Last Day Before SPM Woi!

Apaaaa???!!! What???!!! Mana tak nya, hari ini LAST SEKOLAH kot.....!!! Sesetengah tingkatan jela. And saya? Minggu depan dah SPM. Siapa yang ambil SPM, anda semua dah ready? InsyaAllah boleh punye~ So tadi kemas kelas and susun meja untuk tempat exam. Satu kelas hanya ada 25 orang. Macam biasa lah, Ain orang first yang kena duduk sebelah tingkap and pintu. Angka giliran saya ialah BD***A101. 

Hah... pon boleh~ Yang paling aku tak suka kalau bab bab mengemas ni, mesti ada yang lepas tangan. Ada yang tengok je. Ada pula yang kita susah payah angkat meja, dia senang lenang je cop meja. Ambil la sendiri dohhh. Not fair okey tapi lantak la. Orang yang tak nak pahala, nak buat macam mana kan?

Lepas dah habis main, kena dengar taklimat SPM daripada cikgu. Cehhh masing masing punya hati berdebar debar. Lepas dah dengar taklimat, mula lah sesi bersalam salaman dengan cikgu. Bukan itu sahaja, sesi curahan air mata pon berlaku. Aduhhh kelakar betul la. Padahal hari Isnin jumpa lagi. Yang nak nangis bagai nak rak tu apehal? Ok ok fine fine. Feeling kan. Masing masing bersalaman minta maaf dengan cikgu cikgu dan kawan kawan. Bagus bagus. Hah... lepas dah minta maaf tu, JANGAN buat lagi. Biasalah manusia, time hari yang penting je minta maaf gila gila. Lepas tu? Mula la start mengutuk balik. Normal okey. Jadi kepada orang orang yang tak suka dengan Ain, Ain minta maaf lah. Tak apa, tahun depan dah tak jumpa. Kalau tak maafkan, do I care? Terpulang lah. Kepada yang pernah buat salah kat Ain, mengutuk, menghina dan sekutu dengannya, dengan suam hati saya maafkan anda. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun ampunkan umatnya, apetah lagi aku kan. Maaf, maafkan jugak... tapi kesan calar kat hati ni mana ada penawarnya kan? So ingat!

Ok lah, dah penat membebel. Mesti ada yang menguap. Zzzzz~ Nahhh tengok gambar yang Ain tangkap tadi. and enjoy la video video di atas itu. Hehehehe. K sekian~ Wish me luck!







Gambar kelas paling AWESOME yang pernah aku dapat!

Akhir kata, GOOD LUCK kepada calon calon SPM 2011! And and yang belum habis sekolah tu, hargailah masa di sekolah dengan sebaik baiknya. Memang lah kita nak habis zaman persekolahan ini dengan cepat tapi mesti anda akan rindu suatu hari nanti. Hee~

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)