Meet my BM 111 1A :)

Hai... So today Ain nak story about kos apa yang Ain ambil di UiTM. Sebelum tu, sila la baca pasal yang MDS tu eh, hahaha. PART 1 dan PART 2. Ok, Ain kat sini ambil kos Pengajian Perniagaan or dikenali sebagai BM111. Ok la setakat ni belajar cuma subjek ACC 106 saya kena slow slow sikit. Yela, Akaun dalam english kot. Pening kepala otak, haihhh.

Suasana pembelajaran? Ok not bad. Setakat ni ok la. Kawan? Kawan kawan kat sini semua best best! Hahaha, maybe baru lagi kot. Lama lama entahla tapi fun la. Ramai jugak kawan kat sini. Kawan untuk bersuka ria semua, muahahaha! About my class, kos BM 111 ada 3 kumpulan. So Ain masuk dalam kumpulan 1A. Mula mula ada 28 orang but bila tambah budak budak baru datang, jadi lah 32 orang. RAMAI GILA KOT! 

 Yang ni gambar sebelum ada 32 orang.

Candid paling tak boleh bla.

Kalau tak nampak, sila la klik gambar itu ye. Time ambil gambar ni masing masing belum mengenali antara satu sama lain. Agak awkward sikit la. Ain tibai je duduk depan, hahaha. Kelas setiap hari Ahad hingga hari Khamis. Of coz la kan, adoyai~ Satu hari ada 1, 2 atau 3 kelas. Assignment? Hmm ada lah tapi tak banyak pun. Masih dalam proses untuk buat. *cehhh padahal...*

Hmm lagi apa eh nak cerita? Kang cerita banyak banyak ada pulak yang main perli memerli. Haihhh menyampah kot. "Kau" kalau dah baca blog aku, diam diam jela. Tak payah nak perli memerli. Ingat aku tak tahu ke? STALKER! *siapa terasa nasib* Biasa lah, hidup ni kalau tak ada orang yang meng-down-kan kita, tak sah kan? Kannn... Hahahaha! Ingatkan nak letak gambar bilik, meja and apa apa jela tapi memandangkan bilik terlalu kemas (untuk bahagian aku jela), tak jadi lah. Hahahaha kena tunggu kemas sikit baru tunjuk. LOL!

Kesimpulan: Hindari lah diri anda daripada masalah yang tak guna dan orang yang tak guna. Sekian~ *tak ada kena mengena*

Din Din Din... Oh Mydin...

Helloooo everyone! Hahaha as you know, kan saya berada di Terengganu sekarang ni. Bukan bercuti la tapi belajar. So cuti kat sana kan hari Jumaat dan Sabtu. Agak janggal sikit la bagi warga Selangor ni. Yela kteorang cuti Sabtu dan Ahad, hahaha. So kena la biasa kan. Macam biasa time cuti, Ain dengan roomates Ain and sesiapa jela yang nak ikut, kami akan pergi ke Midvalley paling best disitu! Ada wehhhh... Tak percaya? Midvalley a.k.a Mydin Mall. Asal cuti je kteorang pergi. Dah muak rasanya, hahaha. Pavillion best jugak kat sana. Pavillion a.k.a Giant, hahaha. Cehhh tukar nama sebab nak sedapkan hati, LOL!

Minggu pertama cuti, kteorang pergi ke Mydin untuk beli barang bilik yang tak ada lagi macam penyapu, makanan dan sebgainya. Pergi naik prebet. Macam tu eh eja? Hahaha. Ala ada orang tukang ambil la. Call jerrr~

Tengah tunggu orang ambil depan kolej.

Cuba bandingkan trolley yang penuh dengan tak penuh tu? Entah trolley siapa la kan, hahahaha!


With my roomates.

Ni tengah tunggu orang ambil kat depan Mydin, haha.

Again hari keesokkannya, hari Sabtu. Hellooo Midvalley! Penuh lagi satu trolley, hahaha. Ok lawak. Kali ni pergi Midvalley naik kereta sewa je. Arna yang drive. My roomate. Sesat sikit la tapi sampai jugak. Lepas habis shopping di Midvalley, kami pergi ke Sunway Lagoon. Hahaha ada wehhh kat situ. Sunway Lagoon a.k.a Pantai Batu Burok, hahahaha!









