1st Contest Gambar Saya Menarik!!! by Ain.

SUDAH TAMAT!

Hai semua! Syukur alhamdulillah, sempat jugak Ain buat contest yang pertama. Walaupun tak seberapa sangat, sila lah join k! Hee~


Syarat - syarat
  1. Mesti ada blog.
  2. WAJIB follow blog Ain. Senang untuk tahu maklumat contest dari masa ke semasa.
  3. Lelaki dan perempuan pon boleh join.
  4. Mesti buat entry tentang "1st Contest Gambar Saya Menarik!!! by Ain".
  5. Copy banner contest dan letakkan di dalam entry tersebut serta linkkan ke blog ini.
  6. Suka hati lah nak letak berapa banyak gambar anda yang menarik itu. Kalau ada caption lagi bagus.
  7. Tag 3 rakan blogger anda. Kalau lebih pun lagi bagus. Pastikan mereka tahu, okey!
  8. Contest ini akan terbatal jika kurang daripada 20 orang.
  9. Hantar link di comment box bukan di chat box.
Ain pilih berdasarkan gambar yang paling menarik di mata Ain. Tak kisah la anda nak posing macam mana. Letak caption sekali tau. Ceritakan gambar tu bila anda tangkap, apa maknanya dan sebagainya. Tak kisah nak letak berapa gambar.

Hadiah
First Winner: Top up RM 15 + Blog review.
Second Winner: Top up RM 10 + Blog review.
Third Winner: Top up RM 5 + Blog review.
Fourth and Fifth Winner: Top up RM 3/Header + Blog review.
Sixth and Seventh Winner: Blog review.

Blog review sampai akhir bulan 12 dan top up hanya untuk pengguna Maxis atau Celcom sahaja. 


Tarikh tutup: 20 Dis 2011. 10 malam.
Sebagai permulaan, Ain nak tag semua yang baca ini ENTRY. K bye~


P/S: Hang jangan lupa pulok tinggalkan link kat comment box ni!!! Dan jgn hantar link yang salah pulok!!!

Yeay yeay! Dah habis sekolahhh! Bye~


Tanggal 6 Disember 2011, saya susah pon tamat persekolahan di SMK Convent Kajang, hee~ Gembira tak terkata tapi dalam masa yang sama juga saya rindukan kawan kawan saya, hmmm. Sebelum tu, HYE PARA BLOGGERS! Sorry Ain lama tak updated. First sebab Ain baru habis SPM Selasa hari tu then second hari Rabu tu Ain pergi Melaka. Saje jalan jalan. So hari ni baru Ain ada kesempatan nak updated. Pejam celik pejam celik, my followers sudah pon lebih 300 orang. *clap clap* Sorry eh kepada anda sbb saya tak ada apa apa nak bagi. Lagipun saya tengah demam and no mood. Hihihi.

Di entry ni, Ain nak cerita psl last day kat sekolah. Hari Selasa tu subjek Ekonomi Asas. Masing masing dah tak sabar nak tamatkan SPM. Ain pon dah penat nak baca buku so tangkap la gambar, hehe. Bila jam menunjukkan pukul 4 petang, masing masing pandang antara satu sama lain dengan senyum senyum macam kerang busuk, haha. Tak sabar la kan. Bila pengawas tu dah kutip semua kertas, belum keluar dari bilik peperiksaan, masing masing dah jerit. Yahooo~ Dah habis... Hahaha. Nahhh tgk la gambar yang Ain tangkap.

Apam angrybirds. Ain yang bawak. A ah, saya buat. Lalalala~





Lepas habis, masing masing happy gila.




Inilah teacher Ain. Nama dia Puan Lim. Dia ajar Ain subjek Maths and Add Maths selama dua tahun. *kain labuh sebab tu pegang kain and muka saya hitam sebab jemur kat panas hari tu, ishhh*

Inilah sekolah Ain, hee~

Lepas dah habis tangkap gambar semua, Ain and kawan kawan Ain pergi ke Metro Kajang untuk makan. Laparrr~ Tengahari tadi tak sempat makan sebab paper dah nak start. Maybe it is the last time saya makan spagetthi dekat kedai roti tu, isk isk isk.


