Assalamualaikum! Haaa maaf Ain jarang update blog sebab tak menyempat, haha. So now final exam dah start, wish me goodluck! Sebelum itu, Ain nak share cerita pasal potluck on the last day of class. Dah habis kelas dah untuk semester 5 pada Jumaat yang lepas (23/12/16). So apa lagi, kita enjoy lah! Wohoo~ Potluck start lepas solat Jumaat, jadi pagi tu ada last kelas untuk subject Futures Options. Masing masing tak sabar nak habis, haha.
Last class with Madam Aminah a.k.a my advisor too hehe. Thanks madam!
Lepas solat Jumaat, potluck pun start. Sebenarnya sir yang ajar kteorang subject Strategic Management yang suruh buat potluck, sebab itulah kteorang buat potluck. Kalau takkk nan hado! Haha! As usual, kata start pukul 2.30 petang but ada yang lambat and makanan pun ada sampai lambat. Each group kena bawak makanan sendiri, so group Ain bawak nasi ayam, nyumm nyumm~
Siap ada tentative haa kau! Hahaha demi sir.
Untuk sesi tukar hadiah.
Banyak jugak lah makanan yang setiap group bawak. Ada satay, pizza, roti jala, spaghetti, roti sosej, agar agar, brownies, choc muffin, buah buahan. Hahaha tapi yang kelakarnya air takda! Sir ada order soto and air tapi orang tu silap tarikh pulak. So kami minum air mineral jela, haha.
Memang dah macam event haa haha tapi memang best lah! Seronok gila gelak gelak. Fyi, setiap group kena buat persembahan tau, hahaha sir yang suruh. So ada 7 group. Alaaa Ain takde gambar untuk persembahan pulak tapi group Ain menari lagu Baby Shark doo doo doo doo~ Hahaha sila search di Youtube kalau nak tahu, luls! Serious lawakkk and enjoy jugak lah!
Overall, memang fun sangat! Part montaj kelas tu sedih jugak lah tapi hmm Ain still tak dapat rasa lagi sedih tu. Ada kawan Ain yang nangis time montaj tu and time persembahan nyanyi nyanyi. Tapi kenapa aku tak? Hahaha hmm. Tapi tula pejam celik pejam celik, dah nak habis dah. Lepas ni intern plak. Kejap kan? Padahal baru masuk degree weh tahun lepas. Sumpah cepat!
But I'm gonna miss you guys. Even sometimes ada lah rasa macam masing masing bergroup group tapi normal lah adat berkawan. Time diploma pun sama bergroup group hahaha tapi yang penting kita semua still akan berkawan sampai bila bila. Jangan lah buat buat tak kenal or bermasam muka. So I wish everyone goodluck in your future and all the best for final exam! Semoga kita dapat graduate sama sama ye, muah! Sekian~
With sir Shamsul. Haa nanti kena re-test balik test 2, hahaha.
P/S: Tak banyak sangat gambar, hewhew.
Nampak meriah :)
ReplyDeleteHehe memang meriah!
DeleteWaah bestnya makan2. Cantik blog. Salam ziarah. :-)
ReplyDelete