Best ke ambil course Business Administration (Hons) Finance (BM242)?

  ASSALAMUALAIKUM SEMUA! 

Hahahaha nampak tak excited dia setelah SEKIAN LAMA MENYEPI tak update blog ni. Biasalah, sejak dah masuk U (dah graduate dah pun) and dah ada kerja tetap, memang tak ada masa dan terpaksa tinggalkan dunia ni. Ini pon tergerak hati nak bukak dan wowww banyak juga orang comment regarding post Bachelor of Business Administration (Hons) Finance (BM 242). Based on that post, ramai juga yang comment and tanya soalan. Saya minta maaf sangat sangat sebab tak baca. Kalau baca pun, setahun dua tahun kemudian... Hmmm...

Untuk menjawab pertanyaan anda tentang, "best ke Finance?", "kena lompat sem ke?", "subject apa je belajar?" itu semua anda boleh rujuk post saya yang ini, KLIK SINI. Tapi tulah, post tu tahun 2016, sekarang dah tahun 2021, ce kira berapa tahun dah berlalu. Ain pun tak tahu lah kot ada yang berubah, dah tukar itu ini. So memang ada yang saya tak boleh jawab pertanyaan anda. Akak dah habis belajar dik oiii... Dah kerja dah pun!

Alhamdulillah dah berjaya menamatkan degree pada tahun 2018! I am graduated as Bachelor in Finance! Fuhhh...

And alhamdulillah now (2021) dah ada kerja tetap, kerja sebagai Finance Executive dalam sektor perumahan. I love like my job hahahaha. 

Best ke kerja dalam bidang finance? Of course lah besttt sebab itu yang kita nak. Kita dah belajar hempas pulas dalam course finance, of course lah nak kerja sama macam apa yang kita belajar kan. Tapi jangan risau, kalau anda tak dapat apa yang anda nak, just fikir satu je, rezeki ada dimana mana. Rezeki Allah ni luas.

Apa yang kita belajar dulu, sama ke macam kat tempat kerja? Totally tak sama! Tak ada lah sama 100% tapi at least anda ada knowledge yang boleh diapply kat tempat kerja. Benda basic anda dah tahu, so nanti time kerja new knowledge lagi anda akan dapat.

Susah tak kerja? Biasalah first time kerja mesti nervous, takut and so on. Itu normal. Tak tahu, boleh belajar. Mula mula masuk kerja tu memang tak tahu apa lah kan. Tapi bila dah lama lama, confirm power dah lah! Yang penting, keep usaha!

Belajar atau kerja lagi best? Masing masing ada pandangan sendiri. Ada je yang kerja tapi buat pjj sambung degree/master/phd semua. Kena pandai bahagi masa. Ain pun terfikir juga macam mana lah orang tu boleh bahagi masa dengan stress kat tempat kerja dan stress nak belajar (exam, buat thesis and so on) lagi. I memang tabik springgg lah siapa yang kerja + belajar ni! Power lah korang!

Apa apa pun, tak semua kat dunia ni yang kita nak, kita akan dapat. Yang penting kita tahu cara cara nak capai cita cita kita. Keep usaha dan berjaya! You know what you want! So sampai sini sahaja lah posting saya. Kalau nak dm Ain tanya pasal belajar or kerja tentang finance, boleh lah dm kat Instagram saya. InshaAllah mana yang boleh balas, saya balas ok! Take care gaisss... Sekian~

Dah jadi alumni UiTM dah huhuhu.



P/S: Rindu zaman belajar tapi tak suka belajar... Hahahaha nak jumpa kawan and sembang jerrr hekhek!

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Nice sharing.
    Rindunyaaa zaman study. Rindu semua. Stress study pun rindu kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Stress stress pon dikelilingi oleh kawan kawan.

      Delete
  2. Hai kak ain, if subject finance saya b- masa diploma banking, penerapan kalau saya pilih degree finance, saya kena repeat paper finance masa degree or masa tgh diploma sekarang nih?

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)