Aktiviti Jelajah Tradisi oleh DIBSA!

Hari Jumaat yang lepas (10 Julai 2012), DIBSA ada buat aktiviti jelajah tradisi dekat Muzium Negeri Terengganu. Apa itu DIBSA? Diploma In Business Study Association. Beberapa orang je dalam setiap part yang pergi. Macam part 1 ada 18 orang. First makan sarapan dulu kat depan kolej. Pukul 8 lebih macam tu baru bertolak ke muzium naik bas UiTM, hehe. Dekat jela, tak jauh pun. 

Erin, Farah and Ain.

Geng BM111 1A!

Dah sampai kat sana, berkumpul dekat depan satu rumah ni. Dalam kawasan muzium la. Besar wehhh kawasan muzium tuuu... Struktur binaan muzium tu pun lawa. Lawa yang teramat lah! Dah letak beg semua, masuk ke dalam muzium. Jalan jalan and baca lah apa yang ada dalam tu.

Berkumpul ramai ramai depan sebuah rumah, hahaha.

Tiket masuk muzium. Well~ Kanak kanak... Hahaha.



 Posing jap depan Galeri Petroleum. Masuk dalam ni tengok gambar je then bla. Tak sampai 5 minit pun.




Kejap je dalam muzium. Tak ada la best sangat tapi ok la, hahaha. Asalkan pergi kannnn... hihi. Then pergi berkumpul kat depan rumah tu balik. Then beratur mengikut jenis permainan tradisional yang kita masuk. Ada 5 acara iaitu batu seremban, congkak, dam haji, ceper dan boling kelapa. Ain dengan kawan kawan Ain letak nama kat boling kelapa. Mula mula nak letak nama kat batu seremban tapi bila difikirkan balik, konfirm la kalah awal kan, haha. Satu group 4 orang. Ain group dengan Farah, Erin and akak Rabia (part 2). Terbaik lah kteorang main!!!

Farah, akak Rabia and Ain.

Ready nak baling...


Sempat lagi tu nak peace, haha!




Team paling power! Haha!


Well~ Tengok lah siapa pemainnya so dah boleh tahu mana yang menang dan mana yang kalah, haha. Kteorang bertanding dengan 2 group yang lain. Sebenarnya kan... Ain main tak ada satu pun yang score, huahahaha! Asal nak baling, mesti kelapa tu menghala ke tepi. Siot je! Thanks to akak Rabia lah sebab dia yang buat banyak score and sebab itulah kteorang MENANG! Hahaha! Dah penat main, its time for lunch!


Sedap weh... Lapar punya pasal kan.


Lepas makan, solat Zohor. Lelaki solat Jumaat la. Lepas solat tu, sebelum nak tunggu aktiviti seterusnya, kteorang jalan jalan la sekitar luar muzium tu. Ambil gambar sana, ambil gambar sini. Besar oh... and scary pun ada, hehe.

Kapal ni lawa oh tapi tak ada masa nak naik sebab macam scary jer, hehe.

 Aku pun tak tahu apa yang aku cuba lakukan? Hahaha!

Now its time for explorace! Satu group ada 10 orang. Group Ain 5 lelaki 5 perempuan. Nasib baik semua kenal antara satu sama lain. Part 1 kan semua. Cisss mula mula nak start explorace, semua peserta dalam setiap kumpulan kena tiup tepung and ambil gula gula. Eeeee habis muka aku kena tepung. Termasuk dalam mulut la, yucks hahaha. Penat gila gila gila weh main explorace ni. Dah la muzium tu besar. Checkpoint pon jauh. Lari sana, lari sini. Sakit usus aku. Dah la aku minum air habis satu botol. Mana tak time lari dengar air berkocak dalam perut, hahaha!

 Sempot doh lari sana sini. Naik tangga, turun tangga. Naik bukit, turun bukit.

Disebabkan kumpulan kteorang kena tipu, maka dengan ini dengan rasminya kumpulan kteorang dapat tempat terakhir! Hahaha. Normal la kalah, adat pertandingan kan. Cehhh padahal dah menang time permainan tradisional tu so tak kesah sangat, hahaha.




 Dapat piala tuuu... Hahaha tak kisah la murah ke apa, asalkan ada. Kau ada??? Pembalut hamper digantikan dengan plastik Mydin pun jadi la~ Asalkan dapat makanan free, hehehe.

Group explorace.

*tunjuk piala*




Sampai kolej pukul 6 petang macam tu. Anyway best gila lah! Sangat best! Rugi siapa yang tak pergi, haha. Walaupun yang piala yang saya dapat tu murah, tapi berharga kot. I mean macam baru part 1 dah dapat piala daripada UiTM, hahahaha. Ayat terharu tak terkata, LOL! Kalau ada lagi aktiviti macam ni, nak pergi lagi lah, hehe.

Satu untuk Farah, satu untuk Ain dan satu untuk Erin, hahaha.

