Assalamulaikum semua. Tajuk entry kali ini ialah Move On dan Let Go pada benda yang sudah lepas. Mestilah pasal cinta haha. Ain just nak share pendapat Ain. Hmm mesti ada sesetengah orang yang still dalam proses nak pulihkan hati kan? Same goes to me. Bukan senang nak move on dan let go orang yang kita dah sayang. Tapi apakan daya, ini semua ketentuan daripada Allah. Kita kena redha.
MOVE ON dan LET GO adalah dua perkara yang berbeza. Ramai orang yang boleh move on dari cinta yang dulu tapi tak ramai orang yang boleh let go perasaan sayang dan cinta yang ada dalam hati itu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kita simpan perasaan itu pada orang yang tak sudi pada kita. Bagi sesetengah orang yang tak pernah rasa sakit gila dan hati hancur lebur haha selepas dikecewakan, bagi mereka alaaa nanti lama lama hilang lah. Amboiii cuba kau yang rasa hahaha.
Bagi Ain, ia mengambil masa yang lama nak pulih. Depends. Ada orang tak sampai seminggu break up dah ada pengganti. Mungkin hati dia senang ditukar ganti ataupun dia buat rebound relationship untuk lupakan cinta yang lepas. Who knows. Dan ada juga orang mengambil masa berbulan bulan, or even bertahun tahun! Tapi Ain respect lah siapa yang lepas break up, dia tak terus on relationship. It shows that hati korang bukan senang untuk diberi kepada orang.
Ain mengaku lah yang agak sakit hati ini lepas break up. Lagi lagi dengan orang yang pernah jadi kawan baik kita dan kita anggap dia dah macam family kita. Tup tup terkandas tengah jalan. Gila tak sedih. Sobs. Ia ibarat macam kehilangan ahli keluarga lah. Menangis, mata bengkak, serabut gila and so on, thats normal tapi alhamdulillah lah tak rasa nak bunuh diri haha.
Move on? Lepas break up ramai yang cakap, "move on la weh" erghhh diam lah hahaha. Cuba kau kat tempat aku. Hati orang lain lain so dia ada cara tersendiri nak move on. Ok ini pendapat Ain tentang nak move on.
1. Buang dan lupakan semua yang berkaitan pasal si dia.
Contoh macam gambar. Delete lah, jangan pula pergi tenung lama lama hahaha. Memang lah sayang tapi nak buat macam mana. Nak simpan pun, simpan lah kat tempat yang korang takkan tengok macam kat hardisk ke hahaha. Kalau simpan gambar dalam phone, hmmm kang rindu pulak. Kalau ada barang yang dia bagi, ikut korang lah nak buang ke, bagi balik ke, bakar ke. Tapi bagi Ain, Ain simpan sebagai tanda hadiah daripada seorang kawan. Hargai lah apa yang dia beli weh.
2. Jangan dengar lagu sedih.
Ain kalau sedih, Ain suka dengan lagu Lay Me Down by Sam Smith. Memang leleh habis. Lagu sedih ni kan, bila kita dengar mesti kita bayangkan kita dalam lirik tu. Kurangkan dengar lagu sedih. Better layan kpop! Hahaha!
3. Luangkan masa dengan keluarga dan kawan kawan.
Erti kata lain sibukkan diri lah. Dalam masa yang sama, kita pun kena lah minta nasihat daripada family kita or kawan kawan kita. Tiap kali rasa down, cuba minta nasihat daripada mereka. Macam Ain, tiap kali Ain rasa down bila teringatkan dia, Ain akan minta pandangan/nasihat daripada kawan kawan Ain. Alhamdulillah, mereka semua memahami dan beri nasihat yang menenangkan hati. Itu gunanya ada kawan. Kalau korang jenis time in relationship asyik berkepit dengan pakwe/makwe, bila break up baru terhegeh nak cari kawan, hahaha susah kawan kau nak bagi nasihat weh. Siapa suruh abaikan kawan time in relationship.
4. Delete? Block? Yang penting JANGAN STALK!
Ada yang cakap better delete/block dari sosial media so kita takkan sakit hati tapi ada yang kata tak perlu sebab nak tunjuk kat si dia yang kita ini tengah bahagia. Bagi Ain, ikut pendapat masing masing. Memang sayang nak delete tapi kalau itu yang terbaik, better delete. Biarlah kita tak tahu apa apa pasal dia. Dia bukannya kesah pasal kita pun. Oak? But please, jangan mengada nak stalk. Kalau nak seksa diri tu, try lah stalk. Lagi kita nak tahu pasal dia, lagi kita sakit. Biarkan dia bahagia. Kita pun layak bahagia.
