Plan yang tidak dirancang. Just nice :)

Entah apa tajuk la yang aku letak, haha! Ok semalam Ain berbuka puasa kat luar dengan kawan kawan. Yela, dah nak balik kan so habis kan la masa bersama sama mereka buat kali terakhir pada bulan Ramadhan ini. I mean buka puasa la. Kelas habis pukul 6 petang. Then balik kolej, solat Asar, siap siap then terus tunggu kereta sewa. Ish! Lambat oh. Janji pukul 6.15 tapi kereta tu sampai pukul 6.30. Tengok! Jalan sudah jalan jem. Selama aku hidup 18 tahun, yang ni first time berbuka paling lambat. Bila keluar je kereta, bunyi Azan. Masing masing cepat cepat cari air, hahaha!

Depan kolej. Tengah tunggu kereta.

Ada dua kereta. Satu Viva and lagi satu Wira.

Dalam kereta, hee~

Hari tu lepas habis berbuka dengan satu kelas, baca SINI, plan nak pergi balik Dataran Syahbandar sebab tak puas shopping tapi tak jadi. So plan la nak pergi makan western food dekat dengan Giant. Bila sampai sana, hmmm, macam apa je. Ingatkan restoran rupanya food court. Yela, tengok gambar orang macam lawa je kan tempatnya, makanan pon macam macam rupanya indah khabar dari rupa. So kami switch tempat and pergi la makan dekat Giant. Kat Giant ada macam macam restoran so kami pergi Restoran Rasa Mas.



8 of us~


Mushroom soup.

My food. Ok tetiba lupa nama makanan, hahaha!

Air ni menarik. Apetah nama dia, hahaha!

Iffah, Farah and Ika.

We're Kak Cik, Kak Pat and Kak Ngah. Huahahaha!


Sesi suap menyuap.




 Tu diaaa...

 Harga pon dah tak nampak, hahaha!


Lepas je makan, pergi Pantai Batu Buruk. Sebelum tu, ada la pergi jalan jalan kat apetah nama tempat tu. Crowded sangat so pergi tempat lain. Dah la jalan jem gila. Kteorang berpusing pusing, hehehe. 

 Erin and Natasha.






Balik tepat pukul 11 malam. Haha... Nasib baik sempat. Yela pecut kan. Hmmm so ok la hari ni. Just nice. Ye saya memang suka keluar. Dah la tinggal RM 5 je. Sadisss nyaaa! Hahaha tak apa la. Kalau keluar sebab makan tak apa, jangan sebab lain. Yeayyy saya balik hari ni! Wohoo~ Ok lah, itu saja. Sekian~

SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA!

Iftar with classmates, BM111 1A :)

Meet my BM111 1A friends. Read HERE

Itu baru intro, hehehe. Ok now Ain nak cerita pasal berbuka dengan classmates. Ini cerita hari Khamis punya (9.8.12). Sebenarnya plan nak berbuka ni idea daripada Nadhira. Ain just aturkan masa and tarikh saja. Mula mula cadang nak berbuka hari Sabtu tapi disebabkan macam macam hal, terpaksa lah tukar kepada hari Khamis. Habis kelas pukul 4 petang then siap siap pukul 5 petang, chowww. Ain dengan 4 orang kawan naik kereta yang dipandu oleh Erin. Yang lain tu ada yang naik prebet, kereta sewa dan van sewa. Alaaa naik apa apa je asalkan sampai ke tempat destinasi.

Dalam kereta. Tengah isi minyak.

Well~ Orang yang organize kena la datang awal kan. Bak kata budak kelas aku, pengerusi majlisss~ Hahahaha! Baik kan saya bawak 2 gulung tikar sedangkan orang lain tak bawak pon. Hmmm last last bukannya aku duduk kat tikar. Makanan je yang penuh. Cisss! Bila dah sampai sana, rileks rileks dulu la. Ala baru pukul 5.30 lebih kot... Lama lagi waktu berbuka. Yang lain pon belum gerak dari kolej lagi.

Farah, Natasha, Ika, Erin and Ain.


Tu dia PM kitaaa... (pengerusi majlis)

Mula mula Ika, Natasha and Farah beli makanan dulu. Bila mereka habis beli je, turn Ain dengan Erin plak beli makanan. Bila dah habis beli makanan, merempuh sana sini dan menuju ke tempat nak berbuka... Makk aiii! Ramai gila orang! Tempat yang luas tadi pon dah diserbu. Adoyai~ Duduk kat rumput la jawabnya, hahaha.

 Tu dia kelas saya tapi ada beberapa orang yang tak dapat datang.





