Berhabuk sudah blog saya :(

Assalamualaikum para bloggers dan pembaca! Wahhh sudah berbulan bulan Ain tak update ini blog. Bukan apa, Ain terformat blog then habis blog Ain jadi buruk. Ce tengok... Dah jadi simple balik kan? Hmm sobs sobs. Nak edit tapi tak reti pulak. Sebab itulah Ain dah lama tak update. Sedih rasanya. So now, I am back! Lantak la buruk ke apa. Yang penting, Ain just nak share apa yang berlaku sepanjang bulan Julai sampai sekarang, November! Haa kau, lama kot! Hahaha so mari kita refresh balik memori memori dulu.

Ain baru sahaja tamat semester 3 bulan Oktober 2013. So now Ain nak share apa yang berlaku sepanjang semester 3. Kita start dari...

Photoshoot kelas BM111 3A - 5 Julai 2013

Hahaha sepanjang semester 3 berlangsung, baru post ni kau update Ain? Lawak lawak. Nahhh TEKAN SINI kalau nak baca.




Event Ladies Night with Diana Amir - 7 Julai 2013

Diana Amir datang ke UiTM Kuala Terengganu untuk bagi speech. Best weh besttt hahaha.



Mock meeting (MGT269) - 16 Julai 2013

Untuk subjek MGT269, kami kena buat ala ala meeting. Best gila weh! Hahahaha. Well I am the CEO, hihihihi. Ada title "Dato" uolssss~ Masing masing memang serious lah time meeting. Kami buat meeting pasal annual dinner.


My team.


Berbuka dan bersahur di kampus - 20 Julai 2013

Event ini dianjurkan oleh pihak kolej. Jadi semua pelajar semester 3 kena masak dan hidangkan juadah untuk bersahur. Anda bayangkan pukul 2 3 pagi memasak beramai ramai di kampus? Hahahaha letih weh letih! Tapi seronok la juga.

Waktu berbuka.

Waktu bersahur.

Berbuka puasa bersama BM111 3A - 27 Julai 2013

Imbas balik time berbuka puasa dengan rakan sekelas di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu. Memang tempat wajib lah setiap kalau bulan puasa, hahaha.








Arna birthday - 26 Ogos 2013

First time weh kami semua buat kotor dalam tandas! Hahaha! Ain ingatkan biasa biasa je, sekali... Haa kau! Bersepah tepung + telur + kaler pembancuh kek, apetah haha. Last sekali, masing masing buat kerja amal dalam tandas, LOL! Tapi best ah... Nasib tak kena tangkap dengan JPK, hihihihi.


Then celebrate Arna birthday at Secret Recipe. Btw she is my roomate and classmate also. Tiga sem weh roomate sama! But semester akan datang, she will not be on my side anymore. Hmm anyway thanks for this 3 sem! I always will be there if you have problems, ok? Hahaha sedih weh sedih!




Sambutan Mega Raya - 28 Ogos 2013

Sambutan Mega Raya ini dianjurkan oleh pihak kolej. Makan free weh! Semua comel handsome berbaju kurung dan melayu.


Tayangan video arab (BAB101) - 6 September 2013

The best moment ever! Untuk final project BAB101 iaitu Bahasa Arab, kami kena buat video. Ala kena berlakon semua tapi dalam Bahasa Arab. Hahahaha susah memang susah tapi seronok sangat! Masing masing tunjuk bakat dalam lakonan. And the best moment is KAMI MENANG TEMPAT KETIGA! Wohoo~ Hebat tak? Padahal berlakon pandang skrip, kahkahkah! Thanks ustaz dan para juri!


Cerita kami bertajuk Si Tanggang UiTM. Hahaha ce teka siapa jadi Tanggang? Hihihihi.


BBQ bola tampar (HSK225) - 25 September 2013

Ini adalah koko terakhir kami. Sepanjang dua sem main bola tampar, tak juga reti. Hahahaha, asal pukul mesti terkeluar gelanggang.



Steamboat - 28 September 2013

Ini just santai santai. Dah menang kan time video arab tu. So duit yang kami dapat, kami celebrate!

____________________________________________

Ok ada sesetengah gambar yang ada watermark and ada yang tak ada. Yang tak ada tu, Ain ambil daripada Instagram Ain sendiri. Semua tarikh tarikh itu adalah benar, hahaha. Ain memang akan buat file gambar sekali dengan tarikh. Hmm actually banyak lagi tapi itu sahaja yang mampu Ain kongsikan. Itu antara yang penting sahaja lah.

Anyway, my final exam was just fine. Not so hard. And result final pun dah dapat. Alhamdulillah, pointer meningkat setiap semester. Syukur~ So sampai sini sahaja lah Ain cerita pasal semester 3. Akan datang, cerita pasal semester 4 pula. Nantikan! Hehehehe! Btw, semester baru bermula 24 November 2013.

Muka muka lepas habis final exam! Goodbye semester 3! Hello semester 4!

Nantikan post seterusnya. Kalau Ain rajin lah hehehehe. Sekian~

8 comments:

  1. part steamboat tu buat fae laparrr

    ReplyDelete
  2. saya pun da lama xupdate blog...huuhu

    ReplyDelete
  3. wah banyak pics :D hehe..

    jom join my giveaway
    namesherry.com
    www.whateverygalwant.info

    ReplyDelete
  4. singgah untk folow, ain..meriahnyerrr, suke2 tgk pic memory kalian, bestnyer..meh lah dtg blog sy pulak, kenal2 ngn rakan blog sy pulak,

    p/s..folow me back dear

    ReplyDelete
  5. good luck utk sem4

    jemput join segmen
    http://talkdramalove.blogspot.com/2013/11/segmen-2-juara-mengomen-by-tiera-nordin.html

    ReplyDelete
  6. seronoknya byk aktiviti..bestnya..wahhh..:D
    jeles tgok..:D

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum

    mintak maaf sangat2 sebab lambat bloglisted kan awak . huhu boleh rujuk post ini kiranya pleasee :( maafkan saya yea

    http://theflickerdoodles.blogspot.com/2013/11/bloglist-lullas-giveaway-maaf-sangat2.html

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)