Selamat Tinggal Selangor... Selamat Datang ke Terengganu!!!


Hah... tengok gambar di atas tu. Tu baru sikit, ada lagi yang belum dimasukkan, hahahaha! Adoyyy banyak benar Ain bawak. Entah larat ke tak nak angkut sana sini. Beg tarik 2 buah. Beg sandang 2 buah sebab satu tu beg laptop. Bantal 3 dan ada la beg plastik semua, paperbeg and macam macam lah. Hmmm jauh la jauh la hahahaha. 

Hopefully saya ok ok saja. Tak ada rasa nak balik ke apa. Ain ok je cuma kalau Ain rasa tertekan, Ain akan rasa nak balik hahahaha. Saya sensitif sikit. Lepas ni dah tak boleh la cakap dengan dinding kalau ada masalah. Kalau cakap kang orang dengar LOL!

Saya akan sambung belajar di UiTM Kampus Kuala Terengganu di Chendering. Kos yang saya dapat ialah Pengajian Perniagaan. Harap saya boleh belajar dengan tenang. Susah memang susah but hopefully ada lah kawan kawan baru yang sudi ajar saya, amin~ Ok lah doakan saya selamat di sana. Saya tamatkan entri saya disini saja. Kalau ada masa ke, Ain updated la apa apa. Nantikan ok! Sekian~ Assalamualaikum.

Peace yawww!

Family Day di Cameron Highland.

Hari Ahad lepas (27.5.12) keluarga sebelah ayah Ain ada buat family day kat Cameron Highland. Sebelum ni dah banyak tempat dah buat macam Pulau Pangkor, Melaka, Port Dickson, Janda Baik, Kuantan, Bukit Merah and banyak lah lagi. Setiap tahun mesti buat dua kali. Kalau time bulan 5 6 cuti sekolah just buat outing jalan jalan. Kalau time bulan 12 baru buat besar besaran macam ada sukaneka dan sebagainya. So kali ini buat kat Cameron Highland. Patutnya 3 hari 2 malam tapi disebabkan mak Ain yang baru balik dari Tokyo pada Sabtu petang, jadi kteorang duduk sana 1 malam je. Family Ain jela pergi hari Ahad. Family yang lain pergi hari Sabtu.

Kteorang (family Ain) bertolak pukul 3 pagi hari Ahad. Yela Cameron Highland jauh kot. Perghhh pening kepala otak den kona sana sini. Dah la laju hahahaha. Sampai pukul 6.30 pagi macam tu. Dah masuk bilik, pukul 7 keluar jogging then breakfast. Lepas breakfast baru gerak pergi ladang teh beramai ramai, haha.



Yang menarik kalau pergi tempat ladang teh ni, Ain suka pergi cafe dia je untuk makan. Hahahahaha! Pemandangan lawa lawa la. Ain dah pernah pergi so tak kisah sangat la, huhu.







Ini lah makanan paling saya suka bila datang sini, mushroom soup!!!

Lepas melawat ladang teh, pergi Butterfly Farm pulak. Dah pernah pergi so tak hairan la tengok rama rama, hahaha. Tapi tak ada lah banyak sangat, sikit je. Ada jugak binatang yang lain and bunga bunga.

Model rama rama, hahaha!

Lepas tu pergi lunch. Ain and cousins yang kecik kecik pergi KFC. Saya yang belanja..... guna ayah saya punya duit, hahaha. Lepas makan baru lah bebas nak pergi mana mana. So family Ain and cousins pergi ke Strawberry Farm. Yang lain dah pergi semalam cuma kteorang je tak so nak pergi la. Hmmm nyumm nyumm sedappp!!! Hehehehe.





Strawberry sundae.

Waffle strawberry.

Malam ada dinner. Kteorang kalau buat dinner mesti kena ada tema pakaian. So tema pada malam tu ialah batik. Huhhh memang aku last minute fikir lah nak pakai apa last last tibai jela. Lantak la orang nak ketawakan ke apa. 


Sambutan Hari Ibu.