Best memang best tapi panas gilaaaaa. Aku rasa bila aku duduk kat Terengganu ni, makin hitam ada la. Yela dekat dengan pantai kan. Haba laut dia. Then minggu kedua cuti, againnn hye Midvalley! Hahaha. Amboiii Mydin kat Selangor ni berlambak, tak nak pula jejakkan kaki. Kat sana tiap tiap minggu, hahahaha! Trolley penuh dohhh hahaha. Tapi kali ni balik naik teksi. Ok la harganya.


So thats all about apa yang Ain buat time cuti. Kadang kadang duduk kat kolej buat kerja tapi lama lama rasa bosan jugak. Yela tak ada benda nak buat kan. Wireless UiTM ada tapi macam apa je, hahaha. So itu jela setakat ni tempat yang Ain pergi. Hahhh! IKEA pon ada dohhh kat sini... IKEA a.k.a Pasar Payang! Hahahahaha! Jangan tiru tau. Ini bahasa Ain dengan kawan kawan Ain, hahaha. Ok lah itu saja. Sekian~

Minggu Destini Siswa PART 2.

Sebelum anda baca PART 2 punya, baik anda baca PART 1 bagi yang belum baca la. Tekan SINI. Kalau dah baca, sila la sambung baca yang ini pulak ye, hehehe.

Ok hari Jumaat (8 Jun) hari paling best + awesome gila! Nak tahu kenapa? Jom baca sampai habis. Fyi, hari ni hari last bagi hari MDS so ada aktiviti yang menarik la. Time petang ada sukan and time malam ada malam kebudayaan. No taklimat for today, hahahaha!

 Dalam dewan.

So untuk malam kebudayaan setiap kos kena buat persembahan. Kena nyanyikan sebuah lagu dengan menggunakan loghat negeri. I mean macam loghat Terengganu, Kelantan, Sabah dan sebagainya. Nak tahu kos Ain dapat loghat apa??? LOGHAT NEGERI SEMBILAN! Hahahahaha! Lagu bebas so diorang ambil lagu bertajuk Muda by Hujan. So pandai pandai la kan tukar lirik semua dalam bahasa Negeri Sembilan tapi tak ada lah susah sangat. Biasa  je. Kami perlukan 20 orang so 10 lelaki dan 10 perempuan. Ain tak masuk pun, malas lah.

Pergi luar dewan and bincang ramai ramai.








Bukan bincang pasal malam kebudayaan je malah bincang pasal sukan. Cehhh "malah" tu aku guna, LOL! Sukan ni macam sukaneka la. Ada banyak game. Of coz la Ain masuk. Tak sah kalau tak main game macam kanak kanak riang ni.

 Budak perempuan kos Ain.


 Budak lelaki kos Ain.

 Ready for bersukan. Tengah tunggu pelajar lelaki habis solat Jumaat.

Pukul 2.30 petang macam tu, kami semua bergerak ke padang untuk main! Yeayyy! Hahaha! Saya kalau bab main main ni laju saje, hihihihi. Semuanya ada 6 permainan. Patutnya ada lagi 2 permainan tapi kesuntukan masa so terpaksa lah batalkan. Ain masuk 2 permainan.




Acara pertama ialah kain pelekat mu, kain pelekat ku juga. Lawak oh main permainan ni. Setiap orang kena ada pasangan then lari sama sama. Jauh kot kena lari. Dah la padang lecak gila. FOR THE FIRST TIME KOT LARI DEPAN RAMAI ORANG + LELAKI. Yela selama ni sekolah perempuan je kan. Lari pon lantak lah macam mana gayanya kan. Ain lari dengan Arna. Pelari no 2. Not bad ah kteorang lari. Laju gilossss hahahaha! Mula mula peserta lelaki dulu yang lari. Mereka dapat tempat pertama. Then baru peserta perempuan. Kteorang dapat tempat ketiga. Boleh laaa~

Peserta yang masuk acara, "kain pelekat mu, kain pelekat ku juga". Hahaha tapi ni guna batik.