Masing masing nampak berselera walaupun tempat agak crowded tapi best apa makan beramai ramai ni kannn? Uuuuu syok habis! Dah habis makan tu, masing masing pergi menunaikan solat Maghrib. Then habis lah majlis santapan kita. The end~ Hahahaha! Kami plan untuk berbuka bersama je. Jalan jalan bersama belum lagi.

Erin, Ain and Saadiah.







Lepas solat Maghrib, jalan jalan jap kat sekitar Dataran Syahbandar tu. Belakang tu macam ada Uptown la. Alaaa kteorang yang perempuan ni baru nak shopping tapi disebabkan yang lelaki lelaki ini sudah menunjukkan muka yang boring jadi kami terpaksa pergi ke destinasi lain. Nampak sangat kan lelaki bosan bila teman perempuan shopping? Hahahaha! Then pergi Pantai Batu Buruk.

Otw to Pantai Batu Buruk.

Bila sampai Pantai Batu Buruk, ingatkan saje jalan jalan rupanya budak budak lelaki nak main ATV. Apa itu ATV? Sila google sendiri. Harga, entahla. Mereka yang bayar, kami just naik bergilir gilir saja. Best lah jugak, dapat release tension. Errrr dah macam kereta sodok aku bawak, hahahaha!





Muka muka ceria main benda alah ni, haha!



Memang best lahhh! Balik lebih kurang nak dekat pukul 11 malam. Hmmm hari yang paling best lah jugak. Semua plan berjalan dengan sempurna, alhamdulillah~ InsyaAllah, saya sebagai PM (pengerusi majlis) akan buat lagi majlis makan makan ni atau outing kat luar. Hahahaha seronok apa dapat berkenalan dengan kawan kawan baru.

Hari Rabu ni saya dah nak balik Selangor. Yeayyyyyy! *lompat bintang* Tak sabar dohhh! Tapi yang tak bestnya, tak ada geng plak dalam bas. Hmmm hopefully ada orang yang Ain kenal. Ain dari stesen bas Kuala Terengganu, akan stop kat Putrajaya. Ada sesiapa sama tak? Hahaha! Ok lah, sekian~

P/S: Kebanyakkan gambar semuanya kabur dan goyang, haha! Entah apa kena dengan yang tukang tangkap tu. Bukan saya ok, hee~

Berbuka beramai ramai di kampus :D

Sabtu semalam (12.8.12), kolej Ain ada buat berbuka puasa beramai ramai di kampus. Ini khas yang duduk kat kolej jela. So pagi pagi, part 1 semua kena pergi dewan untuk dengar ceramah. Part 2 sampai part 6 kena masak. Errrr dah la bangun awal gila pastu dengar ceramah. Aahhh ramai buat sujud sahwi dalam tu. Belum start ceramah lagi, Ain dah start menguap, hahahaha! Ceramah sampai pukul 1 petang. Yang bestnya dapat merit! Hehehehe.




Lepas habis ceramah, balik bilik. Solat then sambung balik tidur yang tergendala tu, hehehe. Pukul 5.30 petang, siap siap untuk pergi berbuka puasa. Perghhh panjang oh beratur untuk ambil makanan. Kami yang part 1 ni just datang makan je, hihihihi.

Tunjuk nasi putih masing masing... Hahaha!


 Beratur panjang gila nak ambil lauk.

 Menunya, ada daging dan... ok dah lupa but boleh tahan la sedapnya.

Duduk kat sini pon jadi la. Kat tikar dah penuh.




Love this pic! With Farah.

Siti, Ain and Farah.


Dah la datang awal, waktu berbuka lama lagi. Before berbuka, ada bacaan Yassin. Lepas habis baca, Ain pon pergi la luar kampus untuk beli air. Yela, mana cukup kan. Perghhh ramai kot yang beli air kat luar! Dah la satu gerai je yang bukak jual air. Bila sampai sana, air gula plak yang habis. Darurat punya pasal, sanggup tu beli air tanpa air gula. Lantak lah, dah nak dekat berbuka kan. So Ain pon beli lah air jus epal susu. 9 bungkus ok!

Jus epal susu paling tawar pernah aku minum.








Memang ramai + sangat meriah! Keseluruhannya sedap jugak la cuma bagi kawan kawan Ain, pedasssss! Hahaha tapi sedap lah! Lepas makan tu, balik bilik la then solat Maghrib. Hmmm best lah berbuka ramai ramai ni kan. Yang paling bestnya dapat merit kot! Hahahaha! Merit ni penting untuk dapatkan kolej. Kalau merit sikit, silap haribulan boleh ditendang keluar. Yela, kolej kami kecik je bukan besar macam apartment. Tempat sangat terhad sebab itulah kalau ada majlis atau aktiviti yang berkaitan dengan merit, Ain laju jerrrr! Hahahaha!

Budak kuat makan. nommm nommm!

Ok lah, itu saja. Sekian~ Selamat berpuasa!