Konvokesyen yang ke 83! Yeay!


Baca entry ni dulu ---> Pre-convocation

8 November 2015 (Ahad)

Yeay at last! Hari yang dinantikan sekian lama sudah pun tiba. Ain punya sidang belah petang so tak ada lah kena bangun awal hehe. Majlis start pukul 2.30 petang tapi kena ada dalam dewan sebelum pukul 1.30 petang. Tiba tiba rasa nervous gila! Gelabah kan? Hahahaha tapi excited pun ada. Ain nervous sebab takut terjatuh time naik pentas. Yela, kasut Ain dah lah tinggi lepastu takut topi pulak jatuh bila tunduk ambill scroll. Nasib tak ada apa apa berlaku, fuh.

Sementara nak tunggu kawan kawan.

Para graduan kena berkumpul di Dewan Cemara dulu. Then ada staff panggil suruh beratur group by group, start dari no 1 hingga no 30. Cuba teka Ain nombor berapa? Hahahaha kalau dah nama start dari huruf A, mesti la depan depan haha. Giliran Ain yang ke 14. Memang depan gila lah haha.

KT friends, antara yang dalam no 1 hingga no 30.

Naik pentas sudah, ambil scroll sudah, everything berjalan dengan lancar. Keluar sahaja dari dewan, masing masing tangkap gambar.



Tahniah kepada kawan kawan yang dapat Anugerah Naib Canselor (ANC)!

ANC ni bermaksud dapat Dekan (pointer 3.5 ke atas) setiap sem. Power kan siapa yang dapat? Serious doh Ain rasa jealous gila. Yela, orang tepuk tangan part ANC je hahaha. Tahniah kepada siapa yang dapat dan semua para graduan! Tahniah!

Thank you ayah ibu! This is for both of you! Love you!

Hmmmmm sedihnya! Tak dapat tangkap gambar banyak banyak sebab ada yang hilang kesana sini. Ain nak tangkap gambar dengan orang tu tapi hmmmm tak ada rezeki. Nevermind, I am okay. 

Diploma selama 3 tahun, 6 semester sudah pun saya berjaya harungi. Now untuk Degree pulak! Ahhh rasa sedih pun ada. Zaman diploma tak sama macam degree. Degree lagi tough. I hope I can do it! Doakan Ain berjaya kali ini. Nak try jugak pakai selempang pink haha. 

Kampus Ain time diploma.

So goodbye Terengganu. Till we meet again. Sekian~

12 comments:

  1. Wahh .. Tahniah Kak Ain. Semoga akak sukses dlm hidup. Akak cakap akak diploma di uitm chendering KT kan? Sy pun pernah belajar pra dip kat sana dulu. Mungkin akak pernah jadi senior sy. Hehehe. Tahniah sekali lagi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah Ain... teringat sewaktu menyarung jubah ni dulu...

    ReplyDelete
  3. tahniah kak ain! bestnya dh konvo :D

    ReplyDelete
  4. Tahniah Ain, semoga kehidupan Ain akan lebih bermakna dan diberkati oleh Allah...
    =)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Ain!
    next-next year...insyaAllah giliran sofie pulak...

    ReplyDelete
  6. Convo dekat uitm dungun kan? tempat kitaa tu hehe

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)