BBQ-ing with classmates!

Assalamualaikum dan hai hai! Hehehe agak lama jugaklah Ain tak updated blog ini. Sekarang ini tengah musim final exam untuk Universiti sebab itu busy sikit, hihi. Ok sekarang Ain nak cerita pasal jamuan kelas yang berrlangsung pada 3 April 2013, hari Rabu. Kelas Ain, BM111 2A buat jamuan dekat satu homestay ni. Yela, dah nak dekat habis semester kan so buat la jamuan makan makan, BBQ semua kat homestay. Tidur jugak kat sana. Bagi sesiapa yang nak balik kolej, boleh jugak. Berapa kena bayar? Hanya RM 25 sahaja. Adakah ia berbaloi atau tidak? Mehhh scroll dan baca cerita saya ok.


Lepas habis paper BEL 260, pukul 12 tengah hari, masing masing siap siap packing barang untuk pergi ke tempat yang ingin dituju. Pergi sana semuanya ada 3 buah kereta. Ada trip la, ikut giliran. Dekat je tempat tu, tak jauh pun. Sampai sana lebih kurang pukul 4 lebih macam tu. Semua yang dah sampai, check in bilik dan tolong untuk aktiviti masak memasak. Ain tak masak pun, tukang tengok je hahaha.

Rumah yang kami akan tidur.


Basuh ayam.




Ini dapur. Mereka sedang masam memasak.


Semua sudah sampai.





Bilik kami... Hihihi...

Dah set up semua untuk BBQ, time Maghrib semua sembahyang berjemaah. Lepas solat, baru makannn!


Solat Maghrib berjemaah.



Sebelum nak tunggu semua makanan siap dimasak, main game dulu. Main game hang man! Hang man tu menggunakan belon. Not bad la game ni, fun. Pukul 9.30 malam, baru start makan. Nyumm nyumm~



Beratur ikut group dan dengar taklimat, hahaha.



 Sedap sedap sedappp!



 BM111 2A gangs! 
Maaf gambar kaburrr... Yela, tak ada DSLR kan~




Pukul 10.30 malam, kawan kawan yang nak balik ke kolej semula dihantar pulang. Yang tak balik tu, tidur kat homestay la kan. Yang perempuan tidur rumah depan, lelaki tidur rumah belakang. Pukul 12 lebih macam tu, lepak lepak dengan kawan kawan yang stay. Main game yang tak main lagi. Game yang Ain buat la, apa lagi! Hahahaha feedback yang agak bagus pasal game ni tapi tak ada yang sebut nama aku, LOL! Game ni macam bongkar rahsia yang dulu dulu la hahaha. Dah habis main game ni, main nyanyi nyanyi la then main true or dare. Hahaha sengal sengal je. Anyway semua sporting lah!


Pukul 3 pagi baru masuk rumah dan boleh pula suruh budak lelaki belikan nasi lemak ganja haha. Bukan ganja yang dadah tu tapi nama dia je. Sedap jugak la. First time merasa kan tapi memang sedap! Then tidur nak dekat pukul 4 pagi. Ish ish ish. Ain kongsi katil dengan 3 orang kawan Ain. Mengiring la tidur. A ah, kami semua tidur statik sebab sempit kan hahaha.

Keesokkan harinya, semua kemas kemas untuk check out. Perghhh tidur memang sedap la weh! Aircond kan, memang nyenyak gila ah. Tengok tengok dah pukul 11 pagi. Masing masing cepat cepat mandi. Breakfast pun tak makan sebab dah nak balik kan.



Hehehe so amacam? Bagi anda berbaloi tak RM 25 tu? Bagi Ain ok, not bad. Anyway saya berpuas hati cuma pengurusan masa tu perlu diperbaiki lagi. Kerjasama antara semua pihak pun sudah ok cuma kena ada jadual tugasan. Yela takkan la semua benda orang yang sama je kan yang buat. Hope ada improvement next semester ok kawan kawan.

Btw, SEMUA SPORTING dan BEST LAH!!!

P/S: Tinggal dua paper lagi untuk habis final exam. Wish Ain luck ok! Thanks! Sekian~

17 comments:

  1. seriously seronok mcm nih :) teringin jgk mcm nih..dah lame x bbq dgn kawan2.

    ReplyDelete
  2. bestnyaa~! >.< jelesss..

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya dpt lepaks cenggini...

    http://myaleo.blogspot.com/2013/04/merisik.html

    ReplyDelete
  4. btw..ur blog become more interesting ain..congrates :)

    ReplyDelete
  5. bestnya leh kumpul ramai2 gitu. yang penting solat jemaah skli.alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. ehh nk ajak kwn2 wt cm ni la!! syok nye :D

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)