Penantian selama 3 tahun sudah berakhir :)

Assalamualaikum :) Alhamdulillah, tamat sudah sesi diploma sekian 3 tahun berhempas pulas, ewah haha. Perasaan saya? Haha gembira sangat sebab dah habis belajar dan sedih pun ada sebab nanti dah tak jumpa kawan kawan Ain yang tinggal di Terengganu dan Pahang, sobs.

Ain punya last day 17 April 2015 hari tu. Time tu exam International of Business. Dalam kepala otak asyik nak cepat habis je padahal paper tu adoiii hahaha. Semoga result Ain lulus untuk menamatkan zaman diploma pun sudah cukup, amin~

 Muka lepas keluar dewan. Senyum je lebih padahal...


Lepas dah ambil gambar depan dewan, pergi ke foyer kolej pula untuk ambil gambar dengan kawan sekelas. Tapi tak complete la semua ada. Maybe ada yang rushing nak kemas barang dan balik kot.

 BM111 A girls.

 BM111 A - Diploma in Business Studies.

 Ain, Tasha, Bella dan Aisyah.

 Aqil, Ain dan Zakuan.

 Tadaa~ Inilah dia kelas BM111 A start dari tahun 2012 sampai 2015
Tak complete satu kelas sebab ada yang dah balik.

Jadi Ain nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada korang semua sebab sudi berkawan dengan Ain dan macam macam ragam yang Ain kenal. Walaupun ada gaduh sikit, itu normal lah dalam adat berkawan. Ain pun minta maaf kalau sepanjang 3 tahun kita berkawan ini, ada yang terasa or terguris hati minta maaf banyak banyak lah. Kita ini manusia biasa, mana boleh puaskan hati semua orang. Walauapapun terjadi, terima kasih kerana menyerikan kelas dari semester 1 sampai lah ke semester 6. Last but not least, goodluck for your result and enjoy your time! Kalau panjang umur, kita jumpa lagi kat degree ye, hehehe. Muah muah!


Siapa kata takkan rindu time zaman belajar? Rindu memang rindu tetapi hidup ini perlu diteruskan. Biar tinggal kenangan sahaja. Sepanjang 3 tahun ini juga, banyak juga yang Ain belajar dari segi kehidupan, pelajaran, sifat berkawan, dan banyak lah! Tipu lah kalau tak ada hari yang naik turun kan? Ain rasa semester terakhir ini semester yang buat Ain rasa perit sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana Ain menjalani kehidupan Ain. Bila kita sedih, kita dalam kesusahan, tak semua orang faham apa yang kita rasa. Hopefully apa jua benda yang berlaku, ada hikmahnya. Hidup ini pun kena ada dugaan juga kan? Ain cuma minta yang perjalanan hidup Ain dipermudahkan. Apa yang Allah dah tentukan untuk kita, kita mesti akur. Mungkin ini yang terbaik untuk kita, saya dan awak :)

Akhir kata, minta maaf dan semoga kita semua berubah ke jalan yang benar, Amin~ Sekian~

First time masuk tournament!

Hellooo fuh fuh *tiup habuk kat blog* hahaha! Lama gila tak update blog ni! Dah macam krikk krikk haa. So hai semua :) Hari ini Ain nak kongsi apa yang Ain buat iaitu masuk tournament badminton! Hahaha aduh dah la Ain ni lembik bab pukul memukul, tup tup masuk tournament pulok dah.

Dulu Ain tak reti sangat main badminton. Tapi bila petang petang dah selalu main dengan kawan kawan, dah power sikit. Sikit jela, hehe. Masuk tournament pun sebab saje saje je. Lagipun sikit je yang join, ni under U punya tapi skit je yang join. Of coz la masuk dengan kawan kawan Ain. Lawan pun antara diorang je, hahaha and ada la lagi team (total 6 team untuk perempuan).

Lepas selesai solat Jumaat, dalam pukul 2.30 petang, gerak la ke tempat nak lawan. Dah la pagi tu ada Test Entrepreneurship! Mana tak pening kepala sebab tak cukup tidur! Tup tup kena main! Tapi ok la lawan lawan ni. Satu jela nak cakap, jangan disangka air yang tenang tiada buaya a.k.a jangan disangka orang yang kita anggap tak terer, boleh jadi terer woi! Perghhh! Orang yang berumur (staff U) pun ada main jugak. Diorang punya smash, perghhh kalau kena kat lubang hidung Ain, memang lagi berlobang besar agaknya, hahaha.

Lawan punye lawan, its ok, rezeki sampai takat itu sahaja. Anyway, good job everyone! And also my teammates.

 Ain dan Farah kecundang hahaha.

 Tasha dan Erin suku akhir, woots woots~

 Hanis dan Arna suku akhir, uuuuu~

 Geng badminton :)

Muka kepenatan lepas bermain.

So kepada yang masuk pusingan suku akhir, break a leg bebeh! Kasi smash itu pihak lawan (walaupun korang akan lawan sesama sendiri)! So walaupun saya kecundang but what a great experience! Ok, tata dan sekian~

Teater Dibawah Lindungan Kaabah.

Hello... Ok secara ringkas sahaja Ain nak bercerita tentang teater yang bertajuk Dibawah Lindungan Kaabah. So far ok jela. Ada sesiapa yang dah tengok kat Istana Budaya? Ok. Ceritanya boleh tahan lah. Menguap tu biasa lah, haha hmm. Ada Adi Putra, Nasha Aziz, Fizo Omar, Yasmin Hani, Elfira Loy dan banyak lagi lah.

Nah jemput tengok gambar. Ain pun tak tahu apa yang hendak diulaskan, haha. Ain dah tengok teater ni sudah lama. Minggu lepas. Baru sekarang nak post, hahaha tak guna.

Patung je der.

With uncle, aunty and cousins.



Masuk ni dah 4 kali la Ain tengok teater. Best weh! First teater yang Ain tengok ialah Impak Maksima The Musical. Second is Lat Kampung Boy The Musical and third is Gerimis Mengundang The Musical.

 Pun jadi weh ambil gambar dengan patung Fizo Omar.

Ceh, siap sandar lagi kat patung Adi Putra, hahaha!

Tak sempat pun bergambar dengan artis artis sebab dah lewat malam dah. Kena pulang dulu. Tak kecewa pun sebab...















Tadaaa~


Hahahahaha, kau ado?!

K sekian~

Instagram

20 tahun dah weh!

SELAMAT HARI JADI yang ke 20 pada 30 April yang lepas! Hee~

Assalamualaikum dan hello para bloggers. Wah... Lama Ain tak update blog. Rasa rindu! Buat masa sekarang, Ain tengah cuti semester so ada masa ni, saje je jenguk jenguk blog, hehe. Jadi secara ringkas, saya bersyukur kerana sudah 20 tahun bernafas di muka bumi ini. Tidak mengapalah kalau tak tinggi, asalkan awet muda berkekalan, hahaha.

Hmm Ain lihat blog Ain semakin hambar so ingatkan nak buat segmen seperti blogwalking or bloglist. Ada sesiapa berminat? Kalau berminat, tunggu ya!


Do LIKE and FOLLOW, thank you. Sekian~
Instagram