Jangan jelesss~

Ok lah, itu saja. Macam macam aktiviti yang Ain buat kat sini. Bulan Ramadhan pun dah nak dekat. So SELAMAT BERPUASA BAGI SELURUH UMAT ISLAM!

P/S: Nak tengok gambar lagi? Tekan SINI. Dan baca lah pasal aktiviti kayak yang Ain pergi tu. Tekan SINI

First time berkayak jumpa obor obor.

Hellooo... Ok Ain nak cerita pasal kayak. Cerita ni berlaku 7 Julai 2012 hari Sabtu yang lepas. Dah lama da cuma tak sempat nak tulis. Aktiviti berkayak ni anjuran Kelab Relex. Ain dulu pernah la berkayak tapi just saje saje je. Kteorang bertolak macam pukul 8 lebih. Alaaa dekat je dengan kampus. Bukan jalan kaki tapi naik bas UiTM, uuuuu~ Hahaha. Tempatnya boleh tahan la. Sampai sana makan roti dulu then exercise then baru kayak! Dibahagikan 2 kumpulan. Ain group pertama so kteorang pergi berkayak dulu. Ain naik kayak dengan Siti.

Excited nak pergi ni, hahaha.


Ain and Ainul.

Ni tengah tunjuk cara nak menyelamatkan diri ketika berkayak. Eh yeke? Hahaha.



Ainul and Nadia.

Cehhh mula mula naik tu rasa best... je. Yela jakun kan naik kayak dekat laut yang besar. Eh laut ke tasik? Hahaha. Paddle pon lajuuuu je. Padahal kteorang asyik last je, hahaha. Korang ingat tak jauh ke? JAUH GILA KOTTT! Nak pergi tu tak terasa la kepenatan dan kepayahan nak paddle tu. Time balikkk... ish ish ish... Hanya Allah saja yang tahu betapa susahnya aku dan Siti paddle untuk balik ke tempat asal. Ecehhh ayat, haha! 

Penat wehhh... Rasa nak naik je bot bot yang terbiar kat tepi tu. Cepat sikit balik. Maybe lawan arus kot sebab tu payah sikit. Asal nak ke depan, mesti kayak tu ke belakang. Siot gila! Dah la langgar tembok kat tepi, lagi lah menakutkan! Bila mintak pertolongan, semua buat tak peduli. Tak apa lah, forever alone kan~ Hahaha. Lepas dah sampai, bersihkan diri semua and tunggu group satu lagi pulang dari berkayak. Saya tak tukar baju sebab baju saya tak basah. Orang pro kan berkayak tanpa basah basah ni, hahahaha!






Ok its time to go home. Not my home but our home, UiTM di hatiku~ Hahaha.

Mira, Ain and Siti.




Tajuk tulis pasal obor obor tapi Ain tak cerita pun? Ok macam ni, pelik oh kat laut / tasik tu ada obor obor. Apa yang pelik? Yela... first time kot jumpa binatang tu! Tengah syok syok paddle, kanan kiri kanan kiri tetibe jumpa obor obor. Kecik je... Nasib baik tak kena gigit. Kalau tidak habis la~ Hmmm best memang best tapi penat gilaaaaaa. Hari keesokkannya bila bangun, perghhh bahu kuuuu... Sakit sakit. Dah la lepas balik daripada berkayak kena pergi Dewan Utama sebab ada pertandingan. Adoyyy saya sangat busy disini. Walaubagaimanapun, hahahaha BEST LAH! Tapi dah tak nak pergi dah, hahaha.

P/S: Semua gambar ini kepunyaan saya! Hahahaha. Ok, sekian~

Badan sihat, lemak pun kurang.

Nak tampil kurus macam saya? Hahahaha. Bersenam lah selalu! Itulah rahsianya! Ecehhh~ Ain pun pelik, bila masuk U ni kan, amboiii aktif bebeno. Masuk kelab itu, masuk kelab ini. Ada aktiviti sikit, mesti join. Bukan la hyperaktif tapi ada tujuannya kenapa saya aktif semacam. First of coz la nak kecikkan badan. K fineee badan saya memang dah kecik tapi... perut??? Bahahahahaha, ok dah diam. Dah lama tak timbang berat. Last hari tu timbang 44 kg. Howaaa jujur ok!

So kat sini Ain masuk 5 kelab. Sepatutnya 6 kelab but dah kena tersingkir time audition, so saya merajuk dan membawa diri lah, hahahaha. Audition apa? Audition berlakon teater la untuk kelab kebudayaan. Sebenarnya masuk kelab tu saje saje, tengok tengok kena audition. Hahahaha nasib baik tersingkir. Memang tak nak punnn... lalalala~ Kelab kelab yang lain seperti Kelab Minda Islam (wajib bagi part 1), Kelab Relex, Kelab Bowling, Kelab Bola Keranjang dan Kelab Futsal.