Sebelum nak lari. K nervous gila. First time ok!


Haishhh tu la main lagi lari lari. Lari kat lecak pulak tu. Hahahaha! Habis kotor.




Meet Fariha. Dia dulu sama sekolah dengan Ain time form 1 - 3. Tak sangka jumpa dia. Senang sikit ada kawan nak gelak macam hantu, muahahahaha!



Ni acara tarik tali. Mula mula dah kalah mati. Pelajar lelaki jela yang main.


Ain ada masuk lagi satu acara iaitu getah dan straw tapi dapat tempat yang terakhir. Eeeee bukan salah saya ok. Salah yang lain sebab lambat sangat. Permainan yang lain macam hantu gula gula, perah air dalam botol dan apetah, lupa plak hahaha. Seriously HARI PALING AWESOME LAGI AWESOME! Hahahaha meriah gila tahu tak! Dah macam sukan tahunan. Masing masing buat sorakkan mengikut kos. Best gila ah!

Sementara sesetengah pelajar tengah syok bermain, ada yang sesetengah pelajar pergi practise untuk malam kebudayaan. Practise nyanyi lagu loghat Negeri Sembilan tu la. Sukan tamat pukul 6.30 petang macam tu. Then balik, mandi, solat Maghrib dan Isyak. Pukul 9 malam berkumpul di dalam dewan untuk malam kebudayaan.



Jom balik kolej! Mandi mandi!

Best la jugak malam kebudayaan ni cuma Ain tak suka ah tempat duduk ni. Dah sedap sedap duduk menghadapan pentas tetiba kena tukar sebab apetah. Last last dapat tempat yang menghadap tembok. Terima kasih lah dohhh. Alaaa tapi time mereka wat persembahan, Ain main menyelit je mana mana, hahaha. So for the result, for sukaneka, our group dapat... TEMPAT KEEMPAT! Yeayyy hahaha! Asalkan ada hadiah. And for persembahan nyanyian, our group dapat... TEMPAT KETIGA! Yeayyy hahaha! Ingatkan dapat no 1 tapi tak apa lah. Semua best best and lawak lawak, hahaha.

Lepas dah habis semua, its time for salam salaman dengan semua kakak kakak dan abang abang yang selama seminggu menjaga kami time orientasi. Dah salam tu, ambil makanan and ambil gambar la. Ain baru je nak ambil gambar dengan hamper (hadiah yang baru menang tadi) tapi semua conquer dohhh. Nyampah aku. Elehhh tak apa lah, lain kali aku pergi Giant, aku tangkap dengan SEMUAAA HAMPER kat situ, habis cerita!

Inilah penguhulu and penghuluwati kami time MDS. Hahaha si penguhulu tu orang panggil dia Awan Nano tapi rambut dia dah dibotakkan so orang panggil dia Lolipop. Hahaha, tak ada kena mengena!

GROUP BM 111 PART 1 2012 !!!
Ok itulah sedikit sebanyak pasal minggu orientasi saya di UiTM Kampus Kuala Terengganu. Sebenarnya cerita ni minggu lepas punya tapi tak ada masa kan nak berblogging ni. Terima kasih la sudi baca. Goodbye for now~ Sekian~

Minggu Destini Siswa PART 1.


Ok today Ain nak kongsi cerita pasal apa yang berlaku sepanjang orientasi (2 Jun – 8 Jun) Ain di UiTM Kampus Kuala Terengganu di Chendering. Start dari awal ok. Kami semua (family Ain, dan nenek Ain) tidur satu malam kat Hotel Felda Resident. Time pagi pagi tu, fuhhh nervous kot nak pergi. Dah la kena datang pukul 8.30 pagi macam tu. Lepas breakfast terus pergi UiTM tu. Actually hari sebelum nak daftar, Ain dah pergi tengok dah kawasan UiTM tu. Hmmm boleh la dikatakan sesat bagi orang yang kali pertama pergi, hahahaha! Normal la tu~ Cehhh ingatkan istana tu UiTM, rupanya??? Huahahahaha. Shhh~ One word, “SEKOLAH”. 