Hmmm memang la best habis sekolah sebab kita dah tak payah kena marah dengan cikgu, kena paksa buat kerja sekolah... tapi kan, dunia luar lagi mencabar kan? Mak Ain suruh kerja tapi Ain malas, haha. Dia kata buat habiskan duit ayah je so baik Ain pergi cari kerja kan. Maybe Ain nak kerja kat kedai roti atau kek. Macam best pulok kan main baking baking ni. Teringin lah jugak. Ambil lesen saya tak tahu bila. Tengok la keadaan. So anda dah tengok kan semua gambar? Nak tengok lagi? Add la Ain kat FB. And and sila click INI dan INI K la, itu je. Bye~


Jom join contest Ain! Masih sempat lagi... CLICK HERE.

Bandar Kajang Banjir!


Hye semua... anda da tengok berita semalam pasal banjir di Kajang? Wahhh ngeri kan, haha. Siapa yang ada disitu, hey kita sama lah. Hahaha. Ain pon ada kat situ jugak tapi nasib baik tak dihanyut bersama sama, hehe. Ok sebelum cerita pasal banjir, Ain nak cerita apa yang Ain buat semalam di Kajang. Hello~ Bukan berseronok ok. Belum habis SPM lagi ni. Mula mula pergi library kat atas satay kajang punya bangunan tu. Then pukul 1 macam tu, akak ni nak tutup sebab dia nak rehat and makan. Dah la kteorang bertiga je termasuk Ain. Then kteorang gerak la ke McDonald. Kat sana jumpa 3 orang lagi kawan Ain. Kteorang makan and lepas tu baru belajar. Belajar Akaun.


Pukul 3 lebih macam tu rasanya, tengok kat tingkap, laaa hujan ke... tak pe tak pe. Buat tak endah je. Then beberapa minit kemudian, ada beberapa orang pergi kat tingkap and tengok tengok. Ingatkan apa so Ain pon usha la jugak. Sekali hah.... air dah mula naik and dah mula nak banjir kan semua kawasan. Ain panggil la kawan kawan suruh tengok. Wa cakap lu, wa sangat cuak time tu. Air tu laju gila... seriously macam tsunami. Sgt cepat. Kereta pon ada yang terpaksa patah balik. Ish ish ishhhh kalau anda ada disitu, anda mesti rasa sgt panik. Yoleee first time. Kalau dah banyak kali tu, tak hairan lah. Kereta yang mahal mahal kena masuk air. Motor tenggelam. Masing masing selamatkan harta benda.

Apa korang cakap? Ada buaya?! Hahahaha lawak nye dohhh. Tak payah nak percaya sangat. Memang la ada gambar nampak "macam" buaya tapi yeke? Kalau itu buaya, dah lama da orang mati kena gigit buaya tu, or ada buaya dalam kedai ke. Dah dah. Siapa percaya tu maknanye BENDOL + SAMDOL la tu. Nasib baik Ain bawak camera. Boleh juga tangkap, hahaha. Sengal je. Okey tengok la gambar gambar yang Ain tangkap time banjir.

Muka masing masing cuak, hahaha.

McD tingkat bawah pon dah dimasuki air. Kotor kan...

Sempat lagi niii... Peace yaww~

Masa ni hujan lebat but kami di dalam tak dengar. Air mula masuk dgn pantas. So semua kereta patah balik.

Masing masing dah tak tau nak buat apa. Lalalala~

Lepas bomba datang, air da mula surut sikit.



 Selepas surut. Syukur~

 Takot doh tengok kereta tu. Lagi sikit nak terjunam dalam sungai. Mereka tengah fikir macam mana nak tarik kereta tu sebab ada batu besar yang menghalang.

