Hari Sabtu hari itu (18 June), aku pergi kem intergrasi kat... tak payah bagitau lah nama tempat. Kan kau tak nak pergi pula. Stay sana 2 hari 1 malam. Time nak pergi, excited la kan. Ingatkan sesi pagi je pergi rupanya sesi petang pon ada. Lagi ramai. Aku, Zahira & Aina je yang rajin pergi benda alah ni. Pergi sana naik bas. Takkan nak naik beca. Perjalanan selama 45 minit. Bila sampai sana, cehhh first thing dalam kepala otak aku ialah mesti tempat ini canggih + best sbb nama tempat tu pon dah hebat. Rupanya indah nama dari rupa. Memang tak cantik langsung! Seriously. Ini tempat camping ke tempat apa kan?
Bila dah letak beg, masuk dalam dewan. Kat situlah dewan, tempat solat & tempat makan. Hmmm. Tak secantik dewan sekolah. Dah masuk dalam dewan, masing masing diagihkan group. Aku bab bab pisah memisah dgn kawan ni, memang aku tak suka la kan. Dah la ramai aku tak kenal. Patutnya aku masuk group 8 tapi aku tukar. Aku join kawan aku masuk group 4. Sekali group 4 dah terlebih sampai 2 orang. Memang muka aku jela kan kene panggil and suruh tukar group. Nasib baik lah ada orang sudi tukar dgn aku. Thanks! Dapat masuk group 4 balik. Huahahahaha! Pastu kena reka nama group and buat cheer. Inilah part paling aku benci. Nama group dah ada tapi cheer? Nama group aku apa lagi, BIAR BETOLL ah! Then Abg FeC suruh buat cheer kat semuaorg. Memang cheer group aku tak ada siapa nak sokong la kan. Pilih kawan sial!
Pastu pasang khemas. Satu khemah 4 orang. Aku tidur dgn Aina, Zahira & Vanessa (form 3). Then ada aktiviti meredah halangan. Pakcik garang tu cakap macam over pula. Tembok setinggi 15 kaki la. Kene merangkak masuk bawah lumpur la. Tengok tengok, tembok setinggi longkang je. Terowong tu nampak je menakutkan tapi bila masuk dalam, not bad la. Nasib baik tak ada binatang dalam tu. Jari aku sampai luka tau tak. Dah la group aku paling last. Then pakcik garang tu panggil. Ingatkan kena denda sbb last rupanya suruh ambil gambar. Memang kelakar la kan. Terpaksa masuk bawah terowong tu balik semata mata nak ambil gambar.
Waktu malam ada latihan dalam group. Kami kena buat pulau impian kami. So kiteorg buat la apa yang patut. Then Abg FeC tu panggil suruh buat pembentangan kat depan. Again, masing masing pilih kawan. Aku tak suka cara orang menilai markah. Mereka semua pilih kawan. Padahal group yang mereka pilih tu bukannya hebat mana. Macam haktuih je! Time malam, ada night walk. Memang buat aku seram la kan. Hmm not bad la. Pengalaman baru. Banyak kali aku tergelincir + golek golek. Dah la budak budak belakang aku gelakkan aku. Adoyai~ Dah la gelap gelita. Tak nampak apa apa. Nasib baik aku tak kena pacat. Eeww~ Then time pagi lepas solat subuh, ada senaman. Pastu makan nasi lemak. Lepas makan pergi jungle tracking. Memang penat la kan naik turun bukit. Nyaris nak kena gigit pacat. Geli aku, eeww~
Petang kemas beg dan khemah. Masing masing tak sabar nak balik. Hehe. Tengok lah gambar yang sempat aku tangkap. Terlalu busy ah. Takkan la nak redah hutan bawak camera kan. Hee~
Sesi buat pondok.
Itulah pakcik garang. Grrr~ Tapi sebenarnya dia baik lah.
Zahira & Aina.
Time balik. Semua tak sabar.
Kesimpulannya, OK la. Ada tak bestnya & ada bestnya. Tak bestnya sbb ramai sgt yg pilih kawan. Itu paling aku benci. Maksud aku bukan pilih macam tu. Pilih kawan ialah kalau kawan dia tak ada dalam group tu, dia taknak sokong. Anda faham? Sebab tu group aku selalu kalah. Yg bestnya sbb pengalaman baru. Itu je. Anyway ENJOY! Sekian~
No comments:
Post a Comment
Ce komen ce komen :)