Isnin petang ada perjumpaan Kelab Relex and malam ada AQ anjuran Kelab Minda Islam. Kena baca Iqra'. Memang macam kanak kanak tapi ok la. Dapat pahala kan baca. Ain setiap petang main basketball. Tengok mood jugak lah. And setiap Rabu malam main futsal. Aktif kan? Yang bowling tu entahla, hahaha. Nahhh ini just random pictures and random stories. Baca la ok.

Semangat sangat nak main futsal lepas perjumpaan DIBSA, tengok tengok hujan lebat. Habis baju dengan kasut.


Bola keranjang ku~ Alaaa murah je sebab tu keras, hahaha.

Jarang sekali la kalau orang ajak Ain keluar, Ain cakap "TAK NAK...". Hahahaha tapi bergantung pada mood atau situasi la. Kalau bab bab bersenam ni, Ain laju je, hihihihi. Kadang kadang jogging keliling kampus. Dulu rasa macam jauh je tapi sekarang macam dekat.

Ready for jogging!

Ada something yang menarik berlaku di sini, hahahaha.

Adakah saya terer main basketball? Eh tak ada lah. Time petang ada la senior yang ajar kteorang main. Ajar cara nak baling, cara nak shoot. Besttt...

Main basketball pada waktu petang.

Kadang kadang je dapat shoot.

Hari Jumaat minggu lepas, Ain dengan team basketball pergi jogging ke Pantai Pandak. Cisss ingatkan dekat rupanya jauh jugak. Yela baru first time kan. Adoyyy nak tercabut rasanya kaki ni. Bila dah sampai pantai, hmmmm not bad lah jugak. Boleh la~ Rehat rehat jap kat pantai tu.




Balik semula ke kolej.

Ok itu lah aktiviti yang saya buat di sini. Best kan? Memang best! Jangan ingat orang yang rendah tak boleh main basketball. Jangan ingat perempuan tak boleh sepak bola. Hahahaha, tapi kan latihan fitness untuk futsal, perghhhh!!! Memang dahsyat gila ah. Memang skru dalam badan ni terus longgar, hahaha. Tapi memang best! Ada orang cakap, tak ganggu ke masa belajar kita? Eh NO lahhh~ Tak ganggu langsung! Kalau pandai urus masa, ok la. Ain pun tak ada lah selalu main, main bila ada waktu lapang je.

Nanti Ain updated pasal kayak pula anjuran Kelab Relex, hehehe. Ok lah, itu saja. Sekian~

8 comments:

  1. Wahh bestnya macam-macam aktiviti ada..
    Aien pun rasa teringin dok U tapi masuk tingkatan 6 ..

    ReplyDelete
  2. dh berzaman tak main basketball =.="

    ReplyDelete
  3. amboi ! sampai 5 kelab ! sye seorang yg pemalas jadi kelab2 nih memang jarang hadirkan diri. lol xD

    ReplyDelete
  4. bagusla jogging, keluarkn peluh..hihi

    ReplyDelete
  5. @AmyZanaHahaha ala part 1 je rajin. Bila part seterusnya? Hahaha.

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)