Awesome vacation! Hong Kong!

Olaaaa! Okey, sebenarnya cerita ini dah lama cuma lambat postkan je. Busy ah. So hari ini Ain nak cerita time pergi HK. Bukan nak menunjuk or what. Just nak tunjuk suasana disana. Pergi selama 5 hari 4 malam dari 4 June hingga 8 June.

DAY 1 (4 JUNE 2011)
Pergi LCCT lepas Zohor by teksi Avanza. Haha. Check in pukul 4.40 petang so sebelum tu ronda ronda la kan. 4 jam duduk dalam kapal terbang. Memang bosan + sakit tengkuk la kan sbb seat tak boleh baringkan. Yela, duduk dekat dengan tempat kecemasan, macam tu la.


Dah arrive kat Hong Kong International Airport pukul 9 malam macam tu la. Memang besar + lawa gila HKIA. Sampai sana memang banyak kali cari transport untuk ke hotel. Akhirnya dapat jumpa bas yang boleh bawa ke hotel. Bas 2 tingkat tuuuu *first time naik*. Hotel yang aku duduk ialah HOTEL METRO PARK. Memang best!


DAY 2 (5 JUNE 2011)
Awal awal pagi pukul 8 dah bertolak pergi MRT *macam LRT la tapi laju siottt*. Yang peliknya, pukul 6 pagi matahari dah terpacak kat atas. Memang cepat gila la. Padahal sama waktu dengan Malaysia. Bila dah beli tiket, pergi la ke destinasi iaitu Disneyland. Bukan main pergi je terus sampai. Kena tukar tukar train. First time kot naik train yang laju. Saya sukaaaa!





At last, sampai sudah di HONG KONG DISNEYLAND! Not bad la. Best tapi panas gila gila ahhh. Nasib baik we all datang awal so tak beratur panjang la. Kat situ ada 4 tempat. First kena masuk kat Main Street. Kat situ macam ada kedai kedai & bergambar dengan character disney. Then pergi ke Tomorrowland. Kat situ macam ala ala universe la. Apetah.

Gua naik benda bangang ni macam nak mati tau tak. Ingat macam tak takut. Sekali....amek kau! Nak tercampak pon ada. Nasib baik adik aku yg 5 tahun tu tak naik. Orang tu punya la confident kasi budak tu naik. Nasib baik adik aku tarik diri saat akhir. Ada budak kecik naik, mcm adik aku la, sampai menangis dia. Kesian aku tengok. 

Then pergi ke Fantasyland. Tempat ini sesuai la dengan budak budak kecik. Semua yang ada kat situ aku try kecuali main cawan. Ala macam pusing pusing tu. Tak nak aku. kang tetibe muntah siapa nak tanggung? Haha *cepat pening*. Then pergi ke Adventureland macam tempat tarzan ahhh.


Lepas itu tengok show Lion King, The Golden Mickey Mouse, Mickey Phillar Magic & yang last Fireworks!


Lebih kurang pukul 10 lebih balik. Balik naik train. Btw, memang best. Kang kalau tak cakap best, tak boleh pergi lagi, hehe. Cuma satu jela, nak makan memang susah. Maggie dah bawa tapi orang kat situ tak kasi bawa masuk so terpakselah buang. Memang la banyak restoran kat dalam tu. Masalahnya HALAL KE? Tak apa la, orang merantau macam ni la. Balik baru makan maggie.

DAY 3 (6 JUNE 2011)
Semalam sehari suntuk berjalan. Penat lelah tak habis lagi. So hari ini we all pergi ke Victoria Peak. Ala macam kat puncak la boleh nampak seluruh bandar HK. Yeke? Haha. Pergi Victoria Peak naik Tram. Ingatkan kat sana tak ada apa apa, just pemandangan. Rupanya ada shopping complex. Best!


Lepas itu pergi Madame Tussauds. Tempat tu macam patung lilin. Patung yang seiras dengan artis artis international. A ah, macam endon pula aku pakai tudung macam tu.



Lepas balik dari The Peak, pergi ke Ladies Market. Bukan jual barang barang perempuan. Macam pasar malam ah. Memang sesak gila ah. Dah la penjual kat sana macam haktuih! Jual punya la mahal. bila orang taknak, boleh pula tarik tangan. Bangang betul!


Then bila malam, pergi ke Avenue of Stars. Tengok bangunan di pulau yang lain buat persembahan. Ala macam lampu berkelip kelip mengikut melodi la.


Dah penat berjalan, balik hotel la. Oket, dah mula rindu nasi. Makan tak kenyang. Hari hari makan maggie dengan filet of fish. 3 kali pula tu dalam sehari.


DAY 4 (7 JUNE 2011)
Hari ini we all pergi ke Ocean Park by shuttle bus. Bangun pagi pukul 7. We all datang awal. Tempat tu buka pukul 10 pagi. Then ambil gambar. Sangatlah besar tempat itu. Ada dua bahagian. The Waterfront & The Summit. Mula mula kami choose pergi The Summit. Naik cable car. Aku igt dekat rupanya tempat tu disebalik bukit. Panjang woo~



Apa beza The Waterfront dgn The Summit? The Waterfront utk kanak kanak macam adik aku. Bukan macam aku okey, haha. The Summit macam extreme park la.


Inilah roller coaster yang paling aku tak suka. Namanya Mine Train. Sumpah aku cakap, buat jantung aku nak tercabut. Geli urat sendi badan aku. Sampai terkeluar air mata. Time benda alah tu nak turun tu, hanya Tuhan jela tahu macam mana aku rasa. Lepas da naik tu, aku berjanji tak akan naik mana mana roller coaster dah. Huhu.

Yang ini lagi best! Walaupun time nak turun tu agak menakutkan tapi memang best! Sampai buat baju aku basah. Nasib baik tak kuyup. 2 kali pula tu naik. Anis la yang suka main benda ni.

Dalam banyak banyak show, yang aku sempat pergi ialah Ocean Theatre. Yela tempat kat situ punya la besar. Tak sempat nak kejar masa.


Balik dari Ocean Park lebih kurang pukul 6.30 petang. Then pergi makan kat restoran cina muslim. Not bad la. Tapi saya lebih suka Pak Ngah masak *nama kedai kat tempat aku*. Dah habis makan, tido balik laaaa.

DAY 5 (8 JUNE 2011)
Okey, nak balik dah. Check out pukul 2 petang. Sebelum check out, jalan jalan la dulu kat shopping complex yang macam Pavillion. Perfume kat sana murah so beli la beberapa botol. Ain tak beli cuma satu badan penuh dengan bauan. Testing sana sini. Ahaks~


Lepas check out, pergi la ke airport naik train. Hari hari naik train. Memang best weh! Best dari naik LRT & KTM. Dah la lajuuuuu. Dah sampai di airport, jalan jalan la. Flight pukul 9 malam. Patutnya pukul 8.40 malam tapi delay.


Bila dah sampai rumah rasa bahgia sangat sangat. Haha. Makan dah mula kenyang. Tidur dah mula cukup. Hihi. Okey setakat itu saja cerita Ain pasal cuti. Okay, sekian~

2 comments:

  1. wow, vacation ke hk...mesti best!!~~~...XD
    Apapun nice blog...XD
    letak la lagu kat blog ni konfem lagi best...XD

    ReplyDelete
  2. Hehe mmg best!\Anyway thanks bagi comment. Dah letah da :D

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)