5. Stop cari dan cakap pasal si dia.
Seriously stop! Kalau asyik cakap pasal benda dah lepas, memang susah kita nak move on. Ia akan buat kita lagi rindu dan asyik tertanya tanya pasal dia. Ain selalu jugak lah cakap pasal dia dan risaukan dia. Rasa nak tampooo je pipi sendiri ni haihhh. Stop it la Ain, dia tak pernah pun ingat kau kan. So please, shut up.
6. Solat lima waktu, berdoa dan buat solat sunat.
Kalau hati itu sakit sangat, banyakkan istighfar. Mungkin kita dah leka sangat bila bercinta dan lupakan Allah. Cuba renungkan, time korang bercinta, korang solat on time atau tidak? Haa Allah nak uji sebab itulah Allah pisahkan daripada benda yang buat kita lalai. Kena bersyukur tau! Muhasabah diri!
7. Maafkan si dia, tukang perampas (kalau ada), dan paling penting maafkan diri sendiri.
Bukankah lebih baik kita maafkan dengan seikhlas hati? Hati kita akan lebih tenang. Tak perlu nak berdendam. Ain maafkan segala kesalahan apa yang orang buat kat Ain walaupun hati Ain sakit sangat tapi maafkan diri sendiri? Hmmm. Ada satu tahap itu Ain tak dapat maafkan diri sendiri sebab salah Ain juga. Kalau kita endahkan pasangan kita, takkannya pasangan kita nak curang. Kan? Lagipun Ain jenis pentingkan kawan daripada pakwe ni sooo haha maap. So yang ada pakwe/makwe tu, korang layan lah baik baik. Jangan plak tetibe ada jantan/betina lain layan pasangan korang. Habis ahhh hahahaha. Tapi depends on iman masing masing punya pasangan kuat ke tak dengan godaan, luls.
Hmmm itu sahaja lah cara Ain move on. Ain tak dapat fikir dah haha. Ke korang ada cara lain jugak? Rileks, memang sakit dan mengambil masa yang lama tapi kalau kita sentiasa ingat dan berdoa kat Allah, inshaAllah Allah akan bantu kita. Yakin!
Ada orang, dia dah move on tapi still tak boleh let go perasaan sayang dan cinta itu. Perasaan itu still ada dalam diri. Ain pun jujur lah, Ain still lagi sayang dan cintakan dia tapi Ain selalu ingatkan diri Ain yang dia bukan untuk Ain dan ia akan mengambil masa nak pulih dan hilangkan perasaan ini.
Kalau anda still rasa susah nak let go perasaan ini, anda tak boleh lupakan dia, anda rasa dia adalah yang terbaik untuk ada, anda rasa dia the one and only and anda nak dia jugak, selalu lah ingatkan diri yang...
1. Time korang nangis bagai nak rak, rasa hati ni hancur berkecai, sedih sayu teramat, ada tak si dia tanya okay ke tak? HADO? Tah tah dia tak kesah pun korang nak melalak ke apa. Mata korang bengkak sampai rabun pun dia peduli apa.
2. Time korang demam or sakit sebab sakit yang teramat, ada tak si dia risau kat korang? Tanya pasal korang? HADO? Tah tah korang demam ke atau masuk hospital ke, dia takkan melawat punya sebab ada dia kesah? Huhu. Kesihatan kau, kau jagalah sendiri.
3. Time korang tak lalu nak makan, ada tak si dia tanya dah makan ke belum? HADO? Tah tah dia makan sedap sedap, korang je yang kebulur tak makan sebab layan perasaan. Hahaha Ain hilang 8kg woi sebab patah hati. Bahaya!
4. Time korang muram and tak ada mood nak happy, ada si dia tanya korang okay ke tak ataupun buat korang happy balik? HADO? Tah tah dia tengah syok gembira dengan pakwe/makwe baru, korang je over sedih sedih. Ingat dia nak pujuk? Please.
5. Time korang asyik post pasal sedih sedih kat laman sosial, ada si dia nak rasa sebersalah or perasan? HADO? Haha ke korang yang syok sendiri ni?