Pendaftaran mudah and senang gila. Datang, pergi kat satu meja ni and terus ambil kunci bilik. Ala macam drive thru la. Bilik Ain tingkat bawah, dekat dengan tandas and dekat dengan mesin basuh, hew hew hew.Malangnya katil saya tingkat atas, haishhh. Yela mana boleh cop. Dah no almari, meja belajar and katil semua dah tertulis kat kunci so kena la ikut. Saya benci sangat katil tu sebab banyak habuk. Sampai sekarang kot ada, ishhh! Lepas dah letak barang and kemas semua, boleh keluar kejap bersama keluarga. Kena balik semula kat sini sebelum pukul 4 petang. So pergi la Mydin beli barang yang tak ada.

Hah! Ada satu peristiwa sucks yang berlaku pada hari itu. Macam @#$%^&* je. Haihhh adik adik Ain ni, memang nak kena penendang jarak jauh la. Macam ni, perfume Ain yang dalam botol plastic tu Ain letak dalam beg. Ada phone semua la. Nak tahu tak, adik Ain pergi lompat Ain terpijak beg Ain. SO? BOTOL PERFUME AKU PENYEK AND HABIS LA MUSNAH SEMUA BARANG YANG ADA DALAM BEG TU. Lagi lagi phone dohhhhh! Dah la baru je beli phone tu tak sampai 3 bulan macam tu. Siot doh… First day dah tension tahap gabang. Of coz ah nangis doh. Habis basah tudung aku, haha. So phone Ain tu memang dalamnya dah rosak gila gila ah. Tak boleh dibaiki LANGSUNG!!! Korang sakit hati tak bila phone yang korang baru beli tetibe rosak sebab masuk air ke apa? Sakit hati kan? Sebagai jalan penyelesaian, ayah saya beli phone baru untuk saya. Sama jenama and sama bentuk. I mean macam sebijik la. Haihhh hati aku masa tu entahla. Macam nak tak nak. Yela kesian kot kena keluarkan duit semua. Yup saya seorang yang jimat sikit. Saya tak suka tengok ayah saya keluarkan duit banyak banyak sebab nak beli benda bangang je. Eeeee kalau adik aku tak pijak beg aku memang semua ni tak akan berlaku! Eeeeeeeeeeeeeeee bengang gila! Tapi taka pa lah. Tak ada maknanye ada hikmah disebalik benda ni. Ni semua macam siot je, puihhh puihhh hahaha. Ok dah dah. Kang bengang lebih lebih pula. So Ain sambung cerita semula.

SABTU 2 JUN
Ok dah pukul 4. Kena masuk semula ke UiTM. Elehhh saya tak nangis la sebab tadi dah nangis dah pasal phone, hahaha. Lepas ibu bapa kita pergi tinggalkan kita, sob sob, kami semua kena beratur depan kolej. Lepas tu jalan pergi berhimpun depan Dataran Ilmu. Macam tapak perhimpunan la mengikut kos. So siapa yang duduk depan sekali akan jadi ketua kumpulan. Macam tukang kira berapa jumlah orang la dalam satu barisan. So kerja saya hari hari bila beratur, saya mesti kira berapa orang dalam satu baris. Wahhh tak sangka doh jumpa kawan yang datang dari sekolah yang sama. Dah la sama kos. Hahaha best best baru ado geng. Lepas habis dengar taklimat MDS, kteorg semua pergi surau untuk solat Maghrib and sampai Isyak. Lepas tu masuk dewan.