Sambutan hari jadi bagi yang lahir pada bulan 4, 5, 6 dan 7.



Kadang kadang kan, benda yang kita tak sangka akan terjadi mesti terjadi. Hahahahahaha lawak doh! Aku rasa pakaian aku dah macam TERlebih tema. Dah macam orang nak buat dikir barat. Yela gara gara last minute punya idea kan. Ingatkan ada orang lebih hebat rupanya ada yang tak pakai and ada yang biasa biasa je.

 Errr tak kisah ah korang nak gelak ke apa. Sakai dohhh. Muka terpaksa kena pakai, hahaha.

Jangan ingat kalau pakai lawa lawa ni tak ada hadiah. Adaaa... hahaha. Ada 4 hadiah untuk pakaian paling terbaik. Hahaha, Ain memang tak jangka la kan akan menang *dalam hati cakap ye*. So a ah saya menang dapat sampul dalam tu ada wang tunai, haha. Lepas ni boleh belanja sakan la dengan dapat hadiah SPM lagi, hehehe.

 Ini hadiah SPM. 

 Ini hadiah yang best dress tu. Sila hiraukan perkataan children tu. Hahahaha!



Anyway seronok la. Hari keesokkannya semua check out awal sebab takut jem. Sebelum nak balik tu singgah lah kat pasar beli strawberry semua kan. Hmmm best best. Ok lah, itu saja untuk para pembaca blog saya. Gambar gambar ni banyak sumber sebab ada dari lain lain camera sebab tu ada kualiti yang ok ada yang tak, hahaha. 

Dan esok saya dah nak berangkat ke Terengganu, huhu. Bukan bercuti tapi pergi belajar la. Ain akan masuk ke Uitm Kampus Kuala Terengganu di Cendering. Sabtu ni baru daftar. Hopefully semua ok ok la kan. Saya tak suka nangis nangis ni. Saya kalau nangis pon bila saya stress atau sakit, hahaha. Ok lah, bye bye~

AWESOME FAMILIES!!!

TUTORIAL: Pasang CCTV Dalam Blog.


Hah... kalau anda tengok sesetengah blog, kat atas sekali mesti ada CCTV kan? Alaaa macam hiasan jela tapi menarik kan? Kalau tengok lama lama mesti pening, haha. Nak try jugak? Jommm...

STEP 1: Go to Dashboard >> Layout >> Add Gadget >> HTML/Javascript

STEP 2: Copy kod di bawah ini dan paste kan.
<a style="display:scroll;position:fixed;top:0px;right:0px;" ><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaapgSq8VI_gI3mU5_yYZdHGh997SD3JZCBTFOFwQMK_ja3uAO89HaI20JcuLHuiAis4voBcg2-lTj-3U3lQ745Ihcf8u56uhf0k3ww7vFkLZOIG76xI5hEIw6keI1nNafHA0Z42k5rTw/s1600/cctv.gif" /></a>

STEP 3: Save! Tadaaa~ Dah jadi...

Nak lagi??? Tekan TUTORIAL ok!

TUTORIAL: Background Link Hover.

Nyumm nyumm!!!

Apa itu background link hover? Rujuk gambar di bawah ini. Apabila anda menyentuh link, ia akan jadi macam tu la, hehe. Nak buat? Jommm...


STEP 1: Go to Dashboard >> Template / Design >> Edit HTML *tick expand widget

STEP 2: Tekan Ctrl +F and cari kod ini 

a : hover {

STEP 3: Copy code di bawah ini dan paste kan kat bawah code tadi.

background: #2554C7;
border-radius:3px;

Atau anda tak nak gunakan warna, boleh juga digantikan dengan bergambar. Tukar je kod di atas tu dengan kod di bawah ini.

background : url(URL Background);

Yang merah tu anda boleh cari kod warna di SINI atau letak la URL background yang anda nak.

Preview dulu then save jadi ke tak. Kalau anda nak cuba tuto yang lain untuk link pon boleh. Cuba tuto INI. Ok lah itu saja, selamat mencuba! Sekian~

Nak lagi??? Tekan TUTORIAL ok!