Ain ada rakam video tapi entah kenapa tak boleh pulok. Saya tak faham apa masalah camera ni. Hmmm. So ini pengalaman baru saya. Takut doh. Masa tu Ain fikir macam mana lah kalau air tu naik sampai tingkat dua ni. Aku tak nak mati lagi huwaaaa.... Syukur alhamdulillah tak ada pape. Kteorang balik macam pukul 5.30 sebab McD nak tutup. Mereka nak kemas. Habis kasut baru I tawww~ Kesian tengok kereta kereta yang rosak, kedai kedai yang rugi. Hmmm tak apa lah. Ada hikmah disebaliknya. Apa hikmahnya? ITULAH ORANG KITA, TONG SAMPAH DAH DISEDIAKAN, SILA LAH BUANG DALAM TU. BUKANNYA BUANG DALAM SUNGAI. TENGOK APA DAH JADI??? LU FIKIR LA SENDIRI~

Tak ada kerja macam ni lah~ Help us.

Huhuhu nasib baik rumah saya kat Bangi, hahaha. Tapi kan yang sedihnya, MACAM MANA DENGAN SEKOLAH AKU??? DAH LA EXAM TAK HABIS LAGI. KELAS KAT BAWAH PULOK TU! Confirm hari Isnin datang sekolah, tengok tengok kelas dah tunggang langgang. For sure punye sebab dulu pon pernah terjadi. Bye bye slip, I LOVE YOU~ Nasib baik ada yang copy punya, haha. Heyyy... tak ado makno nye siapa yang ambil exam hari Isnin ni ditunda. Mesti lah buat kat kelas lain.

P/S: Sediakan pelampung sebelum banjir. Ok Isnin ni aku nak bawak payung dgn baju hujan sbb exam sampai petang. Kang tak pasal pasal kena lagi. K sekian~

Last Day Before SPM Woi!

Apaaaa???!!! What???!!! Mana tak nya, hari ini LAST SEKOLAH kot.....!!! Sesetengah tingkatan jela. And saya? Minggu depan dah SPM. Siapa yang ambil SPM, anda semua dah ready? InsyaAllah boleh punye~ So tadi kemas kelas and susun meja untuk tempat exam. Satu kelas hanya ada 25 orang. Macam biasa lah, Ain orang first yang kena duduk sebelah tingkap and pintu. Angka giliran saya ialah BD***A101. 

Hah... pon boleh~ Yang paling aku tak suka kalau bab bab mengemas ni, mesti ada yang lepas tangan. Ada yang tengok je. Ada pula yang kita susah payah angkat meja, dia senang lenang je cop meja. Ambil la sendiri dohhh. Not fair okey tapi lantak la. Orang yang tak nak pahala, nak buat macam mana kan?

Lepas dah habis main, kena dengar taklimat SPM daripada cikgu. Cehhh masing masing punya hati berdebar debar. Lepas dah dengar taklimat, mula lah sesi bersalam salaman dengan cikgu. Bukan itu sahaja, sesi curahan air mata pon berlaku. Aduhhh kelakar betul la. Padahal hari Isnin jumpa lagi. Yang nak nangis bagai nak rak tu apehal? Ok ok fine fine. Feeling kan. Masing masing bersalaman minta maaf dengan cikgu cikgu dan kawan kawan. Bagus bagus. Hah... lepas dah minta maaf tu, JANGAN buat lagi. Biasalah manusia, time hari yang penting je minta maaf gila gila. Lepas tu? Mula la start mengutuk balik. Normal okey. Jadi kepada orang orang yang tak suka dengan Ain, Ain minta maaf lah. Tak apa, tahun depan dah tak jumpa. Kalau tak maafkan, do I care? Terpulang lah. Kepada yang pernah buat salah kat Ain, mengutuk, menghina dan sekutu dengannya, dengan suam hati saya maafkan anda. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun ampunkan umatnya, apetah lagi aku kan. Maaf, maafkan jugak... tapi kesan calar kat hati ni mana ada penawarnya kan? So ingat!

Ok lah, dah penat membebel. Mesti ada yang menguap. Zzzzz~ Nahhh tengok gambar yang Ain tangkap tadi. and enjoy la video video di atas itu. Hehehehe. K sekian~ Wish me luck!







Gambar kelas paling AWESOME yang pernah aku dapat!

Akhir kata, GOOD LUCK kepada calon calon SPM 2011! And and yang belum habis sekolah tu, hargailah masa di sekolah dengan sebaik baiknya. Memang lah kita nak habis zaman persekolahan ini dengan cepat tapi mesti anda akan rindu suatu hari nanti. Hee~