AHAD 3 JUN
Second day at here. Boleh la bangun pukul 3.30 sebab pukul 4.30 dah nak kena ada di surau. Sebelum pergi surau kena beratur depan kolej. Cehhh baru first day kan bangun awal so semua awal, tepat pada waktunya la. Selepas solat Subuh, makan pagi. Then duduk dalam dewan. Hari ni kena buat kad pelajar semua. Hahaha aku senyum menggigil doh. Maybe nervous sangat, LOL! Tapi kad belum siap lagi la. Nanti kalau dah siap, Ain tunjuk ye hahaha. Then makan tengahari dan lepas tu solat Zohor. Habis solat ulang balik aktiviti sama bagi sesiapa yang belum lagi buat kad pelajar and daftar fakulti semua. Pastu solat Asar. Its time for riadah! Hahaha semput doh lari keliling kampus. Walaupun dalamnya kecik, nak lari sekitarnya memang penat ah. Dah macam merentas desa plak. Selesai riadah, makan malam terus and solat Maghrib and terus solat Isyak.




ISNIN 4 JUN
As usually aktiviti sama je. Tak limat, taklimat and taklimat. Makan, makan and makan. Satu hari 4 kali saya makan. Makan pagi, tengahari, malam and tengah malam. Pakej la semua. Terus terang la saya makan mana pernah habis. Habis pon kalau tengah lapar. Taka da selera lah. Then petang ada senamrobik. Best jugaklah, hahaha. Penat pon ada.

Tengah poco poco, haha!


SELASA 5 JUN
Hari ni ada hari perasmian Minggu Destini Siswa (MDS). So seluruh UiTM di Malaysia ini dikehendaki memakai tie dan tudung yang disediakan. Tak suka oh tudung tu macam sakai, hahaha. Seluruh UiTM akan saksikan perasmian secara langsung oleh Naib Caunselor di UiTM Shah Alam. Ok lahhh but part paling lawak time ikrar. Kami semua (UiTM Kampus KT) kan tengok secara langsung melalui screen besar then time orang sana (UiTM Shah Alam) tengah baca ikrar, kteorang rileks je tengok padahal kena ikut sama sama baca ikrar. Bila rangkap ketiga baru semua bangun angkat tangan, hahaha. Sengal doh. Ain paling suka time nyanyi lagu UiTM and so on. Memang kuat and semangat!

Ahhh tak suka pakai tudung lembik dia!

 Pukul 4 pagi.



RABU 6 JUN
Hmmm hari ni agak banyak la saya tidur time dengar taklimat sampai kena kejut 3 kali, hahaha. Ngantok gila doh. Yela bangun awal gila macam 3.30 pagi sebab pukul 4.30 pagi dah kena berkumpul depan Kolej Kerawang (tempat kami tidur). Then duduk dalam surau untuk solat Subuh. Dah habis solat Subuh tu macam pukul 6.20 pagi, kami semua boleh tidur kejap sampai pukul 7 pagi. Tidur dalam surau la. Hahaha semua muka letih je. Time petang patutnya ada lawatan melawat kampus tapi hujan so dengar taklimat jela. Time malam, selepas solat Isyak ada menonton wayang bersama sama dengan… ok saya lupa hahaha. Tengok wayang dalam dewan je cerita 3 idiots. Saya tak tengok sangat sebab dah pernah tengok banyak kali kan. So saya apa lagi, online and tidur jela. Hahahaha k sengal.

Tengah tunggu orang habis solat.

KHAMIS 7 JUN
Macam biasa lah aktiviti. Taklimat je memanjang. Errr kena pakai tudung purple tu lagi. Tak best kot, hahaha. Then malam lepas Isyak ada satu segmen ni macam ceramah kesedaran la. Seriously doh aku tak faham apa ustaz tu cakap. Tetibe je bagi ceramah. At least perkenalkan la diri dulu and topik. Ni terus ceramah, mana la nak faham. Pastu ada la part ni ustaz tu cerita and ada lah segelintir yang menangis. Yela sedih kan. Ain??? ye saya pon nangis tapi tak ada la over. Hmmm overall boleh la ceramah tu.


Hahhh..... Panjang jugak kan saya membebel? Yela tulis pasal orientasi selama seminggu. Btw belum habis lagi, hahaha. Ada lagi pasal hari Jumaat punya. Nak baca PART 2 punya??? Klik SINI ok. Sekian~