Pre-Convocation at Dungun, Terengganu.


7 November 2015 (Sabtu)

Dah lama Ain nantikan saat saat memakai jubah dan topi untuk konvo dan akhirnya!!! Wohoo~ Tahniah kepada diri sendiri haha. Time diploma dulu, Ain belajar di UiTM Kampus Kuala Terengganu kat Chendering so konvokesyen Ain dibuat di Terengganu jugak lah. Ain gerak ke sana hari Jumaat petang dari rumah then stay satu malam kat Kuantan. Pagi Sabtu baru gerak ke UiTM Dungun. UiTM Dungun ni main kampus lah so pelajar dari UiTM KT dan UiTM Bukit Besi, konvo kat sini jugak.

Excited gilaaa kot! Lagi excited dapat berkumpul dengan classmates time diploma dulu. Lepas rindu! Tapi tak semua ada hmm. Sampai kat UiTM Dungun, dah ambil jubah semua, so bermula lah sesi photoshoot untuk pre convo!



Dah habis photoshoot tengah panas, masuk ke dalam dewan pulak. Ada sesi raptai. Habis je raptai, sambung lagi photoshoot hahaha.

 Geng Karisma 2013 hahaha.




My BM111 1A - 6A. Love you guys forever!

Kelas Ain total 30 orang tapi yang ada dalam gambar sikit je hmm. Takpelah, tak ada rezeki nak tangkap gambar satu kelas full. Selesai je photoshoot, kteorang pergi makan nasi ayam. Nyumm nyumm!

Farah, Ain dan Erin.

Habis makan semua, balik ke tempat penginapan masing masing. Tak sabarnya nak naik pentas esok! Hahahaha! Cepat betul masa berlalu. Terasa diri ni sangat tua dan dah boleh kahwin hahaha.

So next entry pasal Convocation Day! Nantikan... Sekian~

I am offically graduated from Diploma of Bussiness Studies.

13 comments:

Ce komen ce komen :)