First time main hoki!!! Uuuu~

Wahhh lama tak updated ni, hehe. Btw, Assalamualaikum para bloggers and para pembaca. So hari ni Ain nak cerita pasal SAF. Apa itu SAF? SAF singkatan untuk Sukan Antara Fakulti. Ok Ain daripada UiTM Kuala Terengganu so kteorang kena berlawan dengan fakulti yang ada kat UiTM Dungun. Semua event berlangsung kat UiTM Dungun. Siapa yang masuk jela pergi sana. Pergi sana naik bas UiTM selama satu jam setengah. Jauh kan... Hmmm Ain masuk 2 permainan iaitu futsal dan hoki

Cerita pasal futsal, hmmm tak payah tahu la sebab tah la. Macam haremmmmm je puih, haha. Tapi ada incident yang menarik berlaku. Time mereka semua tengah main futsal, tetibe DUSHHHH amek kau bola tu terkena muka aku. Terbaikkk! Saya punya salah jugak la, siapa suruh duduk dalam gelanggang futsal kan. Memang cari nahas lah, hahaha. Nasib baik hidung tak kemek or berdarah cuma kepala agak pening la. Futsal wanita menang tempat ketiga. Pingat ada lebih tapi saya malas la nak tuntut sebab saya masuk main sekali je. Itupun last minute panggil pemain. Tengok tengok terlebih pemain. How come??? Ahhh nyampahhh!!!

Ok now Ain nak cerita pasal hoki... Actually Ain tak pro sangat main hoki ni. Pernah la main tu pun SEKALI je kot! Kalau bab sukaneka, banyak kali ah hahaha! Mula mula Azura yang ajak buat group hoki ni. Saya on je. Kteorang semua berlatih dekat kawasan yang disediakan. Fun la jugak sebab first time kan main hoki ni. Pemain mesti ada 10 orang. Mula mula dah cantekkk je ngam semua. Tengok tengok, TERLEBIH LAGI? AGAIN? WHAT THE... Dah macam incident futsal hari tu terlebih orang tapi futsal hari tu terlebih orang buat satu team. Yang ni, nak kata terlebih tak ada lah tapi buat dua team. Nak buat dua team pon tak cukup so kesimpulannya main tarik orang yang tak reti main hoki. How come??? Kteorang nak berlatih bagai nak rak, sesuka hati ajak orang yang tak berlatih masuk main. Hmmm tengok jela kesudahannya. Jom baca sambil tengok gambar, hihihi.

DAY 1. 7 Sep 2012.

Bertolak dari kampus pukul 7 pagi. Elehhh kata pukul 6.30 pagi dah gerak tapi tak... Hahaha. Janji Melayu kan. 3 bas yang pergi UiTM Dungun. Yang pergi ni semua terlibat la. Sampai sana kena lari. What??? Lari??? Perghhh semua kena kot lari. Alaaa macam merentas desa la. Perempuan lari 4 km. Lelaki lari 7 km. Perghhh semput gila doh. Dah la jauh. Penatttt!!!

Sebelum nak lari.

Lari di pantai. Uuuu fun~

Lari di jalan raya.

Penat tak terkata, hahaha. Nasib baik lari dapat point. 5 mata je pun. Wahhh pelbagai jenis air disediakan bila habis lari hahaha.


Ini betul, tak tipu hahaha!

Dah habis acara larian, pergi ke padang hoki plak. Alahhhh... Ingatkan game start waktu pagi rupanya pukul 4 petang macam tu??? Gila apa nak duduk sana dan tunggu masa berlalu. Ishhh! Semua bengang kot! Baik datang petang je. So kteorang semua pun lepak lepak, practise main hoki. Kat kolej kteorang practise main atas simen tapi kat sini main atas padang. So tak biasa sangat ah main atas padang ni.

