Dinner DIBSA - A Night To Remember.

Assalamualaikum and Hye! Ok hari ni Ain nak cerita pasal, *rujuk tajuk di atas*. Dinner ni berlangsung pada 28.8.12 hari Selasa. Dinner ni khas untuk kos Diploma In Bussiness Study Association (DIBSA). Alaaa buat kat Dewan Utama jerrr, kena bayar RM 20. Dinner tu start pukul 8 malam so masing masing sebok make up sana sini, hahaha. Thanks to my roomates, 3 orang tu sebab tolong taouch up kan mata ni, hahahaha! Alaaa letak eye liner je pon. Sekali 3 orang tu yang tolong, LOL! Sekali sekala nak bergaya, hahaha. Im wearing turqoise colour for my baju kurung. Bukan baju raya sebenarnya tapi baju tu sekali je pakai.

 With my roomates. Siti and Arna. Masing masing sama kos and kelas, hihi. Credit to Mira this picture. Sian dia duduk dalam bilik sorang sorang, hehe.

Nasib baik kampus dekat dengan kolej. Kalau tak... memang penat la nak redah dengan kasut tinggi lagi, hahaha. Amboiii semua meletop meletop youuuu, hahaha!

 My friends.

 Picture with classmates.

 Geng BM111 1A yang pergi dinner.

Sebelum nak masuk Dewan Utama, kena tandatangan dulu. Then bila masuk dapat la cawan free. Errr again cawan??? Ingatkan meja dalam tu guna meja bulat rupanya satu barisan panjang. Hmmm...

 With Siti.

 Tasha, Ika, Farah and Erin.

 Nusrah, Dhiya and Siti.

 With Fariha.



Makanan??? Hmmm boleh la. Malas nak komplain macam macam. Kita kena la bersyukur. Satu meja ada 4 orang so cukup cukup semua lauk untuk 4 orang makan. Haishhh asal banyak sangat peraturan dohhh? Dah macam MDS rasanya. Contoh, minum air tak boleh letak atas meja. Sebab takut tumpah and effect pada meja sebab tu meja peperiksaan. WHAT??? Boleh pulak air menyerap sampai ke meja kan, tak apa la. Btw, ok lah makanannya.

 Nasi tomato with ayam apetah.

 Ini lauknya. Just simple.

 Ini je saya makan, hahaha.



Sambil makan tu, setiap part ada buat persembahan. Macam senior senior dari part 2 ke atas. Kteorang yang part 1 pon ada buat persembahan. Overall, ok la. Boleh la. Ada satu/dua persembahan jela yang best. Yang lain... *menguap*. Hahaha kesian aku tengok muka kawan kawan aku. Semua muka nak balik, LOL! Then ada cabutan bertuah jugak. Hahahaha ada satu benda ajaib berlaku pasal bende ni. Hahaha! Nanti Ain cerita. Hihihi.

 Muka dah bosan. No pon tak bertuah langsung, hahaha! *sebelum*




"Haihhh lama lagi ke nak habis?", tanya kawan saya kepada saya. Hahhh... Nak tahu tak apa yang ajaib sangat berlaku time cabutan bertuah tu? Hahaha macam ni. Ain kan tampal no tu kat sudu. Then Ain acah acah jela dengan kawan kawan Ain. Ain cakap, "kalau no aku kena panggil kan, aku nak bawak sudu ni sekali". Nak tahu, tak sampai berapa minit Ain cakap tetiba... "No yang bertuah, no SATU... LAPAN.... LAPAN...!". WHATTTTTTTTTT? HAHAHAHAHAHAHA! K ni lawak gila! Dalam hati sebenarnya malas gila nak naik pentas tapi nak buat macam mana dah semua kawan kawan Ain pandang and cakap, "ehh. tu bukan no kau ke?". Hahahaha redah jela naik atas pentas.

 Tadaaa~ Saya dapat pasu? Alaaa ingatkan kuih raya.

 Tadi muka bosan sekrang dah happy sikit, LOL! *selepas*

 Arna, Mas and Me.

Farah and Erin. Kesian no mereka tak bertuah langsung! Hahaha!

Secara keseluruhannya, hmmm ok la~ Boleh bagi 3 bintang je daripada 10 bintang. Ke kejam sangat? Hahaha. Tak apa, nanti semester akan datang, kteorang buat gempak gempak punya! Kat hotel terusss, hahaha. Adakah RM 20 berbaloi bagi semua ini? Tepuk dada tanya selera, cehhh.

Ok la, itu sahaja. Hmmm bulan ni memang Ain sangat busy dengan test la, itu ini. Macam macam. Tapi jarang risau, Ain akan update jugak kalau ada apa apa cerita, hehe. Ok, sekian~

P/S: A night to remeber tukar kepada A night to forget. Klik SINI untuk tengok gambar lagi.

6 comments:

  1. berbaloi laaa dgn rm20 tue.. bukan pada makan dan hadiah aje, yang bermakna skali adalah pengalaman dan kenangan yg kita dapat hohohoho. itu saja komen saya.. trimas

    ReplyDelete
  2. Selagi kita belum organize satu event.. memang akan ada saja yang tak kena dimata.. tapi, bila kita kt situasi tu, baru kita tahu.. sebenarnya RM20 tu tak ckup utk creat the best events.. hanya sekadar pendapat.. :) follow sini..

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)