Jalan jalan pergi UKM.

Hari Rabu hari tu Ain and kawan kawan sekelas, tak ingat la berapa orang pergi ke UKM sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM. Ada dua buah sekolah yang join. Ada yang dari Kajang dan ada yang dari Semenyih. Cehhh ingatkan mereka mereka form 5 macam kteorg rupanya form 2... Hahahaha. Kteorg lagi comel and muda nampaknya, hehe. 


Aktiviti diadakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kan? Wahhhh agak besar library tu. Memang best gila. Ada 5 tingkat. Hebat... Mula mula sampai sana tengok video pasal perpustakaan ini. Mereka nak tunjuk betapa pentingnya perpustakaan kepada kita. Hmmmm agak panjang video tu and aku tengok muka semua orang mcm nak tidur je, hehehe.


Then ada salah seorang daripada warga UKM  bawa kteorg ronda ronda sekitar perpustakaan itu. Cehhh buat penat je kawan kawan aku salin apa yang pakcik tu cakap rupanya tak ada kena mengena langsung masa main kuiz ataupun infohunt.



Dah penat ronda ronda, perut pon sudah lapar, apa lagi makan lah. Ada nasi goreng and telur goreng. And kuih apetah. Tak tahu nama.


Lepas makan, aktiviti seperti kuiz dan infohunt diadakan. Nama Ain ada dalam kuiz. Ish, agak susah ah soalan yang diberikan, haha. Pasal menteri la, nama singkatan bagi sesebuah tempat la. Ain tengok sekolah kteorg paling kecoh, haha. Bila orang tu tanya soalan kat sekolah lain, "Sungai apakah yang paling panjang di Semenanjung Malaysia?", pastu kteorg pon kacau kacau diorang and cakap, "Sungai Chua!", "Sungai Kajang!", "Sungai Niel!"... Hahahaha macam macam jawapan kteorg ada tapi kalah la... Eee malu malu. Then ada bual biacar bersama tokoh iaitu Dr. Faisal Tehrani. Memang best, tak boring langsung. Beliau cerita macam mana beliau jadi seorang penulis. Then lepas itu ada ucapan daripada wakil pelajar setiap sekolah. Then ada penyampaian hadiah. Geng geng kuiz Ain memang dah agak akan kalah, haha. Tapi geng geng Infohunt kteorg dapat menang nombor satu! Wohoo~

Dapat no 2 dalam keseluruhan.

Juara untuk Infohunt.

Ingatkan dapat hadiah buku tu boleh ambil terus sebab Ain nak buku Ain Maisarah... tapi malangnya kena bagi kepada perpustakaan sekolah. Harapan ah kan aku nak pergi library and pinjam. Cehhh mana achi! Lepas tu tunggu bas untuk balik ke sekolah.


Okey itu sahaja. K sekian~

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)