Makan seafood di Pantai Kelulut, Marang Terengganu.

Hari Sabtu yang lepas (4.8.12), Ain dengan kawan kawan Ain pergi Kelulut untuk makan seafood. Dah lama sangat teringin nak pergi, akhirnya dapat jugak. Cehhh gaya pakcik tu cakap macam besttt je tempat tu tapi??? Hmmmm boleh la~ pergi sana naik prebet, macam biasa. Semuanya ada 9 orang. Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi. Ok lah suasana kat situ, berangin. Ada banyak restoran so kteorang masuk je yang mana mana, haha! Lepas dah order makanan tu, lepak lepak la jap.





My geng! Cewahhh~

Konon konon tengah tunggu someone lah, hahaha!

Sementara tunggu makanan, main bubble dulu lah. K memang macam kanak kanak riang, hee~



Bila Ain tiup, kanak kanak ni pon syok letup kan. Hahaha!


Tak yah tiup pon tak apa, angin yang tiupkan bubble tu. Jimat sikit tenaga, hahaha. Bila Ain stop tiup and simpan bubble, ada plak budak ni tanya, "alaaaa tiup la lagi. nak main". Ain pon jawab, "akak puasa la. dah tak larat nak tiup, haha". Hahahaha k sengal! Pukul 7 lebih macam tu, kami pon duduk kat meja makan. Makanan yang kami order semua sudah hidang. Nyumm nyumm, laparrrr!



Ikan siakap masak 3 rasa.

Sotong celup tepung.

Kerang bakar, kailan ikan masin dan telur dadar.

Lagi kteorang makan nasi putih dan tomyam campur. Hmmm sedap kannn??? Hahahaha! Asalkan kenyang! Bila habis makan, time nak bayar, kawan Ain suruh masing masing teka berapa jumlah kesemuanya. Kalau betul, maknanya terer la kan bab anggar anggar ni. So Ain pon teka RM 130 macam tu. Ada yang teka RM90 la, RM99.99 la, hahaha macam macam la. Masanya sudah tiba, ce teka berapa harganya??? Hahahaha of coz la jawapan Ain yang betul!!!! Weeee~ Semuanya RM 131. So kami bahagi la 9 orang. Berbaloi~

Dah habis makan, tunggu prebet untuk ambil kami balik ke kolej. Btw, not bad la. At least kami terokai la Terengganu ni, hahaha. Nanti nak try pulak makan seafood bawah jambatan. Bukan duduk bersila bawah jambatan. Maksud Ain ada restoran bawah tu, hahahaha. Ok lah, itu saja. Thanks kerana sudi membaca apa yang saya tulis. Sekian~

Berbuka puasa bersama mereka :)

Assalamualaikum kepada para blogger dan juga para pembaca setia blog Ain. Ecehhh hahaha dah macam nak berpidato pulak. So far puasa anda semua ok? Yang penuh tu, alhamdulillah~ Yang tak tu, hah... nanti ganti ok! Now Ain nak cerita pasal berbuka puasa Ain dengan kawan kawan Ain dekat Dataran Syahbandar dekat Kuala Terengganu. Yes, Im Selangor people but study at Kuala Terengganu, hahaha. Saya dah 18 tahun ok, bukan 16 tahun, hee~ Bukan selalu la berbuka kat luar. Time cuti jela. Ain keluar ada prebet hantarkan. Macam orang tukang hantar la. Nak bawak kereta tu, entah la. Ada lesen tapi buat pekasam! Haishhh!

So hari tu sajeje try berbuka dekat luar. Beli makanan kat baazar and makan dekat kawasan yang disediakan. Hmmm best jugaklah. Besar kot bazaar kat Dataran Syahbandar! Macam macam makanan ada. Semua sedap sedap tapi beli sekadar untuk kenyang sahaja, bukan melantak. Duduk di atas rumput. Suasana yang berangin. Uuuu~ Hahaha!

Mula mula pergi 3 orang je.

 Me with Erin.

Me with Farah.

Melantak ke apa ni? Ok lah 3 orang makan, hehehe.

Ikan siakap masak tiga rasa, nyumm nyumm~

Sementara tunggu waktu berbuka, posing dulu lah jap.