6. Time korang rindu serindu rindunya kat dia, ada si dia pun rindu kat korang? HADO? Podahhh! Baik dia rindu kat pakwe/makwe baru dia daripada rindu kat korang. Buang jela weh perasaan rindu tu. Kalau rindu sangat, berdoa kat Allah supaya korang boleh kawal perasaan rindu itu dan buangkan perasaan yang tak sepatutnya ada dalam diri.
Itulah cara cara Ain nak let go pada orang yang Ain sayang. Agak kejam ayat ayat itu tapi betul apa. Kau nangis pasal dia sampai mata sembam tapi dia tengah syok bercintan cintun dengan pakwe/makwe baru, buang masa dan buang air mata kau do. Dah la tu, jangan seksa diri itu. Allah kan ada. Berdoa banyak banyak. Allah akan bantu kita. Allah itu Maha Adil.
Alhamdulillah, Ain sekarang pun okay lah tapi still dalam proses nak pulih. Jujur Ain rindu kat dia tapi apa Ain boleh buat. Dah orang tak nak kat kita, kita tak boleh paksa hati dia. So Ain sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. Kalau itu jodoh dia, semoga bahagia.
Hidup ini ada pertemuan dan ada perpisahan. Kita kena redha. Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita. Cuma kita janganlah sakiti perasaan orang. Hati manusia ni lembut. Kalau tak nak kat dia, kenapa perlu nak ada relationship dengan dia from the first? Kenapa nak curang kalau kau sendiri yang buat first move kat dia? Dan kenapa nak perlu sailang dan ganggu hubungan orang? Tolonglah hormat. Ain paling tak suka orang yang mengamalkan konsep, "selagi kau blum kahwin, aku boleh dapatkan kau" wowww jahatnya kau! Ain paling tak suka perangai orang macam ini. Minta dijauhkan lah.
So Ain minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki kalau Ain ada terkasar bahasa or buat ada yang terasa. It is just my opinion. Suka or tak suka, that is not my problem. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.
Last but not least, bila kita rasa patah hati sangat sangat, banyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah. InsyaAllah you will be ok. And always remind yourself that time will heal everything, just be patience. Allah akan bantu kita. Sekian~
P/S: If you read this Z, imysm. I hope you are happy, always :)
Singgah baca. BS setuju ape yang ain cakap. Dan kadang2 bila dah jadi macam ni, kita kena ingat yang kita still ade banyak lagi orang yang sayang kita. Esp family dan sahabat2 kita :) so, MOVE ON and LET GO :D
ReplyDeleteBetul tu. Ramai lagi yang sayang kita :)
Deletehiks. dalam proses tengah move on :')
ReplyDeleteSlow slow, lama lama ok la :)
Deletekena kuat and yakin dengan Allah..EHEM ! SYIRA DAH KELUARKAN BUKU TAUU...HEE..JOM SUPPORT !
ReplyDelete^_^ BUKU SERENITY BY SYIRA LOKMAN ! FREE POSTAGE DAN HADIAH MISTERI (TERHAD).
Guna #serenitysyiralokman di fb, twitter dan ig untuk tengok teaser :D
Yup, yakin dengan Allah yang Dia sentiasa dengan kita :)
Deletelama tak rasa perasaan tuh :')
ReplyDeleteWuish jangan rasa. Pedih!
Deletekeep calm dear :) mungkin Allah nak gantikan seseorang yang jauh lebih baik dari dia untuk ain. Stay strong :)
ReplyDeleteYup. Thanks :)
Deletei wanna wait for her , pray for me :')
ReplyDeletehttp://hostingmalaya.com
Harap berbaloi untuk anda :)
DeleteYa Allah mmg terkena lah kt diri sndiri. Sama macam ain..sy pon stiap hari terpaksa move on tp susahnya nak let go. Itu yg tk kuat. Tq ain . Entry ain ni sgt berharga. Alhamdulillah dgn nasihat ni. Rasa dpat bgun smula.. In sha Allah buang dia jauh2 . Yes!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ain kongsi mana yang Ain tahu bagi pihak diri Ain. Semoga awak terus kuat :)
DeleteHye, sory bru tgk ada reply. ain .tq . Start baca entry ain ni duk kuatkan hati. Skrg ni dpat thu dia dh nk kwen. Ermm. Redha.
DeleteTakpelah, tak ada jodoh la tu. Tabahkan hati. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :)
DeleteAssalamualaikum...ain, ade lg ke?
ReplyDelete