First time main futsal.

Masuk hari ini dah 3 hari ada kelas tambahan. Nasib baik hari ini kelas 5R tak ada dalam jadual. Hari Isnin ada kelas tambahan Add Maths & Maths. Hairan betul, tak pernah aku tengok teacher garang semacam time ajar Add Maths. Takut I~ Then masa Maths, sangat boring. Zzzzz~

Hari Selasa ada kelas tambahan Akaun & Sejarah. Perggghhh! Pagi pagi otak dah jem. Aku tak faham apa yang cikgu terangkan. Nak kata aku bising, tak ada lah plak. Gelak gelak ada lah. Hehe. Time Sejarah, memang time aku rilekskan minda lah dengan pejamkan mata dan tidur. Nasib baik cikgu tak perasan. Ke buat buat tak perasan? Hehe.


 Aku kalau dah boring, memang aku suka bercerita dgn semua orang.


 Kenapa senyuman mereka pelik? Sbb mereka sendiri lah yang edit guna camera aku. Haha. Camera murah je boleh buat mcm niiii....

Okey lepas dah habis kelas tambahan, Ain, NabilahElena, Zahira dan Amera pergi ke Sg Chua untuk bermain futsal. Aku tak ingat nama tempat tu *sebenarnya tak tau langsung*. Naik kereta Nabilah. Kami main selama 2 jam. Memang mandi peluh la kan. Memang syok. First time main. Nasib baiklah aku main tak sampai tercabut tapak kasut dengan kuku kaki luka. Haha.

Kami bahagikan kepada dua kumpulan * amboiii baku gila ayat*. Nama team aku ialah BIAR BETOLLL *lidah kena naik atas*. Haha. Yang team satu lagi kami panggil team APA PON TAK BOLEH. Haha. Ini semua pengaruh ML la ni, hehe. 




 KAMI TEAM BIAR BETOLLLL~ *merah tu bukan. haha*

So nak tahu team apa yang menang?

Keputusannya adalah..... jeng jeng jeng.....











Team aku lah yang menang. Haha! BIAR BETOLLLL~

Main sampai pukul 3.30 petang. Kata nak pergi tuition Akaun tapi tak, hehe. Then makan dan mandi kat rumah Nabilah. Memang penat + lapar. Masing masing makan sampai tambah 2 senduk nasi. Memang tak tinggal langsung untuk tuan rumah, hehe. Acah jela. Btw, thanks Nabilah punya mak. Sedap makcik masak, hee~

Okey dah. Itu saja. Sekian~

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)