Setiap hari Isnin petang ada perjumpaan Kelab Relex and malam ada AQ anjuran Kelab Minda Islam. Kena baca Iqra'. Memang macam kanak kanak tapi ok la. Dapat pahala kan baca. Ain setiap petang main basketball. Tengok mood jugak lah. And setiap Rabu malam main futsal. Aktif kan? Yang bowling tu entahla, hahaha. Nahhh ini just random pictures and random stories. Baca la ok.

Semangat sangat nak main futsal lepas perjumpaan DIBSA, tengok tengok hujan lebat. Habis baju dengan kasut.


Bola keranjang ku~ Alaaa murah je sebab tu keras, hahaha.

Jarang sekali la kalau orang ajak Ain keluar, Ain cakap "TAK NAK...". Hahahaha tapi bergantung pada mood atau situasi la. Kalau bab bab bersenam ni, Ain laju je, hihihihi. Kadang kadang jogging keliling kampus. Dulu rasa macam jauh je tapi sekarang macam dekat.

Ready for jogging!

Ada something yang menarik berlaku di sini, hahahaha.

Adakah saya terer main basketball? Eh tak ada lah. Time petang ada la senior yang ajar kteorang main. Ajar cara nak baling, cara nak shoot. Besttt...

Main basketball pada waktu petang.

Kadang kadang je dapat shoot.

Hari Jumaat minggu lepas, Ain dengan team basketball pergi jogging ke Pantai Pandak. Cisss ingatkan dekat rupanya jauh jugak. Yela baru first time kan. Adoyyy nak tercabut rasanya kaki ni. Bila dah sampai pantai, hmmmm not bad lah jugak. Boleh la~ Rehat rehat jap kat pantai tu.




Balik semula ke kolej.

Ok itu lah aktiviti yang saya buat di sini. Best kan? Memang best! Jangan ingat orang yang rendah tak boleh main basketball. Jangan ingat perempuan tak boleh sepak bola. Hahahaha, tapi kan latihan fitness untuk futsal, perghhhh!!! Memang dahsyat gila ah. Memang skru dalam badan ni terus longgar, hahaha. Tapi memang best! Ada orang cakap, tak ganggu ke masa belajar kita? Eh NO lahhh~ Tak ganggu langsung! Kalau pandai urus masa, ok la. Ain pun tak ada lah selalu main, main bila ada waktu lapang je.

Nanti Ain updated pasal kayak pula anjuran Kelab Relex, hehehe. Ok lah, itu saja. Sekian~

Makan, makan dan makan :)

Hallu hallu~ Hahaha lama jugak tak berblogging pasal aktiviti harian ni. So today Ain nak cerita pasal MAKAN! Hahaha. Well saya kan dekat Terengganu so saya jenis yang suka jalan jalan dan makan. Normal la kan. Ok this is just random pictures. So first, we eat Pizza Hut. Keluar kolej around 8.30 pm. Hmmm agak lama la tunggu order. Biasa la kan service, huhu. Asalkan dapat makan dan balik sebelum pukul 11 malam!

Farah and Siti.

Mira and Ain.

Air ni sedap gilaaa!


Story makanan yang kedua. Actually nak pergi Secret Recipe, malangnya pakcik yang tukang bawak kereta tak tahu dimana terletaknya Secret Recipe tersebut. Ewahhh Bahasa Melayu tulen tuuu! Hahaha! So Ain dengan dua orang kawan Ain pergi la ke Astaka kat Syahbandar. Hmmm pon bolehhh~ Tak ada la menarik sangat, biasa biasa je. So kteorang pun makan la kat satu cafe ni. Ala ala macam Kopitiam la. Nama restoran tu ialah Killiney. Sedap weh sedappp! Hahaha!


Frosty Mango. Nyumm nyumm!





Harga pun not bad. Biasa la kan. So kteorang panggil Astaka a.k.a Alamanda. Lawa sikit nama. Astaka tu dah macam nama tempat berkumpul kat sekolah aku, kah kah kah! Then baru baru ni Ain pergi Secret Recipe. Akhirnya jumpa jugak. Elehhh padahal dekat dengan stesen bas jerrr~ Dah dua kali pergi, hehehe.

Iced chocolate with whipped cream.

 Spaghetti bolognese chicken meatballs.

 Aainaa and Farah.

 Aini and Ain.

 Chocolate sunda.


Maaf ada makanan yang Ain dah lupa namanya, hahaha. Perghhh rasa lapar pulok tengok gambar makanan ni tapi saya mohon jangan jilat desktop anda kalau anda terlalu lapar. Ok lah maybe itu saja. Line kat kolej ni kadang kadang lembab, kadang kadang laju. Ain pun tak faham. Puasa pun nak dekat so better makan makanan yang kita idamkan dulu. Eh? Betul ke ayat? Hahaha. Ok lah, sekian~

Budak kuat makan tapi berat tak naik. Terbaik kan??? Hahahaha!

Eh eh! Siapa pergi MTV worldstage 14 Julai ni? Hahahaha jom pergi sama sama! Tekan SINI kalau nak menang tiket free.