Hari Graduasi Form 5 :)

Okey Ain nak cerita pasal graduasi yang berlangsung pada 15 Oktober, hari Sabtu hari tu. Walaupun macam dah lambat sikit, biarlah. Tak ada masa nak menaip sebab busy. Ecehhh yela sangat kan. Okey saya mulakan cerita. Mula mula berkumpul kat sekolah pukul 8.30 tapi Ain tengok ramai yang datang lebih daripada 8.30 termasuk diri saya sendiri. Biarlahhh start pukul 9.15. Dah daftar and ambil jubah tengok tengok tinggal saiz M je. Haishhh tu ah. datang lambat lagi. Memang jubah tu dah jadi macam telekung la kan, besar gila.

Yesss saya yang tudung warna merah tu. Ce tengok jubah aku, senget kan? Erghhh!


Then duduk kat pavillion sekolah ikut nama yang telah ditetapkan. Ehh of course la I orang no1... hehehe. Mula mula dengar ucapan daripada ketua pengawas then guru besar. Lepas itu ada orang yang ex Convent datang bagi motivasi pasal macam mana beliau boleh menjadi seorang yang berjaya. Cerita dia memang la menarik tapi aku tengok muka semua orang macam nak tidur je. Haha. Then ada persembahan daripada pelajar. Enjoy la jugak. And the moment we waiting for... jeng jeng jeng... Naik pentas untuk ambil scroll, hehe. Siapa lagi kalau bukan Ain yang jadi orang first naik atas pentas. Cehhh jalan dah ok sekali naik pentas, bedebukkk! Bukan jatuh tapi nyaris jatuh.... Nasib baik aku dah pegang tangan pengetua kalau tak confirm dah berguling guling. A ah, ada orang gelakkan aku, ramai kot tapi ada saya kesah? Hahahaha. Sumpah lawak. Dah habis penyampaian scroll, pulangkan balik jubah. Then lepas tu kita pergi makannn!!! Naik bas....hehehe.



Kami semua makan di Cyberview Lodge at Cyberjaya. Memang cantik and best gila. Dah la kteorg paling last bila sampai sana tak ada tempat duduk. Ingatkan nak duduk satu meja untuk satu kelas tapi tak cukup. Last last semua kena berpisah. Tak apa lah..... Perut pon dah berbunyi lagu rock so apa lagi, makan la. Macam macam ada. Dah lapar sangat, Ain makan nasi dulu tapi tak ada lah ambil satu senduk macam yang selalu buat kat rumah, hehe. Mabil sikit je. Lepas dah makan nasi, makan ABC, marshmellow chocolate, popia, satay and macam macam lah. Sampai dah tak boleh sumbat lagi. 


Promote jap tempat makan.

Lepas makan, sesi bergambar pula, hehe. Memang best la tempat tu. Pemandangan yang indah walaupun panas macam nak terbakar kulit tapi lantak lah. Kteorg main air dalam swimmping pool... Habis basah kain aku.





Lepas dah bergambar semua, pukul 3 petang bertolak balik ke sekolah. Itu semua memori paling indah dalam sejarah. Rugi siapa yang tak pergi. Walaupun bayar mahal mahal tapi berbaloi kan? Time balik tu tiba tiba rasa lapar pulak, hahaha. Padahal dah makan banyak kan. Okey lah, Ain bercerita sampai sini sahaja. Sekian~

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)