Sukantara.

Hello guys! Sekarang ni Ain sibuk dgn sukantara. Esok dah la Hari Guru. Lagi la penat. Apa nya penat? Yela, kaki sakit sbb lari 100 meter, tangan sakit sbb lontar peluru, haha. Lari 100 meter dapat 1 point. Kau ingat aku yg kurus ni larat ke lari? Haha. Lompat jauh 1 point juga sbb tengah syok lari lari, kaki pula termasuk dalam lubang, hehe. Then lontar peluru dapat 2 point. 

Pastu lepas rehat ada raptai Hari Guru. Memang tepape la kan aku nyanyi. Okey, aku tak nak nyanyi esok. Jangan tanya kenapa. Bye.

Hmmm itu jela. Tengokla gambar yang Ain sempat tangkap.

 Tengah tunggu kawan kawan yg belum habis lagi.

 Aku gatal leher, orang sebelah pun boleh rasa. Haha.

 Bila dah bosan, macam ni laaa.

 Okey, aku pun dah mula syok sendiri.

 Ni lagi la, haha. Terlebih syok sendiri.

 Syera, Ain n Puteri.

Okey itu sahaja yang berlaku hari ini. Sebenarnya tanam pokok untuk projek sivik. Malangnya cikgu lupa. Tak apa lah. Lain kali sahaja lah Ain buktikan kehebatan dia menghancurkan pokok. Ahaksss~

Btw, HAPPY TEACHER'S DAY kepada Puan Lim. Dia ni baik + sporting. Kalau dia garang pon, ada aku takut? Haha. Kadang kadang kelakar juga tengok telatah dia. Anyway, YOU'RE THE BEST TEACHER lah sepanjang 2 tahun dia mengajar Ain. 

Then cerita pasal Hari Guru esok, kami sekelas ada beli kad. Kad BESAAARRR PUNYA! So masing masing tandatangan and tulis ucapan. Nak tau apa ucapan Ain? Memang terbaik lah. Ni ayat Ain, "Tq teacher for teaching me, Maths and Add Maths. One day I will prove to you that I can get A for Add Maths. Haha! I hope so". Okey, ayat aku memang tak boleh bla. Dont worry teacher, saya akan dapat A. Itupun kalau teacher tanda semua betul. Ahaksss~

Teacher aku pandai catwalk. Teacher korang ada? Haha.

Okey sekian~ :)

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)