Ada satu part wa sangat tak gemar. Kan Ain dah cakap tadi yang hoki wanita buat 2 team kan? Actually ada 12 pemain. Dannn... sepatutnya kteorang yang perempuan ni lawan esok, bukan hari ni. So nak elakkan rasa sia sia datang ke sini, kteorang dengan hati yang tak rela terpaksa lah tubuhkan 2 team. So satu team kena ada 7 pemain tapi still tak cukup orang so terpaksa lah amek sesiapa yang ada kat situ. Mana tak Azura tak bengang. Kteorang practise sama sama and tetibe nak berpecah? Lepas tu lawan sesama sendiri. Tup tup kteorang yang kalah. Yang menang pasukan senior? Pe cer dohhhh??? Hmmm.






Hmmm kami kalah. Ain punya team, Azura, Ika, Tasha and ada lagi budak Part 1. 3 - 0 kot! Haishhh spoil our mood betul. Esok ada lawan lagi but dengan budak Dungun. Why hari ni mereka tak ada? Sebab mereka ada modul, thats why lah Ain kata patutnya hoki wanita lawan esok bukan hari ni. Tengok, apa dah jadi??? Hmmm.

Ok tutup cerita pasal tu. Selain hoki, ada permainan lain jugak yang sedang dipertandingkan macam volleyball, basketball and pentaque.

Geng basketball.

Habis lebih kurang pukul 7 macam tu. Masing masing naik bas then bergerak ke Masjid nak tunaikan solat Maghrib. Then baru lah pergi makan kat Kelulut, Marang Terengganu. Lepas habis makan, masing masing menggila dalam bas. Karaoke bagai, hahaha! Sengal gilaaa!




Fun gila lah dalam bas. Hahhh... Ada satu incident berlaku di padang hoki. Nak tahu tak, kayu hoki boleh terkena kat muka Ain!!! Ishhhh!!! Tulah, yang kau gedik sangat berdiri belakang orang yang nak pukul bola kenapa kan. Kan dah kena sebijik! Tapi nasib baik tak darah oh muka. 

DAY 2. 8 September 2012.

Jeng jeng jeng... Selepas apa yang dilalui semalam, ikutkan hati masing masing malas nak pergi. Lantak la kteorang kalah tapi dengan semangat yang berkobar kobar, cehhhh so kteorang pon pergi jela. Biarlah apa yang nak jadi. Bertolak dari kampus pagi pukul 8 lebih macam tu. Tu diaaa... Ini baru rasa macam betul betul main. Ramai orang. Uuuu ganas oh diorang main hoki. Takut. Alhamdulillah hari ni punya game. Walaupun kalah tapi we had so much fun! Dapat kawan baru and pengalaman baru. Best la!




My team. Pemain just random.




Hah... again ada lagi satu incident berlaku, hahaha. Banyak sungguh kecederaan berlaku pada diriku ini. Ada orang nak rampas bola hoki dari Ain tapi dia pergi pukul kaki Ain. Adoyai~ Nasib baik hang baru first time main, hahaha. Nasib kaki tak sakit, kalau tak... haishhh.

Kesimpulannya, team Ain dapat no 4 tapi dikira sebagai tempat ketiga, haha. Alaaa asalkan dapat pingat, muahaha! Team lelaki dapat naib juara and team wanita lagi satu dapat johan. Yeahhh! Selesai semua game, naik bas pergi dewan apetah untuk penyampaian hadiah. Wahhh best kot! Meriah gilaaa! Cehhh mula mula masing masing tak nak ambil hadiah sebab malu. Yela kalah kan. Bila seorang bangun, semua pergi hahahaha! Bangga ah kot jadi pemain hoki. Padahal orang tak tahu cara aku pukul macam mana, kah kah kah!

And the best part is our campuss, UiTM Kuala Terengganu MENANG BAGI ACARA KESELURUHAN!!! YEAHHH!!! Hebat kan??? Masing masing sorak sakan ah time tu.

Johan bagi hoki wanita.

Tasha, Ain and Ika.

Tayang pingat andaaa...






Memang best lahhh!!! Satu pengalaman yang menyeronokkan. Pingat mahal tu... So kena jaga elok elok, hehe. Menang kalah adat pertandingan kan. Biasa lah. Hmmm ok sampai di sini saja. Thanks for reading. Sekian~

P/S: Final exam nak dekat. Wish me luck!!!

4 comments:

Ce komen ce komen :)