SELANG BERAPA HARI TAH

Hari tu pergi 3 orang je kan? Hah... sekarang ni pergi dengan roomates and jiran jiran yang lain, haha. Pergi ramai ramai baru syok! Kali ni bawak tikar sekali. Takkan la nak duduk kat rumput kan. Naik prebet, ada dua kereta. Semuanya 9 orang.

 
Tengah tunggu prebet la ni.

Tunggu waktu berbuka.


Ini baru sikit, hahaha!

Lepas berbuka, solat Maghrib. Dah habis solat, lepak lepak jap. Yela, Pak Man (prebet) ambil kteorang pukul 10.30 malam so better baring baring jap atas tikar sambil mata memandang ke arah langit dan mengira bintang, ewahhh~ Dah habis gelak sana gelak sini, pergi jalan jalan jap kat kawasan situ. Ada jual beg la, baju la. Macam uptown la.


Muka penat, hahaha!


 

Ain konon konon buat aksi terkejut la (tak berapa menjadi). Yang lain tu macam buat kepala senget ah. Hahahaha! *orang tertentu je faham, kah kah kah*

Memang best lah berbuka puasa ramai ramai ni. Saya bab bab makan ni memang laju. Kalau bab belajar, lagi lah laju! Hahaha! Kalau esoknya tak ada kuliah, boleh la keluar jalan jalan. Kalau ada, memang tak la kan nak keluar sebab busy nak belajar, haha. Ok lah, itu saja. Thanks for reading. Happy fasting! Sekian~

Isu tempat dimana saya dapat untuk PLKN sudah terjawab.

Dah berapa bulan saya tunggu akhirnya terjawab sudah segala pertanyaan diminda ini. Hahahaha dah macam apa dah. Ain memang tahu yang Ain dapat PLKN siri 9/2012 kumpulan 3 tapi tempat je tak tahu lagi. So semalam batch 1994 yang dapat PLKN ni, dah cek tempat mana mereka dapat so Ain pon cek la. Tengok tengok Ain dapat kat.....


Amek kau! Dapat kat Perak doh! Eeeee jauhnyaaa! Kawan kawan Ain semua dapat kat Selangor. Mana achiiii!!! Tapi tak apa lah, saya tak pergi pun. So saya terpaksa tangguh. Yela tengah belajar kan, mana la sempat nak pergi. Hmmm why why why?! Nanti umur Ain dah 20 lebih, baru la nak masuk then berkawan dengan budak budak umur 18. Tak ke kesian? Hahaha tapi tak apa lah, mereka tak akan cam pon saya tua dari mereka, huahahahaha! 

Buruknya muka bila sedihhhh... Hahaha!

Best memang best dapat PLKN tapi kaalu nama kat kumpulan 3 tu, dah dikira sangat lambat. Sangat sangat lambat! Hmmm nak baca ni, TEKAN. Ok lah, itu saja. Sekian~

Gembira nama tersenarai dalam PLKN?


Hahaha amboiiii tajuk. Siapa yang dapat tu, gembira ke tak? Dengar cerita nama untuk batch 1995 dah keluar dah. Tahniah la ye siapa yang dapat. Mungkin bagi anda macam tak best la, penat la, nanti muka hitam la and macam macam alasan la tapi cuba tanya kepada senior yang pernah pergi. Mereka kata mula mula je tak best. Sampai sana, hmmm best tak ingat dunia! Haha!

Actually Ain pun tersenarai dalam PLKN ni tapi entah bila la nak kena panggil. Ain dapat kumpulan 3 untuk batch 1994. Mungkin Ain terpaksa tangguh dulu sebab nak belajar kan. Hmmm tak best, tak best. Ain terfikir nak buat pasal PLKN ni sebab bila Ain tengok cerita apa yang paling popular di blog saya, tetiba cerita pasal PLKN yang Ain pernah pos dulu. Nak baca? Tekan SINI

Tu diaaaa~ *31/7*

Ok lah, itu saja. Hah... Siapa nak masuk dalam bloglist yang sepanjang bulan Ogos ni, tekan SINI. Syarat yang mudah saja. Ok, sekian~